Search This Blog

Thursday, April 30, 2015

7/2015 ~ Think Before Speak!

Assalamualaikum wbt

Kekadang kita kan, selalu tak sedar apa yang kita cakap tu akan membuatkan orang lain terasa hati. Mohon maaf ye kalau ada yang terasa hati..Yela kan, kita ni bukan sempurna sangat ye, tapi kalau boleh hendaklah sama-sama menjaga tutur kata agar orang di sekeliling tidak terasa hati.

Peringatan untuk diri sendiri jugak.


 Absolutely right! Jangan cakap ikut rasa ko je jah oiii..Kena pikir jugak orang lain. Asyik ikut marah ko je, marah aku ko tak pikir...ahahahahaha. Ok thats it. Think Think Think.


Cakap la kalau nak bercakap, kot nanti kalau duk berdiam diri pun lagi stress. Tapi, make sure apa yang ko cakap tu tak membuatkan orang sakit hati. 

Kalau orang tanya makan kat mana kita jawab elok-elok makan kat mana. 
Jangan pulak ko cakap ko sebuk pehal??
Ko ni dah kenapa?
Datang bulan eh..

Mendapatlah kan. Tak pasal-pasal bergaduh pulak. Kalau takde mood inform directly kat kawan ko tu ha. Tak susah pun, takdela orang nak gi sibuk tahan muka terima amarah kau nanti..bhahaha..

Yang penting dalam kehidupan seharian kita, tak rugi pun kalau kita layan orang dengan baik. Malah dapat pahala lagi tau. So, kalau nak marah tu tarik nafas dalam-dalam istighfar banyak-banyak. Insha Allah, hilang perasaan nak meroyan kau tu jah hoii..

Orang pun ada perasaan macam kita jugak kan dik non.

 
Smile!
Ok tu je nak bebel hari ni. 
Till then. K bai.

p/s: Mungkin akak salah sorang mangsa keadaan hari ni..bahahahhaha

Wednesday, April 29, 2015

6/2015 ~ Aku Dan Bunga

Assalamualaikum wbt

Korang suka bunga tak? Akak ni takdela suka sangat tapi bolehla suka sikit-sikit. Kalau takde bunga kat rumah takdela nak meroyan sangat pun...hahahaha tetiba..

Tapi kalau tengok bunga cecantik berkembang mekar tu naik geram jugak akak nengoknya.

Mula ada rasa eh nak tanam jugak la bunga ni kat rumah kite.haha ngengada betul.

Tapi bila tengok bunga yang cantik-cantik lapang je minda kan..Tambah-tambah pulak yang selalu je berbunga mekar di taman larangan..muahahaa..

Jom cuci mata tengok bunga..

Bunga Hydrangea atau Bunga Tiga Bulan..Beli kat Cameron Hinglands, akak pilih yang dah ada putik bunga, so confirm nanti balik rumah dah berbunga kan.Jangkamasa hidup dalam setahun, lepas tu daun jadi kuning dan dah tak berbunga. Tak tau sebab apa. Tangan akak bukan tangan sejuk kot..sayang kan.. 

Bunga Hydrangea jugak. Buntang mata akak tengok yang ni. Ya Allah cantiknya..Harga dia RM45 sepokok. Nak ke? Pergi la beli..Kat nursery nun..hihihk

Bunga Hydrangea. Cantik sesangat la hoiii..Yang ni warna biru. Mahu tak cantik, kat nursery ni. Jeles betul akak. Harga yang ni pun RM45 sepokok. Terbeliak tak mata ko jah..Nengok aje le kite ye.

Bunga Zinnia..Mengikut ke google an akak lah. Tapi kalau ikut akak, akak bantai panggil ni bunga matahari jugak..ahhahaha (Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai)

Bunga Balung Ayam..Kaler dia merah mak ngah. Cantik sangat. Nora bagi 5 bintang hihihi (Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai)
Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman seni..betul ke tak lirik tu akak pun tak pasti.sori ye maya..ahhaha. Akak ada ambil benih dia tapi tak tanam lagi sebab nak tunggu tanam kat rumah baru..Berangan kan..hahahaha
(Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai)
Bunga Mawar. Yang ni bukan ler akak tanam sebenarnya..bahaha..dah tanam tapi tak nak hidup pulak dia..Pun keciwa jugak. Rajin akak misi yang duk kuarters situ menanam bunga ye.(Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai)
 
 Gambar-gambar bunga-bungaan kat atas tu semua aku kidnap gambar dia masa aku mengaudit kat Klinik Desa Batu Jong. Tak tahan tengok bunga-bunga tersebut.

Cantik-cantik kan bunga-bunga ni..Bila la nak siap rumah sendiri ni..Boleh lah nanti aku nyanyi lagu ku tanam pokok bunga, bunga mawar namanya ku siram dan ku jaga lama besar jadinya...hihihi

Opps sebelum terlupa, bunga ni memang wishlist..


Rose Jepun @ Pokok Bunga Pukul Sepuluh akak panggil, sebabnya nature bunga ni akan kembang pukul 10 atau sebelah pagi..Jadi kalau korang yang kerja tu boleh tengok sangatla ye bunga ni berkembang cecantik begini kecuali weekend..Aigoooo bila la nak dapat variety colours ni..So colourful kan..
Banyak-banyak bunga kat atas satu je bunga yang aku tanam..hahahaa tu pun dah arwah dah..adoii..

Tapi masa pergi nursery tu aku ada tanya abang tu susah tak nak jaga bunga hydrangea ni. Dia cakap tak susah pun..Biasa je, bunga pun boleh tahan 3 bulan..kau rasa? ahahhaha

Dapat tips berguna, kalau nampak layu bunga tu jangan ko terus siram pokok tu melainkan waktu pagi dan tengahari je. Ni aku punya la gelabah bila tengok hydrangea aku tu layu semacam waktu tengahari terik aku pi siram air. 

Ko dah kenapa. Time dia panas takleh nak siram. Sensitip katanya.
Tula orang nak tanam bunga ko pun nak tanam bunga..hahaha

Ok, noted siram bunga waktu pagi dan tengahari petang aje ye kawan-kawan.(updated)

Lagi nak korek rahsia abang nursery, puji-puji la sikit dia..pandai la abang tanam bunga segar-segar je nampak, saya punya layu je. ha mesti dia bagi tips jaga bunga kat ko nanti. Cayalah..hahahaha

Ok, bunga ni kalau dia layu atau mogok dari berbunga kena taruk baja lah kan, tapi kalau nampak dia makin layu tu kena kaji la sama ada ko dah bagi terlebih air atau ko terkurang air.Haa got it..

p/s: Rumah korang ada bunga tak? hahahah saja kasi panas line.

Till then.

Tuesday, April 28, 2015

5/2015 ~ Aleesya & Diapers Free

Assalamualaikum wbt..

Lama tak bercerita pasal anak yang sorang ni..Dah besar dah pun..hari tu berkobar-kobar nak catatkan semuanya perkembangan dia kat sini..

Tapi entah..semangat pun dah hilang ke mana..Atau pun maksud jelas sekali adalah hangat-hangat tahi ayam je sebenarnya...bahahaha..

Now dah 3yrs 9mnths.. Ataupun memang aku dah bagitahu kalau orang tanya umur berapa dah anak ko.. Dah 4 tahun dah..Ha kan, tetiba rasa wah dah 4 tahun dah anak aku..


Ok back to tajuk kat atas tu.. nak story pasal diapers free. Baru anak sorang ni takde experience lagi sebenarnya aku nak train dia.. Kena banyakkan baca, tanya orang-orang yang dah berpengalaman.Peers..
Kan tapi info yang paling banyak ialah dengan baca kat blog..

Banyak sangat membantu aku dalam nak train anak. Ok, masa mula-mula fikir camana la nak free diapers ni. Susah ke. Hasil dari pembacaan tu memang ada yang kata asyik mengemop je, ayik kena basuh cadar je, asyik nak kena kutip je kan..ahhahaa..

Aduii bagi surirumah kan aku rasa takdela susah sangat kan sebab kan memang 100% kat rumah dengan anak. Macam aku yang bekerja ni macam mana la nak train Aleesya..But thanks to hubby sebenarnya..Sayang bie..hahahha tetiba kan..

Aku sebenarnya train aleesya tak pakai pampers akhir tahun 2014 masa tu 3tahun lebih. Start dengan weekend bila aku ada kat rumah la biasanya. Memula tu memang dia taknak. Maybe rasa berangin je kot kat dia mauahaa..Banyak kali jugak main tarik tali hahahaha

Sebab aku tau Aleesya ni dia minat sangat dekat Frozen ni and selalu je imitate gaya Elsa ni..Ok i got that point..
 Lepas mandi pagi masa nak pakai baju tu aku cakap kat dia takyah pakai pampers la, Elsa pun tak pakai pampers..Princess tak pakai pampers..Hahahhaa..Terer tak mak..

Actually it works tau..Kena attract dia dengan cara macam ni kot. Tengok apa minat dia. Thanks to acik Jiji..banyak mama dapat info berguna kat blog dia..

Dan bila dah tak pakai pampers tu kena ajar dia bila nak kencing panggil mama. And the exprience masa ni very wonderful sangat..hahahahah

Kenapa aku cakap macam tu. Time tengah masak. Aleesya tiba-tiba akan

Mama mama mama!!!!!!!

Kau tau masa ni punya aderanalin tunggang langgang nak mengangkat dia cecepat masuk bilik air untuk lepas hajat dia..dan dan tu jugak masa tu tengah menumis ha...memang hangus la jawab dia..boleh terlupa tutup dapur..Adoiii kan wonderful sangat kan..

Dan lagi Mama mama mama!!!!!!!

Angkat masuk bilik air lagi..Boleh pulak dia cakap..Takde dah..Adoiila anak..Mama mu letih berkejaran boleh dia buat main-main..Kadang-kadang ada jugak yang baru je rasa nak BO tu terus dia kelam kabut..

Memang masa pakai pampers pun time nak BO tu dia mostly akan kehulu kehilir lari nak carik port best...hahaha kelakar pulak masa ingat tu.Pastu duk diam kat situ nak ambik feel kot..

Kalau terkencing dalam seluar tu ada la banyak kali jugak.

Tapi alhamdulillah tak pernah dia terBO dalam seluar. Tapi memula aku train untuk siang hari je la.
 Malam still pakai pampers and kalau nak keluar ada certain time tu aku pakai kan jugak pampers in case dia terasa nak melepas hajat dalam kereta dan tak sempat jumpa tandas.hehee
 
Sampai sekarang dah teratur dah Alhamdulillah.. Keluar pun tak pakai pampers dah. Tinggal malam nak tidur je still pakai.

Until dua tiga malam lepas, nekad nak train untuk train dia diapers free 100%. Nak masuk tidur tu aku suruh dia kencing dulu pun info kat blog acik Jiji kat SINI..Lepas tu cakap kat dia takyah pakai pampers la, dah besar dah. Kalau Aleesya nak kencing panggil mama. Ok? Dan di jawab OK..hahahaa
Cara dia jawab ok tu confident sangat then yeayy tak payah pakai pampers malam ni. Tapi nightmare jugak la mama ko dik sebab mama baru salin cadar ni...muahhahaa..
Kejap-kejap bangun cek..hahaha..

Alhamdulillah dah tiga malam ni tiada kebocoran berlaku. Bangun pagi tu terus nak kencing..Hopefully berjaya la usaha ini..Aamiin..

Of course, bila dia berjaya tak kencing malam ni kena hi-five sikit dengan dia..Celebrate ke kan. 

Sebagai hadiahnya sebab dah 3 malam tak kencing malam mama belikan Aleesya 2 helai t-shirt..
T-shirt gambar yang dia suka la ni..Mak kan, sentiasa je ingat apa yang anak suka..hehehe..



Ok, nanti kalau dah cukup seminggu diapers free mama beli kek Elsa pulak..hahaha.

Insha Allah.

Ok till then.

Monday, April 27, 2015

4/2015 ~ Jom Glowing Dengan Richglow

Assalamualaikum wbt..

Apa yang glow sangat neh..
Ha meh sini rapat-rapat dik non ahkak nak stori..

Richglow mengandungi makanan-makanan sunnah seperti
  • kurma
  • delima
  • habbatusauda
  • madu
serta epal dan berry yang terbukti tanpa bahan kimia atau bahan pengawet.

 

Produk Richglow diformulasi khas untuk Richglow sahaja ( bukan repackaging atau rebranding)

Terbukti dengan rasa yang tak sama dan lain dari yang lain.

Ramuan dalam Richglow memang diformulasi khas oleh pihak R&D, dan dibuat lab test di Universiti Sains Malaysia (USM).

Richglow terbukti ada kelulusan dari pihak KKM mengatakan ramuan Richglow tiada yang meragukan dan 100% selamat diklasifikasikan bawah produk makanan (bukan ubat, jamu, kosmetik dll)

Richglow hak milik bumiputera 100% dan dijamin HALAL.

Richglow membantu membuang toksin dan merawat masalah kulit dari dalam. Jom tengok khasiat Richglow:


  • mencerahkan kulit dari dalam
  • mengecutkan jerawat
  • memudarkan parut,jeragat, eyebag, dan membantu memulihkan parut lekuk
  • melicin dan menghaluskan tekstur kulit
  • menyeimbangkan ph kulit yang seimbang
  • membantu pembuangan toksin
  • merawat resdung dan ekzema
  • mengandungi antioksida yang tinggi
  • membekalkan tenaga sepanjang hari
  • membantu menambah susu badan untuk breastfeeding mommy
Tak tau kat mana nak dapatkan Richglow?
Hubungi saya segera pm/whatsapp 013-9358567
Cod area Kota Bharu Kelantan

Wednesday, April 22, 2015

3/2015 ~ We Are Moving

Assalamualaikum wbt...

Dugaan pertama kami pada tahun 2015.

Balik dari rumah mak aku petang Jumaat di bulan Mac,dapat call dari tuan rumah kami menyewa.

Yang muqaddimah nya aku taknak cerita la.

Yang aku dengar je "Macam ni, akak nak bagitahu yang akak dah nak duduk rumah tu"

Dang!!!!!! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Macam ada pintu terhempap kat kepala aku. Ok tipu. Angan-angan untuk habiskan sisa-sisa kehidupan sebelum siap rumah impian tidak tercapai.bahahha..bahasa tak boleh blah.

Alahai tuan rumah ni. Kenapa la nak duduk rumah ni. Kan dah ada rumah kat Kolumpo sana kan..Aduiyai ahkak pun.

"Akak nak duduk sendiri ke"

"Tak, anak akak dapat kerja kat sana, nak bagi dia la" So, akak bagi masa sehingga akhir bulan 4 lah ye.

Lagi dang!!!!!!!!!!!!

Bulan 4 kak? Sekarang bulan 3 kak, mana la aku nak carik rumah area Kota Bharu dengan sewa yang berpatutan dan dalam masa terdekat macam ni. 

"Tula akak just nak inform tu je la ye. Ok bye..Tut tut tut tut..Ahkak letak telepon.

Dalam keadaan adrenalin yang masih kencang terus call hubby inform berita yang aku rasa sangat memeranjatkan aku.

Well termenung jugak..Terus whatsapp adik beradik call mak aku whatsapp group kawan-kawan mintak tolong carikan rumah sewa..

Aku tak nak salahkan tuan rumah sebab dah rumah dia. Dia berhak. Tapi aku nak salahkan dia jugak..Mentang-mentang rumah dia. Boleh sesuka hati buat macam tu??? What the fish kan..Do I care??? Tuan rumah jawab...muahahah ok takde kena mengena..

Takdelah, aku dengan hubby cakap nak buat camana dah rumah dia. Kita pindah je lah..Sambil memasing maki dalam hati...buahahahaha..

Petang tu hubby pusing-pusing area kawasan rumah aku kot-kot ada rumah untuk disewa.

Aku bukan apa, aku ralat sebab barang kat rumah sewa sekarang ni banyak sangat.Duk pikior nak memunggah barang yang ya ampun banyaknya..Dan lagi tahun depan kalau takde aral rumah impian aku siap la agaknya..Bukan dah jadi dua kali pindah kat situ.

Pikir benda ni jadi aku makin stress. Rumah tak jumpa lagi pun aku dah start packing barang-barang yang tak berapa diguna..Adoiii kalaula ada Doraemon yang boleh tolong aku packing barang-barang ni kan best..Huwaaaa,.

1 week after dapat news yang tak sedap didengar tu, hubby yang keluar balik dengan muka happy.

Exited dia panggil aku.

Yang, ada rumah tu nak bagi sewa. Dekat ni jugak..

Alhamdulillah..Rezeki kami agaknya. Alhamdulillah. Tak sangka pulak cepat je dapat rumah sewa tu. Kebetulan rumah tu dah siap renovate dan tuan rumah baru tu nak dapatkan penyewa dengan kadar segera.

Rumah banglo sebuah tapi direnovatekan jadi berkembar. Sebelah tu tuan rumah letak barang-barang dia, sebab sekarang dia tinggal dengan anak dia kat Seremban nun.

Kami terus pergi tengok keadaan rumah. Memang dekat sangat dengan rumah aku sekarang. Takdela terasa sangat nak pindahkan barang-barang. Bincang-bincang pasal sewa dan deposit segala dan deal terus. Tak larat dah nak fikir dan cari rumah kat area lain.

Bermulalah hari-hari yang sangat meletihkan. Kemas. Kemas Kemas. Packing Packing Packing

 

Letih yang amat..Oh letihnya nak pindah rumah. Takmo pindah dah rasanya lepas ni. Tapi apakan daya aku takde pilihan pun.

Hari Jumaat minggu berikutnya kami pergi basuh rumah, kemas-kemas apa yang patut. Bukan apa, rumah tu baru lepas renovate. Berdebu jugaklah.


Aku apply cuti rehat sesiap untuk kemas barang rumah baru yang disewa tu.

Aku call tuan rumah sewa lama untuk inform yang aku last kat rumah dia sampai end of Mac. Bulan 4 aku dah kosongkan rumah dia tu.

Hubby aku punggah barang-barang kecik dengan Myvi jer tau. Aku pun dah tak ingat berapa trip duk punggah barang-barang- Tetiap malam kami jalankan operasi memunggah.

Sampaila 27 Mac tu malam Jumaat tu dah habis dah barang kecik-kecik tinggal lagi sofa,almari baju, almari solek, almari kaca untuk dipunggah dengan lori.

Malam tu kami start tidur di rumah sewa yang baru..

Sedih jugak nak tinggalkan rumah tu walaupun rumah sewa. Lama jugak kami tinggal kat sana awal tahun 2011 sampai sekarang..Almost 4 tahun jugak la.Kenangan tu, dari berdua, dari makan kat atas lantai, tak berlangsir susah senang membeli perabot one by one..sob sob sob..dan dah bertiga dengan Aleesya..

But tulah..dugaan pulak sempena dengan nak menyambut GST agaknya..hikhik

Ok bai.

Tuesday, April 21, 2015

2/2015 ~ Teratak Kecil Kami In The Making

Assalamualaikum wbt..

Pada awal tahun 2014, aku ada survey tanah untuk dibuat rumah di atas tanah tersebut.. Bukan tanah yang aku nak tanam pokok bunga ye..Itu aku tak beli pun, walau banyak kali ambik letak ambik letak tanah baja kat Tesco..bahahhaa..Kalau tanah tu, banyak je kat umah mak aku je pun..

Ok2,survey punya survey ada la yang berkenan di hati areanya masih lagi di Daerah Kota Bharu..Setelah meminta pendapat ayah n mak aku,adik beradik tentang harga, keluasan..ok setuju and deal.

 
Tanah nya xnampak sangat fokus kat rumah sebelah tu..dah siap dah..Tapi tak tau la tuan rumah dan pi duduk situ ke idak..

Sebelum tu dah inform sesiap kat tuan tanah yang aku nak beli tanah dia ni through loan gomen..Mana nak cekau duit puluh-puluh ribu tu kan..Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..melawak tiba-tiba jadi Tegar..bhahaha..Ok aku takde duit banyak,bukan jenis orang berharta sobs sobs..Mujur jugak dapat kerja gomen..Isk isk..Syukur.. 

Alhamdulillah tuan tanah setuju, dengan syarat kami bayar deposit dahulu..

Panjang gak masa proses nak beli tanah ni pun..Aduhaiyapun..Dari bulan Mac sehingga bulan Ogos rasanya lah baru aku dapat geran atas nama aku..Nasib aku baik sebab tuan tanah tu jenis yang memahami dan bukan yang jenis terdesak nak pakai duit..

Then bila dah geran atas nama aku bermula proses seterusnya iaitu proses mencari kontraktor...Nak cerita panjang sangat prosesnya turun naik situ sini dah alhamdulillah jumpa kontraktor yang bagi aku masih reasonable dia punya harga..

Kenapa aku beli tanah dulu then baru nak buat rumah?

Kenapa tak beli rumah directly dari pemaju,? 

Lagi takyah pening kepala.

Sebelum ada yang tanya, aku explain terus la kat sini..Pada pandangan dan pemerhatian aku, harga rumah di area Kota Bharu ni sangatlah mahal bagi aku orang kebanyakkan ni..Belah luar Kelantan aku tak tahula kan...

Rumah teres average harga dalam RM200k, Semi D RM260 ke atas (Masa aku survey tu lah, in fact yang RM300k pun ada agagaga), Banglo RM300k ke atas..

 
 Ha ni bukti yang aku cakap rumah area Kota Bharu ni mak aiiiihh..See RM350k tu..Yelah banglo kan..Lebih kurang pelan rumah aku beza dekat RM100k...Omaigucciii..

Well, mengikut kelayakan aku la sebagai kakitangan awam yang bergred 27 ni, aku mampu beli rumah teres je (pun pada masa aku survey tu lah) dan kelayakan pun ikut tahun 2014 lah ofkos kan..Bukan nak perlekeh rumah teres, kalau dah rezeki aku duduk kat rumah teres memang aku beli je pun rumah teres pun..Tak kisah..

But, kita ada alternatif lain kan..Pun kita kan nak beli rumah ni nak duduk sampai la ke akhir hayat kita..Insha Allah kalau ditakdirkan olehNya kan..So amatlah penting untuk berfikir panjang..Walaupun lambat sikit masanya, nak buat macam mana..Untuk keselesaan kita dan famili kita jugak untuk membina rumah impian..ececececeh kononnya..Itu pilihan masing-masing..

Kalau aku congak secara kasar, aku beli tanah RM85k + (RM165k- average kos untuk bina sebuah rumah). Total RM250k..Reasonable bagi aku untuk dapat sebuah rumah di Kota Bharu pada masa ini..Compared to beli rumah directly dengan pemaju.

Pada aku lagi jimat dan memang sakit kepala..bhahaha..Mana ada orang buat rumah tak sakit kepala weiii..

Tapi kalau kau ada tanah then buat rumah tu sendiri tanpa guna kontraktor..Lagi super jimat..hahhaa..

Macam kes aku ni, aku serahkan terus pada kontraktor la,kurang sikit pening nanti...

Sekarang, pelan rumah tengah tunggu kelulusan dari pihak berkuasa tempatan..Rasanya dah 2 bulan dah kot..Lamanya la haiiii..

Then, bila dah pihak berkuasa tempatan dan lulus pelan rumah tu, boleh ke proses seterunya iaitu apply loan kat Bahagian Pinjaman Perumahan pulak..Nanti aku update pulak lah ye cmana..

 Rumah impian aku lebih kurang macam ni je..Dah cukup cantik bagi aku..
(Gambar ihsan mudah.my)


Monday, April 20, 2015

1/2015 ~ Redha

Assalamualaikum wbt..

First time nak menulis di tahun 2015..lawak sungguh.. Jejari yang tak berapa runcing ni pun malas nak menaip..Sama ikut mood body tuan dia..ahahhaa..

Orang dah masuk April 2015 aku baru terkedek-kedek nak throwback 2014..lagi sekali gelak weh..adeh deh sedeyh sungguh..Tak kesahla aku nak trowbek jugak..nak jugak..Yela yela..aku bercakap dalam hati..Hati aku membenarkan sebabnya memang takde salah pape pun kan..Tak de nak disabitkan kesalahan pun..Eh kan lagi lama lagi panjang intro yang apa kejadahnya ni..

2014 banyak yang berlaku..pahit manis susah senang..hukhuk..nak throwback pun aku tak berapa nak ingat dah..Ok2 jap (ambik nafas panjang-panjang sambil pejam mata, ok tipu) hahhaa..

Berita gembira akhir bulan Mei 2014 adalah aku pregnant anak kedua..Pergi jumpa doktor untuk sahkan..Yup doktor sahkan aku pregnant 5weeks..Then macam biasa keluar mengaudit di Hospital Tanah Merah selama dua minggu..Balik ke ofis sangat gembira share dengan rakan-rakan..Dan dalam pada tu happy sebab takde alahan seperti aku pregnantkan Aleesya..

Masuk 9weeks rasa lain..Aku bleeding..Nervous..Tanya member-member ada yang kata biasa ada yang kata tak biasa..Yang tak biasa agak cuak rasanya..Tanya my sis dia cakap simptom keguguran..Aku masa tu memang down,frust tak boleh nk habaq hang dah..Hubby cakap rilex sambil pujuk hati ni cakap takde pape InshaAllah..

Nak confirm kami ke klinik..Alangkah sedinya aku doktor scan cakap janin kecik je..Ada kemungkinan silent miscarriage..Aku kuatkan lagi cakap tapi saya tak sakit doktor..Doc cakap kalau silent memang tak sakit...Hukhukhuk boleh nangis kat sini tak doc..Doc bgtau lagi janin tak berkembang masa 7weeks..Ikut kiraan masa tu aku dah 9weeks..

Doc tanya..ada buat kerja berat ke..aku cakap saya outstaion..kat rumah macam biasa la orang perempuan buat kerja kan..Doc cakap maybe nak dijadikan sebab dan doc suh sabar je..

Bagitahu hubby dengan sedihnya..Balik rumah terus baring je tak nak pikir langsung..Esoknya rasa tak sedap badan lagi..Baring je sebab taknak things jadi lebih worst..Bleeding lagi..Suddenly aku rasa macam nak meneran..Bagi tahu hubby dia suh baring dalam bilik..Sakit belakang macam period..aku rasa takut sangat nak bangun sebab rasa sesuatu nak keluar..

Lastly aku bangun jugak pegi bilik air dan tak semena-mena dah terkeluar sesuatu itu..Takut dan gerun semua ada..Macam dalam cerita-cerita yang kita tengok kat tv..

Redha..hubby nak masuk tengok..aku siap basuh semua bersih-bersih..Call mak aku..Pergi klinik scan Alhamdulillah xkena DnC..dapat MC 2weeks..Rest kat rumah dan berpantang..

Macam sekelip mata je rasanya..Takde rezeki..Kena terima..Kena redha..

Penutup kisah 2014,memiliki tanah sendiri untuk membina rumah selepas ini..Masih dalam proses kelulusan pelan rumah..Semoga semunya berjalan lancar untukku membina Rumahku Syurgaku..InshaAllah

Alhamdulillah..Tapak rumah kami..Sebelah tu dah siap dah rumahnya tapi belum officially duduk lagi..Masa ni dalam pembinaan lagi..