Assalamualaikum wbt
Day 2 Part 2
Biasa trip aku ni takdela ikut itenary
sangat. Lebih kepada nak menikmati suasana dan lepas tu tengok juga keadaan anak-anak
macam mana. Kalau larat jalan, kalau tak larat tak payah haha. So anak-anak mood ok so jom jalan-jalan hari ni.
Kami plan nak ke Chew Jetty. Saja nak tunjuk kat anak-anak rumah terapung dan tengok laut.
Serba sedikit info tentang Chew Jetty.
Chew Jetty adalah salah satu daripada 5
jeti kayu yang dibina pada tahun 1888 sebagai sebahagian daripada projek
pembangunan di bahagian dermaga di George Town. Dua jeti kayu lain telah dibina di
kawasan yang sama pada tahun 1960-an. Salah satu jeti terbakar bermakna kini
tinggal enam lagi.
Jeti-jeti ni terletak kat Jalan Pengkalan Weld, Georgetown. Yang paling famous ialah Chew Jetty la kot sebab nampak ramai tourist kat situ. So kami pun saja nak memeriahkan keadaan la. Kat Chew Jetty pun ada jual souveneir jugak.
Parking kereta berbayar ada kat seberang jalan jeti tu, dengan bayaran RM6 sehari. Kalau plan nak round Georgetown boleh la park kereta kat sini. Boleh jalan kaki nak ke Penang Art Street tu. Kalau malas nak jalan kaki boleh sewa beca atau basikal. Beca bayar RM30 untuk setengah jam tak silap aku.
No comments:
Post a Comment