Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Kringgg : Fire Drill In The House

Salam..

Apa tu Fire Drill? Alah semua tahu la kan..Latihan kebakaran..Mesti korang penah berhadapan dengannya kan..Kat sekolah dulu-dulu pun ada kan.. Dalam cerita Upin dan Ipin pun ada..hikhikhik
Tengok sama sekali ngan anak aku...

Sepanjang aku kat keje kat Bangunan KWSP ni dah 2 kali dah pihak pengurusan KWSP ni buat Fire Drill ni.. Tahun lepas buat masa aku tengah pregnent,jadi kami yang pregnent ada 3 orang dalam satu pejabat so diberi pengecualian turun dengan lift terlebih dahulu..

 
Senamrobik di pagi hari..
 
Jadi tahun ni dah buat dah pada 20 Jun 2013 (Khamis)..Kebetulan pulak hari tu ada Program Anggun Anjuran JKNK ~Senamrobik di Padang Perdana Kota Bharu..Senamrobik pada pukul 7.30 pagi.. Jadi, lepas senamrobik dalam pukul 8.30 pagi aku  balik ke pejabat..sedang berkira-kira nak turun breakfast hahaha br tadi je senamrobik kan...Aku tak kesah..Breakfast perlu diambil katanya..
 
Kriingggggggg Kriiiiiingggggg..Api Api Api. Sila tinggalkan bangunan dengan segera. Selamatkan diri. Jangan turun dengan lift. Gunakan tangga kecemasan. 

Lebih kurang gitulah announcement daripada pihak KWSP..

Sempat sajo..hehe

Adoii..aku bersiap-siap nak turun tetiba jumpa pulak dengan TPKN Pergigian nak pergi mesyuarat tengah tunggu lift nak turun..Kami reramai turun ikut lift jugak,tumpang sekali katanya..Apa la..Tak aci kan..Masa kebakaran mana boleh guna lift..Tapi masa tu xingat pulak..Ni nak kena marah dengan abang bomba..Opis aku kat tingkat 7 jadi bila turun dengan lift kami orang yang awal sampai then pegawai kwsp arahkan kami berkumpul di tempat yang selamat yang telah dikhaskan jika berlaku kebakaran semua kena berkumpul di situ..Jadi jalanlan kami berlenggang mak limah bagai itik pulang petang..Sekali pegawai keselamatan cakap cepat lari api..hahhaha..

Ni tempat berkumpul jika berlaku kebakaran di kawasan TM Kota Bharu,sebelah bangunan KWSP

Dalam 15 minit jugak tunggu semua kakitangan yang berada di bangunan kwsp semua turun.Bangunan KWSP Kota Bharu ada 8 tingkat semuanya..Then pegawai keselamatan datang check bilangan kakitangan yang berada di Tingkat 7..Sama ada cukup ke tidak..Begitulah prosedurnya bila berlaku kebakaran..

Bila bangunan dah kosong kami dibenarkan keluar dari tempat berkumpul untuk tengok sesi abang bomba menyelamatkan kakitangan yang terperangkap kononnya..Hari tu ada dua jentera bomba,ambulan dan polis..

 Mak buyung kena selamatkan diri..hehe

 Mangsa yang tak sempat keluar..Diselamatkan oleh abang bomba yang gagah..Takde kecederaan serius..hehe

 Pihak bomba menjalankan rescue kat atas tu..Tingkat 3@4 macam tu lah

 Inilah mangsa yang telah diselamatkan kat atas tadi tu..

 Medical Assistant tengah merawat mangsa..Dari pengamatan muka dia tercedera kena api..Kesian dia..

 Ni sorang lagi mangsa yang diusung keluar..Tengah diperiksa oleh Medic.

 Ni nama apa alat ni aku tak sempat nak tanya abang bomba..Yang pasti dia berbunyi...Dapat detect orang kat dalam bangunan ke? Curiosity..Sape tau angkat tangan..

 Nampak tak ada asap tu..Nampak tak..Kalau tak nampak, Buat nampak-nampak la ye..hehehe

Jalan kat depan tu sesak pagi tu sebab semua orang ingat ada kebakaran betul kan..Semua perlahankan kereta dan nak tengok apa yang terjadi..Tak kurang juga ada yang berhenti di tepi-tepi jalan..Sinar Harian pun datang buat liputan untuk Fire Drill kali ni.

Ok itu sahaja mengenai Fire Drill..Bagus la diamalkan.. Jika berlaku betul-betul kita dah tahu apa yang patut dibuat..Tapi keseluruhannya aku tak berapa pasti berapa lama purata  masa yang diambil untuk semua kakitangan yang bekerja di Bangunan KWSP ni untuk keluar..Kalau semua turun tangga dalam keadaan cemas kot2 pulak tergelincir,yelah semua pun nak selamatkan diri kan..

Well semua kena alert la,patuh arahan cepat-cepat selamatkan diri dan yang penting jangan panik..



No comments:

Post a Comment