Search This Blog

Tuesday, April 21, 2015

2/2015 ~ Teratak Kecil Kami In The Making

Assalamualaikum wbt..

Pada awal tahun 2014, aku ada survey tanah untuk dibuat rumah di atas tanah tersebut.. Bukan tanah yang aku nak tanam pokok bunga ye..Itu aku tak beli pun, walau banyak kali ambik letak ambik letak tanah baja kat Tesco..bahahhaa..Kalau tanah tu, banyak je kat umah mak aku je pun..

Ok2,survey punya survey ada la yang berkenan di hati areanya masih lagi di Daerah Kota Bharu..Setelah meminta pendapat ayah n mak aku,adik beradik tentang harga, keluasan..ok setuju and deal.

 
Tanah nya xnampak sangat fokus kat rumah sebelah tu..dah siap dah..Tapi tak tau la tuan rumah dan pi duduk situ ke idak..

Sebelum tu dah inform sesiap kat tuan tanah yang aku nak beli tanah dia ni through loan gomen..Mana nak cekau duit puluh-puluh ribu tu kan..Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..melawak tiba-tiba jadi Tegar..bhahaha..Ok aku takde duit banyak,bukan jenis orang berharta sobs sobs..Mujur jugak dapat kerja gomen..Isk isk..Syukur.. 

Alhamdulillah tuan tanah setuju, dengan syarat kami bayar deposit dahulu..

Panjang gak masa proses nak beli tanah ni pun..Aduhaiyapun..Dari bulan Mac sehingga bulan Ogos rasanya lah baru aku dapat geran atas nama aku..Nasib aku baik sebab tuan tanah tu jenis yang memahami dan bukan yang jenis terdesak nak pakai duit..

Then bila dah geran atas nama aku bermula proses seterusnya iaitu proses mencari kontraktor...Nak cerita panjang sangat prosesnya turun naik situ sini dah alhamdulillah jumpa kontraktor yang bagi aku masih reasonable dia punya harga..

Kenapa aku beli tanah dulu then baru nak buat rumah?

Kenapa tak beli rumah directly dari pemaju,? 

Lagi takyah pening kepala.

Sebelum ada yang tanya, aku explain terus la kat sini..Pada pandangan dan pemerhatian aku, harga rumah di area Kota Bharu ni sangatlah mahal bagi aku orang kebanyakkan ni..Belah luar Kelantan aku tak tahula kan...

Rumah teres average harga dalam RM200k, Semi D RM260 ke atas (Masa aku survey tu lah, in fact yang RM300k pun ada agagaga), Banglo RM300k ke atas..

 
 Ha ni bukti yang aku cakap rumah area Kota Bharu ni mak aiiiihh..See RM350k tu..Yelah banglo kan..Lebih kurang pelan rumah aku beza dekat RM100k...Omaigucciii..

Well, mengikut kelayakan aku la sebagai kakitangan awam yang bergred 27 ni, aku mampu beli rumah teres je (pun pada masa aku survey tu lah) dan kelayakan pun ikut tahun 2014 lah ofkos kan..Bukan nak perlekeh rumah teres, kalau dah rezeki aku duduk kat rumah teres memang aku beli je pun rumah teres pun..Tak kisah..

But, kita ada alternatif lain kan..Pun kita kan nak beli rumah ni nak duduk sampai la ke akhir hayat kita..Insha Allah kalau ditakdirkan olehNya kan..So amatlah penting untuk berfikir panjang..Walaupun lambat sikit masanya, nak buat macam mana..Untuk keselesaan kita dan famili kita jugak untuk membina rumah impian..ececececeh kononnya..Itu pilihan masing-masing..

Kalau aku congak secara kasar, aku beli tanah RM85k + (RM165k- average kos untuk bina sebuah rumah). Total RM250k..Reasonable bagi aku untuk dapat sebuah rumah di Kota Bharu pada masa ini..Compared to beli rumah directly dengan pemaju.

Pada aku lagi jimat dan memang sakit kepala..bhahaha..Mana ada orang buat rumah tak sakit kepala weiii..

Tapi kalau kau ada tanah then buat rumah tu sendiri tanpa guna kontraktor..Lagi super jimat..hahhaa..

Macam kes aku ni, aku serahkan terus pada kontraktor la,kurang sikit pening nanti...

Sekarang, pelan rumah tengah tunggu kelulusan dari pihak berkuasa tempatan..Rasanya dah 2 bulan dah kot..Lamanya la haiiii..

Then, bila dah pihak berkuasa tempatan dan lulus pelan rumah tu, boleh ke proses seterunya iaitu apply loan kat Bahagian Pinjaman Perumahan pulak..Nanti aku update pulak lah ye cmana..

 Rumah impian aku lebih kurang macam ni je..Dah cukup cantik bagi aku..
(Gambar ihsan mudah.my)


No comments:

Post a Comment