Search This Blog

Thursday, November 7, 2013

Me And Anggun ~ Oktober

Assalamualaikum..

Actually dah banyak kali dah Program Aktiviti Kecergasan yang dijalankan di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dari awal tahun 2013..Sekarang dah bulan November,dan yang bulan Novermber pulak giliran Pejabat Timbalan Pergigian yang anjurkan..Tapi sedihnya rasanya tak dapat nak join sebab terpaksa keluar mengOdit..Tinggal 2 kali lagi aktiviti Anggun ni..

Alamak, macam mana ni, berat tak berkurang pun..oppss..hehehe

Ada yang sempat aku join, dan ada yang tak sempat sebenarnya..Jika berada di luar (outstation) jadi tak boleh lah aku join.. Utamakan tugas hakiki dulu ye tak.. Best jugak sebenarnya aktiviti ni..Walaupun sebulan sekali, dan kebanyakan aktivitinya ialah senamrobik je..

Kadang-kadang, tak dapat nak ikut sebab banyak ketawa dengan member-member kat belakang..haha
Apela, so cemana nak turun..Tapi ok la kan, motif utama tu memang nak kurus la kan, tapi dengan bersenam ni boleh la jaga kesihatan sikit kan..

 Team kita tema merah u olls..Baru la semangat kan..Eh eh ada kumbang pulak..hihihi

 
 Kalau tak ambik gambar dulu memang tak sah la kan..Eh dah ada 3 kumbang dah..Ni separuh yang datang..Yang lain ada hal..Masa ni wat pagi, start program pukul 7.30 di Padang Perdana Kota Bharu je..

 Oleh kerana dekat je dengan opis, kami berjalan je beramai-ramai.Tapi lenguh jugak la kaki ni bila sampai opis..Tapi takpe, kalau nak harap berjalan sesaje je memang tak la kan...hihi..Setiap kali ada program ada provide minuman la kan, tapi hari tu siapa tah sponsor bihun goreng.Tu tengok yang belakang tak menyempat dah ngap dulu..hahaha..Lapor katanya..

So targetnya turun ke idak ni u olllsss....???


Me ~ Felt Craft ~ Sarung Kotak Tisu

Hye semua..

Lambat betui production sekarang..Lepas tu nak ambik masa letak dalam blog satu hal..

Kena cari masa yang sesuai dan ambik mood dulu..hehe

Ha nilah sarung kotak tisu dari felt..Ditempah oleh Lyana dari Kemaman..tq so much..Tak sangka pulak duk di jabatan yang sama tapi lain negeri..hehe

Secara peribadinya aku suka kaler combination ni..pink lembut dengan biru lembut..sweet kan..Dengan nama plak kaler purple, ada rerama kecik..hehe..Kaler dipilih sendiri oleh Lyana dan design tu aku match2 je...Diharapnya Lyana berpuas hati la ye..

Ok...Untuk tempahan boleh sms atau whatsapp ke 013-9358567..:)


Thursday, October 24, 2013

2 years Old My Little One

Hye semua..

Pejam celik pejam celik dah besar dah anak mama..Alhamdulillah bersyukur kepada Allah setakat ni dikurniakan anugerah yang tak terhingga ni dalam keluarga kecil kami.

 Minat sangat dengan upin ipin papanya pilih kek yang boleh letak gambar upin ipin.. Tarikh lahir Aleesya tahun ni jatuh pada 10 Julai bersamaan dengan 1 Ramadhan.. Jadinya tak berkesempatan la nak buat majlis harijadinya.. Takpelah, tak wajib..Ada yang potong kek dengan mama dan papa pun jadi lah ye..

Title pun dah bertukar, bukan lagi baby tapi kanak-kanak..Dah banyak dah progressnya..Walaupun progressnya tak semaju kanak-kanak lain sebaya dengannya..Tapi alhamdulillah..dikurniakan tubuh badan yang sihat..Cuma masalah kulit tu tengah berusaha sehabis boleh..hukhuk

Suka sangat dengan bola..

 Yelah sesetengah kenalan aku ada yang anak sebaya dengan anak aku, diaorang cakap anak dah pandai cakap, macam budak besar dah..Tapi anak aku ni lambat sikit..Yelah biasa growth kanak-kanak ni berbeza kan. Kalau kita tengok masa diaorang nak meniarap, merangkak,berjalan, dan tumbuh gigi tu semua berbeza..Tak de pulak ada rules yang cakap kalau anak setahun mesti kena berjalan...

Well, bukan jadi masalah kalau umur setahun tak dapat berjalan or bertatih lagi..Ada sesetengah kanak-kanak lambat dan ada yang cepat..Tapi kalau dah lewat sangat boleh jadi masalah serius la kan..Itu kena rujuk pakar.. Sama jugak dengan bercakap..


Kalau kat buku rekod klinik kanak-kanak tu ada kan yang bagitau ibu-ibu secara spesifik target perkembangan anak-anak dengan umur pada masa itu..So kena ambik cakna jugak.

Dulu masih tak pandai nak panggil mama..Sekarang dah boleh dah panggil mama dan papa kalau nak sesuatu..Kadang-kadang panggil aku 'akak'...hikhik


Terpengaruh dengan upin dan ipin..tergelak kalau dengar dia panggil akak..Tapi aku tak biarkan, kalau dia panggil 'akak', aku akan betulkan dan cakap 'mama' dan dia pun akan cakap 'mama'...Ok la biasala kanak-kanak kan..

Pastu apa yang aku bangga dengan dia segala sisa makanan yang dia jumpa atas karpet, atau sampah kecil-kecil tu dia akan terus buang dalam tong sampah..good my little dotter..dan biasala bila dia buat benda yang bagus kita akan praise dia..tepuk tangan said good girl, high five dan hug and kiss..:)

Semenjak dah besar ni kalau nak kemana sibuk je nak bawak mainan sekali..Adui,banyak pulak tu..Kalau dia nampak benda tu masa nak keluar semuanya nak bawak..Jenuh nak memunggah masuk kereta..Berlambak mainan dalam kereta..


Lepas tu sekarang suka pulak tengok movie, UPS,Finding Nemo, Cars, Rio, Hotel Transylvinia dan macam-macam lagi la..Aku tak strict sangat la kat dia kalau nak tengok bagi je la tengok..Especially time makan dan time aku nak masak.. Of course la kan..Time makan for sure kena cari benda yang boleh buat dia ralit..Dalam 10 minit pun takpe dah...Kalau tak, tak berkualiti la time makan dia..Makan sikit, main banyak, aktif toksah cakap..Sekarang suka merajuk,bila merajuk suka meyorok belakang pintu..kelakar pun ada..Lepas tu nak tunggu mama dan papa pujuk..

Hiks..semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah, dengar kata dan hormat orang tua..:)




My Tupperware And Corelle

Assalamualaikum wbt..

Anyan Haseyo..

Hai ollsss..well kalau dah namanya wanita kan..memang la obses dengan dua nama ni..Tupperware dan Corelle...Actually banyak lagi la selain corelle ni..Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex..and so on la kan..

But for aku la kan..corelle sangat ergghhh..jatuh hati....Duk makan hati tengok je dalam internet..hihiihi.. Orang kata nak shopping benda-benda alah macam ni best kalau pi kat Langkawi..Idaman Suri dan Haji Ismail Group..

 Ha, nilah rupa kedai Haji Ismail Group tu..Amik berkat nengok gambar je.. Bila tah ada rezeki nak sampai kat sana..hiks.
 Ni pulak Idaman Suri.. So kalau pergi Langkawi kena la pi cari kedai ni la ye..:)




Tak kurang jugak kalau nak berkunjung ke Kelantan ye..Pon ada jugak..Kira bertuah la ai kan duk kat sini.. Tak la kempunan sangat nak pi Langkawi sebab kat sini pun ada kedai bebas cukai (lahhh sangat sekarang) boleh cuci mata nak tengok barang-barang rumah idaman setiap wanita ni..hiks...

Ok, ni pulak kalau anda-anda semua nak datang Kelantan,so far ada jugak ye..Selain barang-barang yang ada terdapat kat pekan Rantau Panjang ni ialah mangkuk tingkat, narita, macam-macam jenis, baju-baju yang macam-macam brand boleh dapat :P, makanan, eh kalau nak senarai macam naik lenguh jugak lah..so wajib datang la tuh ye..

Dan lagi satu kat Pekan Pengkalan Kubur..Sama jugak, barang-barang yang ada kat sini sama ngan Rantau Panjang..Tapi barang-barang mcm corelle Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex ni lebih banyak kat sini kedainya daripada Rantau Panjang..Kalau target nak beli yang tu je boleh la datang Pengkalan Kubur..

Tapi kalau nak jalan-jalan dan pilihan menarik bg i olllss lah kan, prefer ke Rantau Panjang.. Satu lagi, kalau nak datang time cuti sekolah...adoi ya hampun kat Pengkalan Kubur ni susah parking..Well yelah kat mana-mana pun kalau time cuti memang macam tu kan..But tu lah..Tapi memang CROWDED and kalau nak best memilih baik gi ngan kawan sehati sejiwa jangan bawak laki :P

Biasanya kalau orang luar datang tak sah kalau tak jenjalan ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur..Kedua-dua tempat ni sebenarnya sempadan antara Malaysia dan Thailand..Kalau tengok dekat lagi hanya sungai kecil je yang memisahkan antara dua negara jiran ini...wah gitu..dan Sungai ni namanya Sungai Golok..boleh naik sampan je dengar katanya..

I olls tak penah ada pengalaman lagi menyeberang ke sebelah sana..Takut,eh taknak cerita pasai isu..Sebab motif i nak cecite pasal lain..Aduii inila kalau dah naik syok menaip semua nak diciterkan..

Ok..ni je yang mampu beli setakat ni..Jatuh cinta sangat dengan design corelle yang ni..Tak pandang dah yang lain..


Beli dengan Kak Yati dari JAN Terengganu..Yang ni set 16 kalau tak silap..Sayang nak guna :p

Ok, satu lagi obses bagi para wanita aku percaya ialah tupperware..Well kenape eh, dah la mahal..Yang tupperware biasa pun ok jugak ada gak yang cantik-cantik.. Tak, its abaut quality..cantik pun satu hal..

As being said..women are women..aku sign up ahli tupperware..Senang, nak beli dapat beli dengan harga ahli.. Dan sekarang kalau ada kawan-kawan,mak dan kakak aku nak belii olls boleh tolong belikan..:)

Actually bukan guna sangat pun tupperware yang dibeli tu..but tulah, nampak cantik, colourful, quality dan praktikal kan.. Macam bekas yang one touch tu kalau letak gula, susu, milo, biskut kering, keropok tak masuk angin..Kan..Tapi aku slow-slow la beli..Bukan ikut nafsu mentang-mentang tengok suka terus je beli..Idok la kan..hikss.. Berjimat itu adalah perlu.

One thing kan kalau tupperware sape-sape yang tak tau kalau macam penutup bekas ke rosak boleh tukar. Hebat kan..guaranteed..Tapi tengoklah tahap kerosakan tu..Aku dengar ada jugak tahap rosak yang tak boleh tukar yang..Tapi tak tau apa..hehe

Ok tu jelah nak bebelkan..babai..


Tuesday, October 22, 2013

Me And 2 in 1

Hye olllsss...

Oleh kerana semangat membara untuk mencoret maka terhasillah post random.. Sebab banyak yang ingin dikongsi sepanjang beberapa bulan ini..

Cerita suka duka pahit manis diharung bersama..wah wah wah... Sungguh tak menang tangan rasanya...
Dah macam superwoman..ihik ihik ihik..ke sana ke mari..

Sungguh tak manageable i tau..Takpelah janji kita Enjoy!!!!

Oklah i taknak buang masa dengan membebel banyak..yuk kita nonton gambar..senang nak refer nanti..

 Seriously I've own a resort believe it or not...hahaha..Kelasss kau jah..

Seminar Audit Dalam


 Ha..nilah dikatakan 2 in 1 nye...Kebetulannya,seminar ni dekat je venue nya..pastu sempena nak sambut anniversary i dan hubby yang ke 3..so 2 in 1 la kita pun pergi bercuti sambil menyelam kita minum air..Tapi kita buang balik air tu..hahaha
 3 of US...Mama kena cari crocs jugak ni..xleh masuk geng..




Masa ni tgh memujuk lagi nak mandi kolam..

Akhirnya dah boleh mandi kolam..Punyala suka dia sampai tak nak naik...Malam tu dapat selsema..Kesian pulak..

Last day kita bawak Aleesya main pasir kat pantai pulak..
 Aleesya meets Rayyan :)
 See Aleesya exited kalo jumpa kawan-kawan sebaya dengan dia..
 Ni dah nak balik..Lepas check out dan punggah barang masuk keta..Kita photoshoot dulu..



So begitulah percutian kami..yang menjimatkan..yang penting..boleh jalan-jalan..boleh pergi kursus..yeay...

Me ~ Felt Craft - Sarung Bantal & Pencil Case

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas dibumiNya..

Felt craft masih lagi berjalan seperti biasa..Alhamdulillah,masih lagi menerima tempahan walaupun tak selaju orang lain.. Nama pun part time je kan.. Kalau full time buat craft memang kena pulun habis-habis ni..hhehe

Ni semua order dari kawan sekolah menengah dulu..tq ye roslina azwani.. Actually tempahan ni dah lama..Baru nak tepek di blog..Sekian..hehehe

 Sarung bantal ultraman - tak sempat nak digaya dengan bantal :)
 Sarung bantal Dora The Explorer
 Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) front side
  Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) back side
  Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) front side
 Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) back side

 Berminat? Nak order? Sila pm atau whats app ke 013-9358567-suria..
Dont'worry murah2 sajo..
Its a hand made and custom made :)

Monday, July 1, 2013

Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013

Salam...

Korang minat bola tak..Aku tak minat sangat..Takleh tengok nanti kena heart attack..Aku yang tengok ni rasa letih inikan pulak dorang yang main..Nak rebut bola yang satu dengan yang lain..Nasib baik lah aku ni bukannya die hard fans bola ni..Tempatan ataupun antarabangsa..hehehe..Setakat tengok jelah..Tapi aku kenal jugak beberapa pemain bola sepak kebangsaan tu..Nak test ke..hehehe Setakat Apek,Mat Yo,Aidil,Zaquan,Safee,Shafiq Rahim,Mahali.dll..So tu yang kebangsaan la kan, tak fair la kalo tak tau player The Red Warriors kan..PIYA,Daudsu,Indra,Farhan,Shakir,Farisham,Fakri,Obina dan Dickson, dll jugak..huihh kemain aku mengingatnya..hahhaa

Pada 29 Jun 2013 jam 8.45 malam bermula sepak mula antara Kelantan The Red Warriors melawan Johor Darul Takzim (JDT)..Aku setakat menonton di televisyen sahaja..Tak pernah lagi menonton di stadium..Jadila menyokong dari belakang..

Tengok bola ni adrenalin aku bergerak laju pantas..Hahaha..Menjerit bagai nak rak kalau player nak score goal..Apatah bila dah gol..Alhamdulillah pada separuh masa pertama Farhan telah menggembirakan hati rakyat Kelantan dengan satu gol..Yeayyyyyyyy bersorak girang penonton dan peminat di stadium dan di rumah...PIYA memang deserve Man Of The Match..Separuh masa pertama memang banyak jugak la cubaan gol dari Kelantan..Bagus la keeper JDT..

Dan masa perlawanan berlangsung tu jugak dari apa yang aku tengok dan korang yang menonton pun mesti dapat tengok yang Apek keeper TRW juga banyak kali "dilenyek" oleh Nunez..hahhaha..Kesian pulak kat Apek, dia kecik dan Nunez pulak besor..hahha..Tapi itulah standard la jadi keeper nak selamatkan gawang time tu la cedera..

Separuh masa kedua trial dari JDT amat membimbangkan.. Dengan Mat Yo dan Awe..apa-apa boleh jadi..Setelah 5 minit tambahan masa aku punya debaran sampai tak boleh tengok dah..Kenapa la lama sangat..Well akhirnya kemenangan berpihak kepada Kelantan TRW..Alhamdulillah...Kemenangan membuktikan pahlawan-pahlawan TRW kami hebat berbanding pemain berbintang-bintang..Well its my personal opinion..JDT,tahniah jugak sebab dah sampai ke Final..tapi kesian pulak kat Safee sebab kejap je masuk tapi dah dikeluarkan oleh coach..Tak sempat dia nak jaringkan gol buat JDT..Macam kecewa je muka dia..

Ok,Kelantan dan umum cuti hari ahad..yeayay itu yang penting..3 hari cuti sangat best.. Sebelum perlawanan berlangsung,Radio Era deal dengan Radio THR kalau Kelantan menang dorang nak mainkan lagu-lagu Kelantan dan same goes to THR kalau JDT menang dorang akan mainkan lagu penyanyi Johor..Hari ni dengan lagu-lagu Kelantan di Era..hahaha..Ada yang aku tak pernah dengar pun..

Credit foto Era.fm


Wednesday, June 26, 2013

Kringgg : Fire Drill In The House

Salam..

Apa tu Fire Drill? Alah semua tahu la kan..Latihan kebakaran..Mesti korang penah berhadapan dengannya kan..Kat sekolah dulu-dulu pun ada kan.. Dalam cerita Upin dan Ipin pun ada..hikhikhik
Tengok sama sekali ngan anak aku...

Sepanjang aku kat keje kat Bangunan KWSP ni dah 2 kali dah pihak pengurusan KWSP ni buat Fire Drill ni.. Tahun lepas buat masa aku tengah pregnent,jadi kami yang pregnent ada 3 orang dalam satu pejabat so diberi pengecualian turun dengan lift terlebih dahulu..

 
Senamrobik di pagi hari..
 
Jadi tahun ni dah buat dah pada 20 Jun 2013 (Khamis)..Kebetulan pulak hari tu ada Program Anggun Anjuran JKNK ~Senamrobik di Padang Perdana Kota Bharu..Senamrobik pada pukul 7.30 pagi.. Jadi, lepas senamrobik dalam pukul 8.30 pagi aku  balik ke pejabat..sedang berkira-kira nak turun breakfast hahaha br tadi je senamrobik kan...Aku tak kesah..Breakfast perlu diambil katanya..
 
Kriingggggggg Kriiiiiingggggg..Api Api Api. Sila tinggalkan bangunan dengan segera. Selamatkan diri. Jangan turun dengan lift. Gunakan tangga kecemasan. 

Lebih kurang gitulah announcement daripada pihak KWSP..

Sempat sajo..hehe

Adoii..aku bersiap-siap nak turun tetiba jumpa pulak dengan TPKN Pergigian nak pergi mesyuarat tengah tunggu lift nak turun..Kami reramai turun ikut lift jugak,tumpang sekali katanya..Apa la..Tak aci kan..Masa kebakaran mana boleh guna lift..Tapi masa tu xingat pulak..Ni nak kena marah dengan abang bomba..Opis aku kat tingkat 7 jadi bila turun dengan lift kami orang yang awal sampai then pegawai kwsp arahkan kami berkumpul di tempat yang selamat yang telah dikhaskan jika berlaku kebakaran semua kena berkumpul di situ..Jadi jalanlan kami berlenggang mak limah bagai itik pulang petang..Sekali pegawai keselamatan cakap cepat lari api..hahhaha..

Ni tempat berkumpul jika berlaku kebakaran di kawasan TM Kota Bharu,sebelah bangunan KWSP

Dalam 15 minit jugak tunggu semua kakitangan yang berada di bangunan kwsp semua turun.Bangunan KWSP Kota Bharu ada 8 tingkat semuanya..Then pegawai keselamatan datang check bilangan kakitangan yang berada di Tingkat 7..Sama ada cukup ke tidak..Begitulah prosedurnya bila berlaku kebakaran..

Bila bangunan dah kosong kami dibenarkan keluar dari tempat berkumpul untuk tengok sesi abang bomba menyelamatkan kakitangan yang terperangkap kononnya..Hari tu ada dua jentera bomba,ambulan dan polis..

 Mak buyung kena selamatkan diri..hehe

 Mangsa yang tak sempat keluar..Diselamatkan oleh abang bomba yang gagah..Takde kecederaan serius..hehe

 Pihak bomba menjalankan rescue kat atas tu..Tingkat 3@4 macam tu lah

 Inilah mangsa yang telah diselamatkan kat atas tadi tu..

 Medical Assistant tengah merawat mangsa..Dari pengamatan muka dia tercedera kena api..Kesian dia..

 Ni sorang lagi mangsa yang diusung keluar..Tengah diperiksa oleh Medic.

 Ni nama apa alat ni aku tak sempat nak tanya abang bomba..Yang pasti dia berbunyi...Dapat detect orang kat dalam bangunan ke? Curiosity..Sape tau angkat tangan..

 Nampak tak ada asap tu..Nampak tak..Kalau tak nampak, Buat nampak-nampak la ye..hehehe

Jalan kat depan tu sesak pagi tu sebab semua orang ingat ada kebakaran betul kan..Semua perlahankan kereta dan nak tengok apa yang terjadi..Tak kurang juga ada yang berhenti di tepi-tepi jalan..Sinar Harian pun datang buat liputan untuk Fire Drill kali ni.

Ok itu sahaja mengenai Fire Drill..Bagus la diamalkan.. Jika berlaku betul-betul kita dah tahu apa yang patut dibuat..Tapi keseluruhannya aku tak berapa pasti berapa lama purata  masa yang diambil untuk semua kakitangan yang bekerja di Bangunan KWSP ni untuk keluar..Kalau semua turun tangga dalam keadaan cemas kot2 pulak tergelincir,yelah semua pun nak selamatkan diri kan..

Well semua kena alert la,patuh arahan cepat-cepat selamatkan diri dan yang penting jangan panik..