Search This Blog

Saturday, August 4, 2012

Aleesya 3 Months Old

Hye semua..masa dah berakhirnya cuti berpantang aku. Aku ambik leave 3 bulan. Haa ko,sangat best dok rumah ye. Bila fikir-fikir bestnya kalau aku jadi surirumah, buat kerja rumah setiap hari. Tapi aku ni dah ditakdirkan untuk menjadi wanita berkerjaya,mama yang bekerja,saborlah Aleesya,mama nak carik duit nanti nak beli baju Aleesya cantik-cantik kan. Lagipun sape la nak bayar kereta aku tiap-tiap bulan tuh..hehehe…Tak terpikir pulak. Dan hutang-hutang lain? Haiih aku banyak hutang sangat ke? Takdela,PTPTN tu hehhe..dah pinjam kena la bayar balik kan.. dah keje dah pun.. Lain la dulu, aku tak buat pembayaran pun sebab aku tak keje dan lepas dapat first kerja pun still xbayar lagi sebab masih tak affordable. Kerja kat kampong mana la level gaji sama cam Bandar ye dak.

 

 Ok, lepas itu apabila rezeki bertambah baik dapat kerja lain so apa kata aku dan korang-korang semua jalankan tanggungjawab kita pulak, nanti adik-adik or even anak-anak kita seksok pun nak pakai jugak kan. Alang-alang aku dah bercerita panjang pasal PTPTN ni aku sambung la sket lagi.. Yela,orang kata kos pentadbiran pun dah berapa,aku pun rasa macam tu jugak tau,bl la nak abes kan. Tapi nak buat macam mana dah kita nak ambil PTPTN so pandai-pandai la bayar pulak kan.. prinsip aku senang je..hutang tetap kena bayar,so bayar itu dah wajibulghunnah..Sekian mekaseh. (itu pandangan peribadi aku je,sape terase jgn marah ye, peace!! uolls)

 

Dah berbalik kepada cerita asal,ohh nak masuk kerja balik,kena bangun pagi,kena iron baju kurung..MALAS okeh..hehehe Selama 3 bulan lamanya ku jadik bibik di rumah dan sekarang kembali bertugas pulak. Ok masa first day aku kerja,menangis tak ingat la Aleesya. Siap papanya bawak dating pejabat. Hukhuk kesian dia,tak pernah berenggang dengan mama. Dalam seminggu jugak la asek datang pejabat je,pukul 10 papanya datang hantar. Bukan masuk opis aku pun,aku pi turun kat keta laki aku jek. Dia bukan apa,nak menyusu.. itula, masa mama leklok simpan stok EBM tak nak,ha sekarang siapa yang susah? Ketiga-tiganya susah keluarga kecil kita..Hehehe,bila diingatkan kelakar jugakla,pukul 10 datang menyusu,lepas tu lunch hour aku balik rumah pulak. Adeh letih jugak la macam tu. Tapi Alhamdulillah hanya seminggu saja. Dan penerimaan dia terhadap susu formula pun dah ok.

 

Cuma apa yang aku tak boleh lupa dan sedih di sini, masa ni jugaklah kulitnya yang bersih dan lembut itu menghadapi masalah. Aku ingatkan kesan gigitan nyamuk je. Tapi sangkaan meleset sebab makin lama makin banyak. Apa yang aku kesalkan ialah aku tak pergi berjumpa doctor sejak dari awal. It haunted me now. I feel guilty terhadap Aleesya. Kerana ikutkan cakap orang yang kata “lama-lama nanti hilang la’.. Benda tu berlaku sekejap saja,berjangkit melalui tangan kecilnya. Barangkali dia gatal dan garu then berjangkit melalui kukunya..Ohhh tak boleh aku bayangkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Aku sangat-sangat menyesal. Sangat. Tapi bak kata ayat klise menyesal kemudian tidak berguna lagi. So sekarang ni Aleesya setiap bulan akan berjumpa pakar kulit di hospital. Doctor kata rare. Akan hilang (ini membuatkan aku sedikit lega) tetapi ambil masa. Sebab farmasi ada je ubat untuk hilangkan parut tapi ianya tak digalakkan untuk baby. Hanya untuk orang dewasa je.

 

So aku tawakal sahaja. Sekarang ni aku hanya mengelak dari ianya naik kembali. Sekarang ia tinggalkan parut hitam ditubuhnya. Lebih 70% tubuhnya . sangat sedih.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah swt supaya diberikan kesihatan yang baik kepada Aleesya. Dia tak meragam pun. Tu sebab aku tak alert. Aku marah dengan diri sendiri.
Penyakit ni aku nak sebut pun aku xtau. Mula-mula ianya macam kena gigit nyamuk dan dalam masa seminit kesan warna merah tu bertukar menjadi hitam dan warna coklat muda light gitu. Then ianya kekal. Mula-mula doctor cakap kulit dia yang bermasalah,tapi bila doctor pegang dan rasa kulit dia,doctor cakap kulit dia lembut. Maybe allergic terhadap satu-satu benda. Oh ya, masa dulu-dulu aku ingatkan kesan daripada penggunaan sabun mandi Aleesya,so aku prevent macam tula,xguna sabun,then orang cakap ada jugak sama dengan baby yang allergic susu formula. So aku bertukar susu,semua takde kesan. Dalam masa aku prevent benda tu dari naik masa tu jugak yang aku tak sedar dia boleh berjangkit melalui kuku baby.

 

Dan lepas dan ambil beberapa ubat, aleesya semakin baik,xnaik dah,Cuma tinggalkan kesan sahaja. Dan itu mengambil masa. So aku just nak share di sini kalau-kalau ada yang senasib dengan aku,cepat-cepat pergi jumpa pakar terus. Doctor biasa tak mungkin tahu. Itu ikut pengalaman aku.   


Haihh asyik jump situ sini cerita aku. Ok nak cerita pasal Aleesya, masa ni bambam sangat. Pipinya menjadi kegilaan ramai..hehehe bila jumpa Aleesya mesti ada yang nak cubit.. Adoi jangan la cubit pipi dia. Geram je nak cakap macam tu kan..
Suka buat bubble..hehehe..Baik je..Duk diam je situ kalau mama nak buat kerja..bila Nampak haihh menangis pulak dah xsampai hati dah..

Aleesya 2 Months Old

Hye semua..Oleh kerana tak nak melupakan detik-detik aleesya membesar aku nak jugak tulis di sini.. Dan ini jugak bila Aleesya dah besar boleh lah dia baca-baca memori dia masa kecik..Kalau kata dia ingat tak la kan..Masa baby mana boleh ingat…Nak jugak mention..kikiki

Ok, cut it short,masa dia dua bulan ni dia dah pandai respon bila orang agah dia..Suka tau,mengekek-ngekek pulak kalu diagah terus-terusan. Pandai cakap sensorang..Hihihihi..kalu melintas je aku depan dia mesti diajak berbual hahaha.. Tak sampai hati pulak nak tinggal aleesya bila ingat aku nak masuk kerja nanti..
Paling kelakar bila dia buat memek-memek muka..Haihh macam-macam la Aleesya..Masa ni Aleesya sihat Alhamdulillah,tak banyak meragam Cuma malam tu haihh paham-paham la,nak tido pn susah,dah tido kerap pulak bangun..Masa mama tak keje ok lagi la adik ye,mama dah keje macam mana la nanti…

Yang paling aku risau boleh ke dia ditinggalkan? Haduiii.. Aku kan teringin la nak buat stok EBM.. Yela dah banyak blogwalking dan baca info2 dalam blog mummies2 tu teringin aku nak wat stok, jimat xyah la campur susu formula.. Tapi masalahnya haduii..Bila pumping paling banyak dapat 2oz je..Frust aku..Itu aku guna yang manual..Kat Kelantan ni susah nak carik Avent segala tu kan.. Satu lagi aku nak try dulu yang manual ni nak tengok banyak ke tidak.. Kalau tak banyak macam tak berbaloi pulak bagi aku.. Bagi aku la..



So yang 2oz banyaknye tu aku simpan dalam freezer dapat la 3 botol.. Then aku saja nak test and ajar-ajar dia sikit senang bila nak tinggal nanti.. Frust lagi aku.. Dia taknak minum.. Ofkos la aku tak bagi sejuk-sejuk gitu…Aku warmkan la..Dia still taknak.. Jadi membazir la..

Aku pun tak tau maybe cara aku tak betul kot..Tapi aku try lagi. Tapi macam tula jugak. Dahla nak cukup kan 2oz tu punya la susah..Isk isk dugaan sungguh. Aku try jugak ambik supplement, tapi tak berkesan dan sekali ambil air kosong dengan secukupnya..

Jadi macam tula, percubaan aku untuk wat stok EBM untuk Aleesya sangatlah tidak Berjaya..huhuhu.. Jeles ok tengok dalam blog orang berplastik2 and berbotol stok,sedangkan aku nak cukupkan 2oz pun pedih.. kadang-kadang xcukup pun, bl nak bagi anak pulak direjectnya terus..

Sunday, May 20, 2012

Juara Piala FA 2012

 Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...Akhirnya negeri Kelantan dapat menjulang Piala FA 2012.. Semangat semalam tengok bola ye..Siap pakai baju merah lagi..Ohhh terima kasih pahlawan merah kelantan..Kerana telah menggembirakan semua rakyat kelantan yang di kelantan dan yang berada di luar kelantan..

Walaupun ramai yang kata permainan membosankan..hey u ollss..bukan korang yang main ye..bukan korang yang kat atas padang bermain,berkejar sana,kejar sini defend sana defend sini for almost 94minit..Menghadapi tekanan untuk tidak menghampakan berpuluh-puluh ribu penyokong..Walaupun menang dengan sepakan penalti...Menang jugak tau..Kau ada???

Dan bermakna sebab lagi pertama kali menjulang buat pertama kalinya Piala FA yang baru diperkenalkan oleh FAM..Begitu bermakna apabila kemenangan berpihak kepada Kelantan setelah menunggu hampir 3 tahun (correct me if im wrong) untuk menjulang piala FA..Thanks to pahlawan merah Ghaddar kerana sepakan penaltinya yang menyempurnakan kemenangan TRW...Gomo Kelate Gomo..

Semoga penyokong-penyokong Kelantan yang berkampung di Bukit Jalil pulang dengan selamat..


Gambar dari kelantan.net.photography..

Terima kasih baca entri ni..:)




Selamat Hari Lahir!!!!

Assalamualaikum wbt...

Hye semua..Selamat Hari Lahir untuk saya..yeay..hehehe..Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Semoga hidupku diberkati olehNya..Semoga keluarga kecilku bahagia selalu..

Ok..wish untuk diri sendiri ye..apa pon tak boleh..suka ati aku la...hehehe..Kan hari jadi aku..Well tiada apa yang istimewa birthday aku tahun ni maybe sebab dah berumur besar kot..hehehe..

Tahun depan dah pegang title 30an dah..OOhhhhh..never mind bagi aku age is just a number...hehehe..Jiwa akak masih muda dekk....hehehe..so kita enjoy!!!!!!!
 

 Keluarga kecil saya...:)

Terima kasih baca entri ini..:)

Thursday, May 17, 2012

Berdua Bersatu Forteen ♥♥♥♥

Assalamualaikum wbt

Hye semua..Ohh sangat tak boleh blah post aku hari ni..Dah la lagu ni dah basi dh baru nak post lirik...hehehe Bukan itu sebab utama aku share lirik ni dengan korang semua ye..Ni pasal Izzue Islam.. pssstt aku jugak yang terlambat tau..

Begini ceritanya..ala ingat tak cerita "Cik Paris Masuk Kampung" tu...haaaa ingat tak...ala yang lelaki kat satu kampung  dengan elfira loy tu...Jangan cakap korang tak tengok citer tu..aku malas nak wat sinopsis la..Ok aku assume semua tengok la ekk..hihihi..

Ok back to citer aku,nama apa tah dalam citer tu yang berlakonnya ialah Izzue Islam...Sangat sweet kan dia ♥♥♥♥♥ (gatai aku tetiba)..Aku pun dk terpikir ni mesti pelakon baru...Bila habis citer dia ooooo nama izzue islam nama pon cantik...

Dok selang berminggu-minggu ada pulak citer "Senyuman Di Kuala Lumpur"...Ohh please Izzu Islam sekali lagi..makin naik nampaknya..Kecek Kelate (cakap kelantan) pulak dia...Laaa orang kelantan rupanya...patutla hensemm..opppsss jangan marah saya...hihihihi  

Bila godek-godek..la opppssss sekali lagi kumpulan forteen la pulak..Banyak terkejut stori aku ni sampai aku pulak yang boring.. Lantak la kan..

Hmmpp jadi walaupunn dah lama aku sudi jugak tepek lirik lagu forteen kat sini..Layan saja la korang jangan cakap banyak ye..hihiihhi

Berdua Bersatu – Forteen (www.liriktube.com)
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

Ok dah puas korang nyani..Jom layan gambar pulak..

 Izzue Islam ♥♥..hensem kan????..sila muntah (kalo nak)...:p

Ni kumpulan forteen..Aku kenai izzue je..hehehe

*gambar dari google..macehh abg google..

Terima kasih baca entri nih...:)



Grow Aleesya Grow

Assalamualaikum wbt..

Hai semua..Sihat hari ni? Semangat pulak tetiba aku nak menulis..hehehe..Mood baek punya..

Jadi straight to the point macam janji aku post before this nak update gambor anak aku katanya kan..So ni adalah gambar marathon anak aku smpai 4 bulan rasanya..Perubahan muka tu dah banyak dah..Ok sebelum tenet menyelowkan dirinya apa kata korang cuci mata la kejap yek..


Sebagai ibu kan.siryes aku bagitau pengalaman paling indah ialah bila tengok anak membesar depan mata..Ooohh sungguh best..Bila aku balik kerja sekarang ni,dah pandai meluru merangkak cepat2 sambut aku....uhhhuuu best kan..dengan tersengih2nya dia..

Itulah tapi aku heran pulak bila dengar ada manusia ni boleh buang pulak anak dan mendera anak darah daging sendiri..Opppsss ni nak citer lebih2 pasal ni...Baru minggu lepas perasaan aku sangat tersentuh apabila ada orang upload video penderaan kanak2 kat youtube then ada pulak yang bwk msk pesbuk..Kalo dah masuk pesbuk tu kejap je la semo orang share..Aku memang xsanggup nak tengok dan tak tengok pun..Gila kejam seseorang yang bergelar ibu boleh buat anak dia macam tu (kata xtgk)..

Aku memang tak tengok,tapi orang disekeliling aku pakat dok stori citer tu...tolong pergi jauh2 jgn citer kat aku boleh? Aku lepas jadi ibu ni memang sangat sensitif dengan citer kanak2...Ok malas nak emo2 kat sini..dah fullstop titik.

Lagi best tulis pasal anak aku kan..Haa sekarang ni pantang dengar citer upin ipin..Sengeh sampai telinga..Aku tak ajar dia tengok tv tapi yelah bukan kanak-kanak je suke upin ipin tu aku pun sama..hihihihi..So sambil rehat petang-petang tu aku suka la tengok si upin ipin ni..Lagipun citer dia banyak teladannya kan..betol betol betol...haaaa cute tak?hehehe

gambar dari mr google tq :)

Ok tu je la dulu..Nanti jumpa lagi...


Terima kasih baca entri ni...:)

Wednesday, May 16, 2012

Ku Ke Udara Lagi

Assalamualaaikum wbt..

Bertemu kita kembali ye puan-puan..sesudah berbulan-bulan saya tidak post new entry...Eleh macam penting sangat blog aku sampai ralat kalu lambat buat entry baru..hahahah perasan je ko kan (bajet blog fofuler)..hihihihi..Follower pun 7 orang jek dari tahun lepas..Kelakaw betol.. Orang nak buat blog,ekau pon nak berbelog jugak...haduiii

Ok abes kesah merapek aku di situ ye..Ok sini aku nak bercerita pasal my dotter..wahh wahh dah bessar dah anak aku..Alhamdulillah,dah 10 bulan dah..kejap je kan..pejam celik pejam celik dah nak masuk setahun..dah pandai macam-macam dah anak mama ni.. Dulu2 masa pregnant hajat di hati perkembangan dia semua nak wat masuk blog..La ni entah ke mana angan-angan aku..hihihihi..sorry ye anak..Mama sibuk ngalah PM..hehehe..

Ok nanti saya upload gambar anak kesayangan saya yang dah makin besar itu..nak upload skang tenet slow..uuhuhu..ok itu aja..u ollsss..haaaa'aaahh..amboii mak jemah sebijik..daaaaaaa...