Search This Blog

Thursday, August 23, 2012

My Homemade Tart Nenas

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya Aidilfitri pembuka bicara..Dah 5 Syawal dah. Kejap je pun. Baru semalam rasa 1 Syawal.. Dah balik ke anak-anak perantau sekalian? Adakah cuti belum habis lagi..Hehehe.. Tak puasa lagi beraya di kampung. Aku pun rasa macam tu jugak. Lagi dua hari masuk opis. eiii boringnya..

Jadi before stori-stori pasal kisah raya yang panjang itu, aku nak cerita pasal tart nenas. Sedap kan. Aku kalau juadah kuih muih di hari raya mesti nak cari tart nenas dulu. Best.

So tahun ni aku bercita-cita nak buat sendiri tart nenas ni. Biar puas hati dapat makan banyak2..Semua aku nak buat sendiri kan. Godek-godek resipi dalam internet so akhirnya aku terjumpa resipi yang pada aku ringkas dan agak senang dari  Mat Gebu..

Jemput-jemputlah singgah ke blog beliau.. Banyak resipi menarik sampai meleleh air liur masa blogwalking di bulan puasa..hehehe..Mintak halal ye Che Mat :)

Dengan semangat nye aku buat tart nenas gulung ini dan bawah ni hasilnya..



p/s: resipinya boleh didapi di www.tiffinbiru.com . Selamat mencuba!

Sunday, August 19, 2012

Hari Kemenangan

Assalamualaikum wbt

Wordlesss.....


Langsir Oh Langsir

Assalamualaikum wbt.

Salam 21 Ramadhan semua..Macam mana puasa anda semua. Diharap semuanya dikurniakan kesihatan yang sepanjang bulan puasa ni untuk mengerjakan ibadah puasa ni setahun sekali..
Well,dah dua tahun aku beraya di rumah sendiri. Tak tau sebenarnya nak buat apa bila raya. So aku melepak je tunggu makan umah mak aku.. Kan,hadoii..No no open house. Bukan takmo buat tapi tang masak untuk kuantiti banyak ni aku tak berapa pandai nak bajet. Kan ajak ramai-ramai datang raya tapi makanan nan ado. Ha, sape yang malu? Ai jugak tau.

 
Begitu jugak dengan rumah. Aku kemas macam aku kemas rumah macam biasa. Takde nak hias bagai lah, ngan langsir ke,sofa baru ke, tv baru ke. Ha tu dah jatuh membazir dah sebab aku kan baru je dok umah ni so xpayah nak gatai-gatai pi tunjuk nak tukar. Perabot umah aku ni baru setahun jagung tak padan nak tukar pon. Tapi yang satu ni aku rasa aku harus buat sesuatu.

 
Langsir. Yes langsir. Sebenarnya masa aku masuk rumah ni aku beli langsir yang dah siap, selapis je pastu tak cukup panjang. Sebabnya sliding rumah aku tu punyalah tinggi. So masa tu yang ado tak cukup untuk cover belah atas. So aku decide nak tempah la langsir untuk sliding tahun ni. Tapi aku ni pulak yang jenis yang last minit buat. Dah semua tailor langsir ni tak nak ambik dah jugak. Discuss ngan suami I dia cakap jahit je la sendiri. Mesin jahit ada buat apa. Ha ko, ini bukan main-main jahit biasa cik abang. Ini nak jahit langsir. Boleh kah aku. Suami aku kata boleh dan dia sanggup nak nolong eden ni hah. Ok then we out for cari material untuk jahit langsir di Nagoya sana. So bila dah beli semangat nye aku nak menjahit. Suami I yang ukur semua-semua then I yang potong kainnya.


Bab jahit ni alahai,yang kain tebal tu so far ok lah walaupun tak kedut  sana sini. Yang kain alas ala-ala organza extravaganza tu haiih menguji kesabaran mak nyah. Dah la kedut-kedut,bengkang bengkok ya hampun! Suami aku Tanya kenapa bengkok2 ni. Senang je aku cakap. Entah!

 
5 hari jugak nak siapkan langsir ni. Dah siap pasang dah semalam. Waaahh cantiknya. Pandai aku jahit. Opppss sila tahan mata dan telinga ye. So far bagi aku ok la, first time kan dan boleh dipasang dan boleh dianggap sebagai langsir kira ok la tu.
Puas hati bila tengok sebab hasil dari kerja tangan sendiri. Semangat betul nak raya..hehe

 

Friday, August 10, 2012

Yeayy Shopping Raya!!!!

Assalamualakum wbt

Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung dah bulan yang mulia ni..Sekejap sungguh..Lagi seminggu umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Haaa.. penuh ke puasanya kawan-kawan.. Exclude ler kaum wanita ye dakk termasuk aku..Special case setiap kali bulan puasa..

Ok, lani nun di dalam shopping mall penuh lew rakyat jelata sedang menyopping di saat akhir.. Aku pun tidak ketinggalan juga,turut tumpang sekaki..Saje je nak tengok kemeriahan orang ramai membeli belah ni. Persiapan Aleesya sebelum puasa dah beres separuh tapi ada la beberapa pasang yang nak ditambah.. Kata PM bagi bonus kan setengah bulan gaji.. So harus la di situ untuk sopping ka,,:p..



Buat masa ni,semua untuk si kecik kita tu dah alhamdulillah selesai. Titik. Aku ni jenis tak boleh tengok baju cantik-cantik mula menggatal nak beli..Hopefully aku menahan nafsu itu..Hiihihii

Ok berbalik pulak persiapan untuk aku. Aku ni sejak ada anak memang priority aku dah jatuh nombor berapa dah. Baju kurung untuk pergi kerja tak berjahit sehelai pun sejak raya tahun lepas. Yes,bila aku menaip entri ni baru aku perasan. Yesss sangat betul. Duk ulang pakai baju lama.. Ohhh sangat aku tidak menjaga imej aku..hahahhaaha..So raya ni aku jahit 3 pasang baju. Hmm bertambah la stok baju kerja aku. Kalau orang lain yang tak bekerja its ok la kan. Setahun sekali menjahit baju atau membeli baju baru. Tapi aku ni kerja, dah tu selalu pulak masuk opis orang, pakai baju sama. Kadang-kadang malu jugak bila buka lemari eh asyik yang ni je... Macam gitu lah..

So sekarang dok menunggu tukang jahit siap jahit sebab aku pi hantar last minit.. Nasib baik tailor sudi ngambik lagi. Seb baik layan jugak rayuanku..If tidak baju kek butik jadik mangsa. (Tahun lepas pon begitu). Tapi susah la baju yang dah siap ni. Aku bukan saiz ala-ala model so susah la nak dapat size yang tepat tu. Pastu baju pulak kat kedai belambbak yang labuci ya hampun sampai ke bawah. Serabutnya. Harga toksah citer la 100++ to 200++.. Haihhh sepasang dah rega macam tu..Mencekiknya..Tapi yela nak jahit sequin ni bukan senang. So aku paham..Sekarang tunggu nak beli tudung..Susahnya nak beli tudung nak match kaler ni..Puas tawaf kedai dah, tajk jumpa yang berkenan..Yang ala-ala fareeda tu aihh mahainya..:P\

Yang hubby aku pulak baju melayu je sepasang. Dia punya kemeja ke t-shirt ke,nati kena pi sendirik la ye papa.. Orang laki ni senang,cepat je beli..hehehehe..

Ok dah pukul 4.30pm dah..Ok selamat berbuka semua ye..

Saturday, August 4, 2012

Aleesya 5 Months Old

Wordless Saturday..biasa wordless wednesday ye.. Haa nak tayang gambar Aleesya di umurnya 5 bulan. 
Ok katanya wordless so scroll je la ye..:)


 eeiii sukenya saya...:)


 Cakkkkk..aaaaa...

 wekkkk...:p

weeeeeeeeeeeiiiiiii..nk dokong..:)

Aleesya 4 Months Old

Semakin tembam pipi anak mama. Hehe suka tengok dia membesar. Makin hari makin lain pulak mukanya.
Masa ni first time pulak badan dia panas. Risau jugak aku budak kecik nih. Takleh leka kena basahkan selalu badan dia. Budak-budak kecik ni kalau badan dia panas jangan sambil lewa, aku prepare terus thermometer kat rumah. Kalau badan baby panas jangan selimut dia bungkus pakai tebal-tebal segala ye. Im sure all mommies tau tapi nak jugak bagi advice hehhehe.. pakai je baju lubang-lubang tu,ala tak kan xde hehehe..

 
Ok masa ni nak sambut Aidiladha jugak first time aku buatkan baju kurung untuk Aleesya. Teringin sangat. Kebetulan pi jalan-jalan Kamdar terpandang kain cotton yang cantik bagi aku. So time tu terpikir nak buat baju kurung untuk Aleesya. Walaupun aku tak pandai, itu lain kira.
Mula-mula potong tu aku ukur ikut bajy t-shirt dia.heheh. nak ukur badan dia mana la nak duduk dediam budak kecik ni..hehehe ok danh siap2 potong siap bincang dengan papanya sekali mana nak cantum dulu. Kelakar sungguh masa ni.

Banyak kali jugak le salah cantum hahaha.. terimala hakikat bahawasanya aku tak pandai pun nak menjahit ni. Takde seni, tapi aku minat. Kalau boleh nak sangat menjahit tapi takde sape yang sudi ngajor..kseian kan..

 
Ok jahit la aku dengan penuh kesabaran. Ko tau bila jahitnya ni. Malam raya ko tahu..hihihi semangat tau mama. Dan akhirnya siap dah nk dekat pagi.hiks. past uterus basuh n spin baju tahap max sebab esok nak pakai…hhihii..
Tapi kelakar pulak bila tengok bahagian leher tu terluas sket dan bahagian ketiak pulak ketat. Adeh need tu excel lagi jahit-jahit bagai ni. Ok la,first time jahit ikut ilmu sendiri dan ofkos cikgu yang terbaik iaitu utube..hehehe

Aleesya 3 Months Old

Hye semua..masa dah berakhirnya cuti berpantang aku. Aku ambik leave 3 bulan. Haa ko,sangat best dok rumah ye. Bila fikir-fikir bestnya kalau aku jadi surirumah, buat kerja rumah setiap hari. Tapi aku ni dah ditakdirkan untuk menjadi wanita berkerjaya,mama yang bekerja,saborlah Aleesya,mama nak carik duit nanti nak beli baju Aleesya cantik-cantik kan. Lagipun sape la nak bayar kereta aku tiap-tiap bulan tuh..hehehe…Tak terpikir pulak. Dan hutang-hutang lain? Haiih aku banyak hutang sangat ke? Takdela,PTPTN tu hehhe..dah pinjam kena la bayar balik kan.. dah keje dah pun.. Lain la dulu, aku tak buat pembayaran pun sebab aku tak keje dan lepas dapat first kerja pun still xbayar lagi sebab masih tak affordable. Kerja kat kampong mana la level gaji sama cam Bandar ye dak.

 

 Ok, lepas itu apabila rezeki bertambah baik dapat kerja lain so apa kata aku dan korang-korang semua jalankan tanggungjawab kita pulak, nanti adik-adik or even anak-anak kita seksok pun nak pakai jugak kan. Alang-alang aku dah bercerita panjang pasal PTPTN ni aku sambung la sket lagi.. Yela,orang kata kos pentadbiran pun dah berapa,aku pun rasa macam tu jugak tau,bl la nak abes kan. Tapi nak buat macam mana dah kita nak ambil PTPTN so pandai-pandai la bayar pulak kan.. prinsip aku senang je..hutang tetap kena bayar,so bayar itu dah wajibulghunnah..Sekian mekaseh. (itu pandangan peribadi aku je,sape terase jgn marah ye, peace!! uolls)

 

Dah berbalik kepada cerita asal,ohh nak masuk kerja balik,kena bangun pagi,kena iron baju kurung..MALAS okeh..hehehe Selama 3 bulan lamanya ku jadik bibik di rumah dan sekarang kembali bertugas pulak. Ok masa first day aku kerja,menangis tak ingat la Aleesya. Siap papanya bawak dating pejabat. Hukhuk kesian dia,tak pernah berenggang dengan mama. Dalam seminggu jugak la asek datang pejabat je,pukul 10 papanya datang hantar. Bukan masuk opis aku pun,aku pi turun kat keta laki aku jek. Dia bukan apa,nak menyusu.. itula, masa mama leklok simpan stok EBM tak nak,ha sekarang siapa yang susah? Ketiga-tiganya susah keluarga kecil kita..Hehehe,bila diingatkan kelakar jugakla,pukul 10 datang menyusu,lepas tu lunch hour aku balik rumah pulak. Adeh letih jugak la macam tu. Tapi Alhamdulillah hanya seminggu saja. Dan penerimaan dia terhadap susu formula pun dah ok.

 

Cuma apa yang aku tak boleh lupa dan sedih di sini, masa ni jugaklah kulitnya yang bersih dan lembut itu menghadapi masalah. Aku ingatkan kesan gigitan nyamuk je. Tapi sangkaan meleset sebab makin lama makin banyak. Apa yang aku kesalkan ialah aku tak pergi berjumpa doctor sejak dari awal. It haunted me now. I feel guilty terhadap Aleesya. Kerana ikutkan cakap orang yang kata “lama-lama nanti hilang la’.. Benda tu berlaku sekejap saja,berjangkit melalui tangan kecilnya. Barangkali dia gatal dan garu then berjangkit melalui kukunya..Ohhh tak boleh aku bayangkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Aku sangat-sangat menyesal. Sangat. Tapi bak kata ayat klise menyesal kemudian tidak berguna lagi. So sekarang ni Aleesya setiap bulan akan berjumpa pakar kulit di hospital. Doctor kata rare. Akan hilang (ini membuatkan aku sedikit lega) tetapi ambil masa. Sebab farmasi ada je ubat untuk hilangkan parut tapi ianya tak digalakkan untuk baby. Hanya untuk orang dewasa je.

 

So aku tawakal sahaja. Sekarang ni aku hanya mengelak dari ianya naik kembali. Sekarang ia tinggalkan parut hitam ditubuhnya. Lebih 70% tubuhnya . sangat sedih.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah swt supaya diberikan kesihatan yang baik kepada Aleesya. Dia tak meragam pun. Tu sebab aku tak alert. Aku marah dengan diri sendiri.
Penyakit ni aku nak sebut pun aku xtau. Mula-mula ianya macam kena gigit nyamuk dan dalam masa seminit kesan warna merah tu bertukar menjadi hitam dan warna coklat muda light gitu. Then ianya kekal. Mula-mula doctor cakap kulit dia yang bermasalah,tapi bila doctor pegang dan rasa kulit dia,doctor cakap kulit dia lembut. Maybe allergic terhadap satu-satu benda. Oh ya, masa dulu-dulu aku ingatkan kesan daripada penggunaan sabun mandi Aleesya,so aku prevent macam tula,xguna sabun,then orang cakap ada jugak sama dengan baby yang allergic susu formula. So aku bertukar susu,semua takde kesan. Dalam masa aku prevent benda tu dari naik masa tu jugak yang aku tak sedar dia boleh berjangkit melalui kuku baby.

 

Dan lepas dan ambil beberapa ubat, aleesya semakin baik,xnaik dah,Cuma tinggalkan kesan sahaja. Dan itu mengambil masa. So aku just nak share di sini kalau-kalau ada yang senasib dengan aku,cepat-cepat pergi jumpa pakar terus. Doctor biasa tak mungkin tahu. Itu ikut pengalaman aku.   


Haihh asyik jump situ sini cerita aku. Ok nak cerita pasal Aleesya, masa ni bambam sangat. Pipinya menjadi kegilaan ramai..hehehe bila jumpa Aleesya mesti ada yang nak cubit.. Adoi jangan la cubit pipi dia. Geram je nak cakap macam tu kan..
Suka buat bubble..hehehe..Baik je..Duk diam je situ kalau mama nak buat kerja..bila Nampak haihh menangis pulak dah xsampai hati dah..

Aleesya 2 Months Old

Hye semua..Oleh kerana tak nak melupakan detik-detik aleesya membesar aku nak jugak tulis di sini.. Dan ini jugak bila Aleesya dah besar boleh lah dia baca-baca memori dia masa kecik..Kalau kata dia ingat tak la kan..Masa baby mana boleh ingat…Nak jugak mention..kikiki

Ok, cut it short,masa dia dua bulan ni dia dah pandai respon bila orang agah dia..Suka tau,mengekek-ngekek pulak kalu diagah terus-terusan. Pandai cakap sensorang..Hihihihi..kalu melintas je aku depan dia mesti diajak berbual hahaha.. Tak sampai hati pulak nak tinggal aleesya bila ingat aku nak masuk kerja nanti..
Paling kelakar bila dia buat memek-memek muka..Haihh macam-macam la Aleesya..Masa ni Aleesya sihat Alhamdulillah,tak banyak meragam Cuma malam tu haihh paham-paham la,nak tido pn susah,dah tido kerap pulak bangun..Masa mama tak keje ok lagi la adik ye,mama dah keje macam mana la nanti…

Yang paling aku risau boleh ke dia ditinggalkan? Haduiii.. Aku kan teringin la nak buat stok EBM.. Yela dah banyak blogwalking dan baca info2 dalam blog mummies2 tu teringin aku nak wat stok, jimat xyah la campur susu formula.. Tapi masalahnya haduii..Bila pumping paling banyak dapat 2oz je..Frust aku..Itu aku guna yang manual..Kat Kelantan ni susah nak carik Avent segala tu kan.. Satu lagi aku nak try dulu yang manual ni nak tengok banyak ke tidak.. Kalau tak banyak macam tak berbaloi pulak bagi aku.. Bagi aku la..



So yang 2oz banyaknye tu aku simpan dalam freezer dapat la 3 botol.. Then aku saja nak test and ajar-ajar dia sikit senang bila nak tinggal nanti.. Frust lagi aku.. Dia taknak minum.. Ofkos la aku tak bagi sejuk-sejuk gitu…Aku warmkan la..Dia still taknak.. Jadi membazir la..

Aku pun tak tau maybe cara aku tak betul kot..Tapi aku try lagi. Tapi macam tula jugak. Dahla nak cukup kan 2oz tu punya la susah..Isk isk dugaan sungguh. Aku try jugak ambik supplement, tapi tak berkesan dan sekali ambil air kosong dengan secukupnya..

Jadi macam tula, percubaan aku untuk wat stok EBM untuk Aleesya sangatlah tidak Berjaya..huhuhu.. Jeles ok tengok dalam blog orang berplastik2 and berbotol stok,sedangkan aku nak cukupkan 2oz pun pedih.. kadang-kadang xcukup pun, bl nak bagi anak pulak direjectnya terus..