Search This Blog

Friday, July 29, 2011

Memorable Journey...

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama tidak berpeluang mencatat sesuatu di sini..Hye semua..saya dah bersalin dah..How glad i am..How thankful i am to Allah swt atas anugerah terindah ini..

I become a Mama now..A Mama to a cute little dotter.. So sekarang aku nak kongsikan saat-saat paling mendebarkan dalam hidupku..Tak pernah rasa setakut,sesakit dan se berdebar dan sewaktu dengannya... Al maklumlah ini adalah pengalamanku yang pertama..Melahirkan..Bersalin..Opppsss sesuatu yang menakutkan..hahaha

Ok,nak dipendekkan cerita,pada malam 8 Julai 2011 tu aku lepak kat umah mak aku sebab masa tu weekend biasala makan kat sana..Yela masa tu aku dah 9 bulan,nak masak pun dah tak larat dah..Jadi lepas makan tu borak-borak la..Mak aku tanya,takde tanda-tanda lagi ke??
Tanda-tanda??? Macam mana tandanya??? Aku pulak tanya balik..Mak aku pun cakap la tanda-tanda nak bersalin biasanya sakit belakang,sakit perut tu memang dah wajib pastu pecah air ketuban atau pun turun darah..

Hmm..aku pun pikir..setakat ni takde lagi sakit macam tu..Kalau sakit bagitau cepat-cepat,prepare barang nak ke hospital...

Dan....pagi esoknya...selepas solat subuh...aku terasa sangat sakit belakang..uhhuu ekceli memang aku ni selalu je sakit belakang..Tapi sakit belakang ni sekali dengan rasa sakit perut...Aku dah start rasa berdebar tapi dalam masa yang sama aku try cool dulu..Tak jadi nak sambung tidur aku terus bangun mandi..Yela mana tau masa aku bersalin telah pun sampai tak kan nak pi hospital dengan tak mandi pulak kan..(sempat lagi aku pikir sal mandi yer..)

Aku still tak kejutkan hubby aku sebab rasa sakit tu takdela sakit sangat..Aku letak beg yang aku dh packing untuk di bawa ke hospital kat luar..Beg aku dan beg baby..Bakul air pun dah aku siapkan sekali..Aku pakai pantyliner kot2 kalau ada paper nanti boleh la confirm terus kan..

Dalam pukul 11 lebih tu aku sedar ada rasa macam period keluar..ooohhh apakah??? aku sangat berdebar..Ya!! Tekaan aku tepat...Blood....uhhhuuu..takutnya..then aku bagitau hubby..dia punya la exited siap ajak aku pi hospital terus..

Aku call mak aku tanya dia betol ke keadaan macam tu then mak aku cakap ye..oohhh baby nak keluar dah ke???Kalo tak silap aku masa tu aku dalam 37 minggu...Mak aku cakap better aku pi sana terus..Then lepas zuhur aku pi umah mak aku..tapi sakit tu dah berhenti dah..Aku pun rasa pelik jugak,betol ke nak bersalin ni? ke nak sakit main-main dulu...Sampai la ke petang...Dan pada pukul 6.30 aku perutku rasa agak sakit..memulas..macam nak period..aku report mak aku..dia cakap kalau sakit kejap 15 ke 10 minit tu bagitau..then pukul 7 rasa lagi sakit..dalam 15 minit sekali..huhuhu..rasa exited nak bersalin dan takut silih berganti..pukul 8 aku rasa sangat sakit..uhhuhu..Masa tu hubby aku kat umah my mil..aku suh cepat-cepat dia datang..kot2 aku emergency nak bersalin dah..dan memang sakit dah 10 minit sekali..

Aku menerima kenyataan bahawa aku akan bersalin..yeay aku akan jadi mama..Aku akan ada baby..dan sakit????ohhhh...Mak aku suh aku minum air selusuh dan air rendaman bunga dari Mekah..Aku minum semua..Mintak-mintak dipermudahkan..Dan pada masa yang sama segala macam ayat dan doa tak lepas dari mulutku...uhhhuuu...dan pukul 9.30 malam aku rasa macam dah tak tahan aku pun bertolak ke hospital..sampai di sana terus ke dewan bersalin..macam mimpi pun ada..lepas register misi suh aku masuk baring atas katil...

Ok bermula lah episod berdebar-debar..amat menakutkan...ohhhhh..Ya Allah...selamatkanlah aku..kurangkanlah kesakitan ini..Misi yang suruh aku baring atas katil pun datang pakai tali apa tah kat pinggang..aku takde mood dah nak tanya sebab sakit tu makin terasa..dan dia cakap pasni doktor nak cek jalan....Adui..Doktor perrempuan dan sangat sakit..!ohhh..doktor cakap 2cm..aku sakit sangat tu pun baru 2cm..then tak lama kena pi scan dulu then doktor berkulit gelap datang lelaki..i guess he's an african...ohhh tidak...aku tak nak ingat masa ini..nak tunggu doktor datang scan kemain lama..aku sakit kat situ sorang-sorang xde sape2 teman even pelatih ke xde..kalau aku pengsan kat situ ke sesak nafas kat situ macam mana..Time sakit macam ni aku rasa sangat nak marah dan rasa geram sangat2..nak tahan sakit tu sampai air mata terkeluar..aku sorang-sorang..huhuu sakit...hati..

Lepas scan dah 4cm to 5cm..ohh kalau boleh dikira ayat sakit dalam entri aku kali ni memang sakit paling popular..Doktor cakap pi jalan-jalan kat luar,pi la jumpa husband ke minum2 lagi senang nak bersalin nanti..sebab dia nak terus bawa aku ke labour room jap lagi..tak yah nak masuk wad dah...ohhhhh..

Dan aku tak larat nak jalan dah..sangat sakit..husband dan mak aku picit-picit belakang aku..Walaupun aku rasa sakit aku tu tak hilang pun tapi at least sentuhan tu bagi semangat kat aku..Dan aku rasa dah tak tahan aku masuk serah diri kat doktor..Misi tu pun ajak aku pi labour room..Ohhh inilah labou room..dan aku baring di situ tah apa wayar pulak lilit kat pinggang then kena cucuk tangan..part tu xleh nak kompromi dah sebab sakit nak bersalin lebih sakit dan hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang akan paham..huhuhuhu

Dan once again aku ditinggalkan keseorangan..Apakah ini??? Masa tu aku beristighfar saja...dan tepat pukul 11.55 air ketuban pecah dan aku sangat2 terkejut...Apa tu..aku takut..aku panggil misi,aku panggil doktor aku panggil akak semua tak menyahut..ohh tolong jangan tinggal aku sorang2 dalam aku tak tau apa yang telah terjadi pada aku..Sudah sampai masa kah aku?Bersalin sorang-sorang??hubby takde??ohhh tidak tolong mengalir air mata..dan last aku nampak misi lalu aku pun cakap kat dia macam keluar air..dia boleh oohh takpe dan terus berlalu begitu saja...Aduiiii aku rasa kalu aku larat nak bangun aku nak ...aihhhh takpela aku dan selamat dah pun sekarang..hihihi..

Tak lama misi datang aku cakap tolong panggil husband saya misi tolonglah..dia pun kesian tengok aku,dia pun terus pi panggil hubby ku..belum sempat hubby nak masuk misi lain cakap tunggu kat luar dulu ye encik doktor nak cek jalan..oohhh tidak...Sudah berlalu saat dan minit yang menyakitkan bagi aku barulah husband aku disuruh masuk..Hanya pada dia aku luahkan perasaan sakit aku..Sesungguhnya terima kasih bie kerana sanggup diberi pinjam tangan lengan dan bahu untuk syg bergantung..Walaupun rasa sakit tapi ada husband berada di sisi at least membuatkan aku kuat..Aku redha dengan apa yang terjadi lepas ni..

Masa dah melewati pukul 12..Anakku tak mahu keluar lagi..Episod yang menyakitkan tak habis lagi sampai misi bagi aku oksigen untuk aku sedut untuk kurangkan rasa sakit dan aku terus lali dan rasa mengantuk sangat..dan pada suatu saat pukul 2.25 aku rasa dah tak tertahan..hubby ku cakap darah dah banyak keluar..then aku dengar misi cakap boleh belajar push...aku memang dah xtahan dan xlama hubby ku cakap nampak kepala baby terus dia teriak panggil doktor n misi..kelam kabut diaorang datang angkat tilam angakt kaki aku panggil nama suh aku push..barula kelam kabut..tadi buat dekk je..Yela setahu diorang anak sulung biasa lambat..

Dan tepat jam 2.40am suara baby kedengaran..Bagaikan apabila anakku keluar ke dunia sakit itu hilang..Ohh betapa besarnya kuasamu Ya Allah..Allahuakbar..Subhanallah..Tak henti-henti aku bersyukur padanya dan misi cakap girl dan aku bersyukur dia letak anakku di atas dadaku dan aku sempat pegang sekejap anakku sebelum dia serahkan kepada hubbyku untuk diqamatkan..Aku pejamkan mata dan terngiang-ngiang suara hubbyku mengqamatkan anak kami..dan aku terlelap..sedar-sedar doktor kejut aku cakap proses jahit menjahit dah nak siap dia cakap jangan tidur lagi..aikk macam rancangan jangan tidur lagi pulak..aku tengok jam..dah pukul 4 pagi..punya la lama proses..

Dan akhirnya aku disorong keluar di atas katil dan misi membawa anakku dan letak disebelahku..oohhh anak mama..aku ciumnya..tak terhingga rasa syukurku kepada Dia Yang Maha Berkuasa yang memanjangkan usia kami berdua..

Dan..pengalaman ini amat menginsafkan aku sebagai anak..

Aku kemudiannya ditolak ke dalam wad..dan baru la boleh jumpa ngan hubby dan mak aku yang sanggup tunggu dari pukul 9.30 sampai pukul 5pagi huhuhu..my mil dah balik sebab dia keje..

Oleh kerana effect kepada terlebih sedut oksigen masa sakit tadi aku dan baby tertidur sampai ke pukul 7am..

Itulah memorable journey bagi seorang wanita yang baru first time menimang cahaya mata..

Ok thats all guys..itu hanyalah pengalaman aku..cerita aku..takde kena mengena dengan sesiapa pun..dan aku coretkan di sini hanyalah untuk berkongsi dengan teman-teman seangkatan yang bakal atau ingin melahirkan baby..

Tapi satu je aku nak bagitau..ini pun ramai member-member aku dah bagitau aku..bila nampak muka anak kita rasa sakit itu hilang..dan aku SETUJU...:)