Search This Blog

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

5/2016~Progress Teratak Kecil Kami Part 3

Assalamualaikum.

Terujanya. Hanya itula yang aku rasa everytime pergi tengok rumah dalam pembinaan.

Seronok bukan main. Macam mimpi pun ada. 

Tetapi, biasalah, dalam proses buat rumah ni, tak dinafikan ada masalah. Biasa lah kan. Nak kata sempurna jauh sekali. 

Rasa kecewa bila ingat. Dalam pada beringat-ingat pun terkena jugak pada kami. Sedih marah kecewa. Tapi apa nak buat. Dah 80% pembinaan. And yes, memang kita sebagai tuanpunya boleh komplen, telah komplen and apa yang kita dapat?

Bila orang buat rumah kita macam tu, kecewa kan.

Wahai kontraktor sekalian, saya tak kata semua tapi segelintir. Please amanah dan jujurlah dalam kerja anda. Nak untung lebih, ambil pekerja atau tukang yang offer upah murah. Tapi kerja tak berkualiti. Bila tegur tau nak marah orang je.

Jujurlah, fikirlah. Jika itu rumah anda, apa perasaan anda. Bulanan yang ditolak dari gaji saya bukannya sedikit. Ini rumah pertama saya, dan semestinya saya inginkan yang terbaik. Setara dengan apa yang anda janjikan. Setara dengan bayaran. Bukannya saya nak minta rumah macam istana! Haiihh tetiba geram pulak kita dibuatnya. Inilah salah satu sebab aku dah takde mood nak update pasal rumah.

Teringat pasal rumah mesti sakit hati. Malas nak cerita. So kita tempek je lah gambar kat sini.


 Tengah buat tiang untuk porch.

  Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
 Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
Dah start nak letak bumbung rumah. Aleesya cakap rumah dah pakai topi. :p.. Topi pun topi lah nak.

Kalau gambar-gambar yang senget tak full macam ni mesti my hubby yang ambik. Isk, kita suka ambik yang full boleh tengok semua. Kan. Ni dah siap bumbung and dinding rumah pun dah dilepa simen.

And selepas beberapa minggu, sudah dicat lapisan pertama.

Ok till then, bersambung lepas ni ye.

Tuesday, October 11, 2016

3/2016~ Progress Teratak Kecil Kami Part 2

Assalamualaikum wbt

Lama sudah tidak update blog..Rasanya last update awal tahun hari tu..Post dalam tahun 2016 pun baru je dua post hahaha..
 Banyak memori terjadi pada masa itu.. Rugi jika tidak dicatat..Tapi nak mencatat peristiwa penting dalam tempoh lebih kurang enam bulan ni agaknya bercinta jugaklah hakak jawabnya neyh..

Cenggini la jadinya bila dah lama tak update.. Hakak dah tak tahu nak start yang mana dulu ni.

Oklah, hakak start dengan progress baiti jannati akak la..





Proses pembinaan rumah ni akak rasa agak cepat jugak la. Hari tu rasanya  baru je clear tanah..ni dah tengok tiang dah naik.

Masa ni rasa seronok sangat dan rasa tak sabar sangat nak duduk rumah sendiri.


Alhamdulillah masa proses pembinaan rumah ni cuaca sangat cantik sekali, ada jugak hujan tapi takdela sampai terganggu proses bina rumah akak ni.

Ok akan update lagi lepas ni..Gigih update balik stori yang dah berkurun nih..

Ok bye.

Sunday, December 27, 2015

20/2015~Progress Teratak Kecil Kami Part 1

Assalamualaikum wbt..

So the time is come akak nak story pasal progress teratak kecil kami.

Kontraktor call akak minggu lepas kata nak pergi clear tanah..Of course la terkejut ahkak kan..Yela, actually akak sebenarnya dah malas nak fikir dah, bila rumah kami tu nak start dibina kan..

Bila dah kontraktor cakap nak clear tanah hari Khamis 10/12/2015, so sedang molek esoknya hari Jumaat tu boleh la buat solat hajat kat tapak tu.. Bukan apa kan, kita kalau boleh nak semua dipermudahkan dari hal bina rumah,siap rumah dan bila kita nak duduk rumah tu pun kalau boleh tak nak ada masalah..Susah pulak nak explain..Boleh hidup aman damai kat rumah baru nanti Insha Allah mudah mudahan..

Keadaan tapak sebelum bulldozer datang clear tanah ahkak..Ada pokok pisang, ubi kayu dan pokok renek-renek je.. Rasanya setengah hari dah boleh siap clear tanah dah ni..

View dari sebelah kiri..Verangan la akak, bila la nak siap rumah akak ni..Macam-macam ada dalam batu jemala akak ni..bahahhaa..

So, makanya hari Khamis pada pukul 9am, kontraktor kontek akak kata dah ada kat tapak rumah and dah start buat dah..So dalam pukul 10am akak dan hubby serta ayah akak datang tengok..Kena pegi tengok jugak ye.. Alhamdulillah, cuaca pun ok,yela akak risau jugak..Kalau kat Kelantan sekarang ni bulan Disember ni memang musim tengkujuh la..Tapi on that day cuaca sangat cantik..

View dari belakang.. Nampak tak kayu tu.. Ha situla sempadan tanah akak.. Kami tunggu kat bawah pokok ni sebab redup and teduh sikit..

Kan, cuaca sangat baik hari ni..Alhamdulillah almost siap dah kerja-kerja clear tanah ni.. Kos sewa bulldozer tu RM380 per day.. Mahal tak?? Akak serahkan pada kontraktor yang uruskan,sebab masa ni akak pun tak tau pape..Tapi kalau nak pikir balik, dalam pukul 12 rasanya tanah dah 100% clear.. Tak sampai sehari pun rasanya.. Baik sewa ikut jam lagi jimat.. Tapi apa boleh buat, benda dah lepas.. So akak tak nak pikir dah, lagi pikir lagi sakit kan..

Gambar ni diambil pada keesokan hari tu, hari Jumaat di mana akak datang lagi sekali sebab buat sembahyang hajat kat tapak rumah.. Semoga proses pembinaan rumah berjalan lancar dan bila siap akak boleh menghuni teratak kecil akak ni dengan aman..Aamiin..

 Pada 14.12.2015, kontraktor inform dah start buat kerja atas tapak rumah akak..Dia dah start gali lubang untuk tiang-tiang rumah..Terujanya rasa..
Rumah kongsi..Rumah yang tukang dan pekerja-pekerja tinggal semasa pembinaan rumah akak nanti. Kontraktor cakap, tukang orang Malaysia, manakala pekerja-pekerja dia memang hired pekerja dari Indonesia. So dioarang akan tinggal kat rumah kongsi tu la.. Senang, awal pagi dah boleh start buat kerja, rehat dan berhenti bila waktunya..

Bila nampak paket kayu yang dipasang tu rasa macam keciknya rumah...hahha tamak kan.. Tapi itu frame dia, kalau belum siap memang nampak kecik la..hahahha tapi sememangnya kecik je pun... Ukur baju badan sendiri la kan, setakat mana yang mampu, ni pun dah berapa ribu dah nak membayornya nanti..Apa boleh buat, nak tak nak kena buat jugak rumah,kumpul aset sendiri muda-muda ni.. If not duit habis kat benda lain jugak, takdenya nak menyimpan sampai ribu riban...bahhahahaa

Ok,next entry progress seterusnya..Till then..