Search This Blog

Monday, March 28, 2011

Made By Me..!

Just nak sharing my hand made..

Triffle Koktail Terbaik Dari Ladang..:p


Triffle Koktail kali ni saya buat letak kastard di lapisan atas sekali, biasa buat jelly lapisan atas..Saja nak kelainan..Sama je rasanya..Sedap makan masa sejuk..Yummies..

Resepinya:

1 Swiss Roll/Kek Span
1 tin fruit koktail/Laici/Peach
1 kotak jelly (mana-mana perisa)
1 tin susu cair
3 sudu kastard
Esen Vanilla

Cara-cara membuatnya:
  • Jelly
Bancuh serbuk jelly ikut arahan pada kertas pembungkus ( beli yang serbuk ada arahan kat belakang)

  • Kastard
Terlebih dahulu bancuh kastard dengan secawan air. Kemudian panaskan susu cair dengan api yang sederhana, masukkan kastard yang telah dibancuh tadi,setitik esen vanilla,sedikit air buah koktail. Kacau tanpa henti sampai kastard nampak pekat.

Triffle Koktail

Potong kek dan susun dalam bekas,basahkan kek dengan sedikit air buah koktail, kemudian atur buah koktail atas kek (sikit je,ikut kreativiti) kemudian tuang kastard ke atas lapisan kek tadi..Lepas tu pulak tuang jelly (jangan bimbang kastard xkan bercampur dengan jelly) then atur buah-buah koktail dalam jelly..masukkan dalam peti sejuk..

Korang akan nampak dia jadi 3 lapisan..sebab tu nama dia triffle...hehehe sj je nk bgtau..

Ok,selamat mencuba..:)

Err..ini bukan nak menunjuk ye, gambar pun tak cantik..saje nak enterprem je di sini..kalau buat post lain nanti jadi belog masak memasak pulak kan..hehehe..


Ini ialah Nasi lemak,cuma nasi lemaknya xde,xnak masuk kamera..:p

Kat atas tu masakan dalca, ayam masak merah dan acar timun..Teringin nak makan..First time masak ni..

Nasi ayam yang juga tiada nasinya...hidangan untuk 2 orang makan je..

Ok,saya dah pandai buat kek..:p..Ni kek buah, my mil buat lagi sedap dan gebu..sedap makan masa panas-panas.

Ni dah siap potong nak hantar kat umah mak saya..ehehe..


Tula sedikit sebanyak masakan yang dimasak oleh saya..Takdela special sangat tapi bila kita masak sendiri kepuasan tu memang terasa bila dapat santap bersama-sama dengan husband..Orang kata masakan dari air tangan isteri ni pengikat kasih sayang antara suami dan isteri..Jadi jomla kaum-kaum isteri kita masak..hehehe...Saya masak ni pun bukan selalu,bagi isteri-isteri yang bekerja ni terbatas la jugak nak memasak..Sebab balik kerja pun dah pukul berapa kan sampai kat umah..Tapi alah bisa tegal biasa..Masak yang simple pun takpe asal masak kan...:)



Birthday Encik Hubby Saya

Assalamualaikum wbt..

Birthday encik hubby saya ni ialah pada bulan Februari hari tu.. Saje wat seprise yang tak berapa nak menjadi kat dia..hehehe..First sambut birthday sebagai husband and wife so kena la ada edisi seprise sikit kan.. Last minit pulak tu..hehehe..Scroll je la gambar kat bawah ye..

Ini ialah kek birthday encik hubby...

Ini ialah encik hubby saya yang bergambar bersama-sama dengan kek beliau..hehe

Ini ialah tetamu kecil..hehehe Hazril nak jugak pakai mask..

Ha,inilah juadah ringannya ye..

Jelly-jelly yang colourful..saya suka..:p

Ok itu je..Sekian...:)

Sunday, March 27, 2011

Entri Berhabuk..Fufff..

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua..macam mana berhujung minggu? Best x? Aku macam biasa memang x puas cuti 2 hari ni.. Tambah-tambah pulak keadaan sekarang.. Rasa macam nak rehat jek..Sekarang ni pun sakit pinggang yang amat..Berdiri tak kena, duduk tak kena, baring pun tak kena..Alamatnya kena pi mengurut ni..Selalunya en hubby je yang jadik tukang urut,tapi rasanya buat masa sekarang lebih baik serah kepada yang pakar..kan kan???

Semalam godek-godek gambar dalam lappy terjumpa pulak gambar masa zaman single-mingle ni..hehheeh..Gambar ni masa aku kat putrajaya,prosedur utk transfer ke kelantan..Dalam post sebelum ni dah aku storikan cuma seingat aku bukti audit nya aku tak letak lagi...hihihiii..

Ok so jom tengok gambar-gambar masa aku masih single ni...:p

Ni ngan bestpren aku..Stay umah dia masa kat sana..thanks yunk..

Jalan2 ke PICC..:)


Dalam bas pon sempat jek ye..hehehe

Sista2 UAD yang cun...:)



Wednesday, March 23, 2011

Perlukah Makan Untuk Dua Orang Semasa Mengandung

Assalamualaikum wbt...

Alkisahnya..rentetan daripada kenaikan berat badan bln ini aku pun mengooglekan diri mencari info-info tambahan untuk mommy-to-be ni macam mana nak maintain berat badan agar tidak terlebih dan terkurang..Satu artikel yang menarik dari comelnya.com... Sharing is caring :)

Sila lah baca....

Kebanyakan orang menyangka pengambilan makanan harus untuk dua orang (ibu dan bayi) ketika mengandung. Sebaliknya, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Sudah memadai dengan menambah pengambilan susu, kekacang dan ikan di samping makanan biasa yang anda ambil.

Ketika mengandung, badan anda lebih efisien dan berkemampuan menyerap lebih nutrisi dari makanan. Menggandakan pemakanan anda tidak bermakna menggandakan peluang untuk mendapatkan bayi yang sihat, tetapi berkemungkinan besar akan meningkatkan berat badan anda. Akibatnya, risiko mengalami komplikasi semasa mengandung akan meningkat.

Jika anda mempunyai berat badan ideal pada trimester pertama, anda mungkin tidak memerlukan penambahan kalori. Trimester kedua memerlukan penambahan 300 kalori dan trimester ketiga pula penambahan sebanyak 450 kalori. Penambahan makanan tidak seharusnya mengikuti 300-450 kalori, tetapi bergantung kepada berat badan anda, sama ada anda terlebih berat atau kurang berat sepanjang anda mengandung. Dalam erti kata yang lain, anda boleh menambah lagi jumlah kalori jika berat badan anda tidak meningkat semasa mengandung atau mengurangkan pengambilan kalori jika berat badan anda bertambah secara berlebihan semasa mengandung (sayalah tu…).

Bagaimana mendapatkan nutrisi yang mencukupi tanpa makan secara berlebihan?

Berikut merupakan beberapa tips untuk memaksimakan pengambilan gizi berkhasiat semasa mengandung:

  • Penuhi keperluan nutrisi harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak yang berguna, vitamin dan mineral dengan menvariasikan makanan anda. Pastikan apa yang anda ambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan. Pelbagaikan juga makanan dalam kategori yang sama, sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
  • Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksima/perkalori seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minima pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti berbijirin tinggi.

Bagaimana makanan yang diambil dibahagikan antara keperluan ibu dan bayi?

Doktor perubatan masih lagi tidak memahami bagaimana nutrisi yang diperoleh dari pemakanan dibahagikan antara ibu dan bayi. Apa yang pasti, makanan yang diterima oleh bayi anda sememangnya datang dari makanan ibu dan nutrisi yang telah tersimpan dalam tisu dan tulang ibu.

Di masa dahulu, bayi yang sedang berkembang dianggap sebagai parasit yang mengambil segala keperluan nutrisi dari ibunya. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata kecuali dalam beberapa kes, contohnya, jika makanan yang diambil oleh ibu kurang kalsium, maka bayi akan menyerap kalsium yang distor dalam tulang dan gigi ibu secukupnya. Jadi, amat penting untuk ibu mengambil susu secara berterusan sepanjang tempoh mengandung.

Pakar perubatan percaya, pemakanan ibu yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang tidak mencukupi semasa mengandung akan mempengaruhi kesihatan anak anda sepanjang hidupnya.

Kesimpulannya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada amalan pemakanan anda sebelum dan semasa mengandung. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut anda adalah sangat penting. Walau bagaimana pun, sentiasa berwaspada untuk tidak mengambil makanan yang berlebihan kerana ianya akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Cuba ingatkan diri anda, anda sedang makan untuk seorang bayi dan bukannya seorang lagi dewasa di dalam kandungan anda. Pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti :)


p/s: betul kan apa yg aku cakap..pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti..hehehe

Storinya...

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama tak hapdet blog aku ni.. Tah la, mood still takde, nak buat macam mana..Nak paksa pun xbleh kan....Asik blogwalking je.. Bila tengok blog orang best je..banyak stori morinya.. Jadi mood aku untuk menambah entri telah timbul hari ini..yeayyy!!!!

Tadi aku ke klinik,appointment..Biasala pregnancy process,setiap bulan kn pi klinik.. Bila dah timbang berat terkejut pulak aku sebab naik lagi 2 kilo.. Apa nak jadi ni.. Selera tengah menjadi-jadi pulak sekarang nak buat macam mana.. Tambah-tambah hujan pulak sekarang ni,kadar metabolisme biasa la tinggi..Tahap kelaparan itu sentiasa berada pada tahap maksimum..hahhaha..

So akak misi pun bagi nasihat:

  • kalo boleh control makan,(hahaha mana boleh kalo dah lapar kan)
  • kurangkan makanan berlemak (ok itu harus la ye)
Lagi akak misi cakap kalau berat lebih nanti probability untuk baby jadi besar dan masalahnya apabila time deliver,elok-elok boleh deliver normal tup tup kena ceasar pulak kan..

Seriesly bila dengar part tu memang terasa seram sikit.. Ok saya akan berusaha untuk kurangkan selera makan..hahaha..Takdela,ape la..selera mana boleh kurang..Cuma tahap pengambilan makanan tu terpaksa dikurangkan..Tapi aku ada sedikit compius,nanti xeffect kat baby ke? Takpe bukan tak makan pon kan...Cuma kurangkan quantity dan MAMA kena makan makanan yang berkhasiat...Itu lagi penting..Baiklah!

Pastu tadi kena inject dan ambik darah jugak..Rasanya saya sudah lali dengan jarum...hahaha..Dulu kemain takotnya...Sekarang tidak lagi...Ok, Itu hanyalah ayat iklan semata-mata..hehehe..

My dear baby dah 22 minggu..Kejap je rasanya.. Baby dah start gerak.. Kadang-kadang teruja bila rasa pergerakannya.. Mengusap perut sambil bercakap dengannya seolah-olah gerakannya itu adalah komunikasinya..Subhanallah,syukur aku dapat rasa momen begini..


Thursday, March 17, 2011

Kenapa?

Bila last aku post entri ha?
Fuf..

Aku takde mood.


Aku takde perasaan nak menulis nak menaip

sebabnya......



aku banyak keje nak menulis..Desakan tugas.Titik.


Dan aku rasa sangat semput sekarang..


Aku dah 5 bulan..


Baby dah start membesar. Jadi aku bawak dua beban...


Ok dear baby... duk baik2 tau...Mama nak wat keje..:)



Teruja..Mama?? Sesungguhnya aku bahagia.


Terima kasih Allah s.w.t atas anugerah terindah ini..


Thursday, March 3, 2011

Santai Petang..

Assalamualaikum..

Korang suka tak tengok drama bersiri cina? Korang tak suka??? Aku suka okei.. Sangat suka..Dah jadi habit aku dah.. Entah kenapa sejak dulu lagi aku suka sangat tengok drama bersiri cina/hong kong mali ni..tak kesah la mandarin atau kantonis..dulu siaran kat TV 2 setiap pukul 7..

Aku akan jadi penunggu setia kat depan tv..selalu kena marah dengan mak aku sebab lewat solat maghrib...opps..kantoi pulak..ataupun masa iklan aku terus pi solat...(sesi membela diri) Bila habis satu drama, continue pulak drama lain..memang xpenah missed la..tapi aku dah tak ingat la tajuk drama nya..banyak sangat.. Pastu siap pi sekolah bukak balik cerita tu kalo ada sape2 yang tak tengok..hehehe

Bukan apa jalan cerita dia best dan tambah pulak nga pelakon hong kong ni hensem n comel..hehehe.. Pastu masa belaja kat uitm aku stop kejap sebab dulu mana tv..ekceli tv ada tapi masa tu junior lagi, nak tengok tv pon takut...pastu baru berani pi tengok balik tapi kejap je la sebab bilik aku jauh ngan bilik tv pastu kalau ramai-ramai ni tak semua nak tengok cerita yang sama kan..huhuu..

Dan sekarang minat itu masih menebal dalam diri aku..Apa tidak nya dari zaman remaja riang ria,ke zaman seorang siswi, melangkah ke zaman kerje dan skang zaman dah jadi bini orang dan mak orang pulak lagi aku still setia menunggu cite tu..Sekarang rancangan tu dikenali sebagai Golden Phoenix bersiaran pada pukul 6 petang setiap isnin hingga jumaat di tv2..waahhh aku siap wat promosi lagi kat rtm neyh..dan tajuk cite nya ialah The Tale Of Royal Seamtress..

Cite pasal Qiao Er seorang tukang tenun, seorang yang positif dan bercita-cita tinggi.. Banyak pengajaran cite ni..Okei tu kat bawah ada promo lagi untuk cite ni..Cite ni tak habis lagi..ada beberapa episod lagi..

Ok las..adios..



Tuesday, March 1, 2011

Suatu Renungan...

Hikmah Daripada satu Tamparan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau
bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba ALLAH dan dengan izin- Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, InsyaALLAH.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan....

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya...

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu..., atau macam mana rupanya??

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat wujudNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR.

Pak Imam : dibuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : dibuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...Walaupun Syaitan dibuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika TUHAN berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...