Search This Blog

Thursday, October 24, 2013

My Tupperware And Corelle

Assalamualaikum wbt..

Anyan Haseyo..

Hai ollsss..well kalau dah namanya wanita kan..memang la obses dengan dua nama ni..Tupperware dan Corelle...Actually banyak lagi la selain corelle ni..Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex..and so on la kan..

But for aku la kan..corelle sangat ergghhh..jatuh hati....Duk makan hati tengok je dalam internet..hihiihi.. Orang kata nak shopping benda-benda alah macam ni best kalau pi kat Langkawi..Idaman Suri dan Haji Ismail Group..

 Ha, nilah rupa kedai Haji Ismail Group tu..Amik berkat nengok gambar je.. Bila tah ada rezeki nak sampai kat sana..hiks.
 Ni pulak Idaman Suri.. So kalau pergi Langkawi kena la pi cari kedai ni la ye..:)




Tak kurang jugak kalau nak berkunjung ke Kelantan ye..Pon ada jugak..Kira bertuah la ai kan duk kat sini.. Tak la kempunan sangat nak pi Langkawi sebab kat sini pun ada kedai bebas cukai (lahhh sangat sekarang) boleh cuci mata nak tengok barang-barang rumah idaman setiap wanita ni..hiks...

Ok, ni pulak kalau anda-anda semua nak datang Kelantan,so far ada jugak ye..Selain barang-barang yang ada terdapat kat pekan Rantau Panjang ni ialah mangkuk tingkat, narita, macam-macam jenis, baju-baju yang macam-macam brand boleh dapat :P, makanan, eh kalau nak senarai macam naik lenguh jugak lah..so wajib datang la tuh ye..

Dan lagi satu kat Pekan Pengkalan Kubur..Sama jugak, barang-barang yang ada kat sini sama ngan Rantau Panjang..Tapi barang-barang mcm corelle Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex ni lebih banyak kat sini kedainya daripada Rantau Panjang..Kalau target nak beli yang tu je boleh la datang Pengkalan Kubur..

Tapi kalau nak jalan-jalan dan pilihan menarik bg i olllss lah kan, prefer ke Rantau Panjang.. Satu lagi, kalau nak datang time cuti sekolah...adoi ya hampun kat Pengkalan Kubur ni susah parking..Well yelah kat mana-mana pun kalau time cuti memang macam tu kan..But tu lah..Tapi memang CROWDED and kalau nak best memilih baik gi ngan kawan sehati sejiwa jangan bawak laki :P

Biasanya kalau orang luar datang tak sah kalau tak jenjalan ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur..Kedua-dua tempat ni sebenarnya sempadan antara Malaysia dan Thailand..Kalau tengok dekat lagi hanya sungai kecil je yang memisahkan antara dua negara jiran ini...wah gitu..dan Sungai ni namanya Sungai Golok..boleh naik sampan je dengar katanya..

I olls tak penah ada pengalaman lagi menyeberang ke sebelah sana..Takut,eh taknak cerita pasai isu..Sebab motif i nak cecite pasal lain..Aduii inila kalau dah naik syok menaip semua nak diciterkan..

Ok..ni je yang mampu beli setakat ni..Jatuh cinta sangat dengan design corelle yang ni..Tak pandang dah yang lain..


Beli dengan Kak Yati dari JAN Terengganu..Yang ni set 16 kalau tak silap..Sayang nak guna :p

Ok, satu lagi obses bagi para wanita aku percaya ialah tupperware..Well kenape eh, dah la mahal..Yang tupperware biasa pun ok jugak ada gak yang cantik-cantik.. Tak, its abaut quality..cantik pun satu hal..

As being said..women are women..aku sign up ahli tupperware..Senang, nak beli dapat beli dengan harga ahli.. Dan sekarang kalau ada kawan-kawan,mak dan kakak aku nak belii olls boleh tolong belikan..:)

Actually bukan guna sangat pun tupperware yang dibeli tu..but tulah, nampak cantik, colourful, quality dan praktikal kan.. Macam bekas yang one touch tu kalau letak gula, susu, milo, biskut kering, keropok tak masuk angin..Kan..Tapi aku slow-slow la beli..Bukan ikut nafsu mentang-mentang tengok suka terus je beli..Idok la kan..hikss.. Berjimat itu adalah perlu.

One thing kan kalau tupperware sape-sape yang tak tau kalau macam penutup bekas ke rosak boleh tukar. Hebat kan..guaranteed..Tapi tengoklah tahap kerosakan tu..Aku dengar ada jugak tahap rosak yang tak boleh tukar yang..Tapi tak tau apa..hehe

Ok tu jelah nak bebelkan..babai..


No comments:

Post a Comment