Assalamualaikum wbt semua
Ok jadi sekarang kita sambung short vacation ke Penang untuk hari yang kedua part 1 hahaha.
Selepas menikmati suasana yang mendamaikan di Kampung Agong,
kami teruskan perjalanan ke Georgetown pula sebab aku booked Hotel Flamingo kat Tanjung Bungah . Actually aku dah booked awal
secara online lagi. Ye lah thinking of cuti sekolah kan, dah pasti hotel akan
penuh. So kena cepat-cepat booking. Harga masa aku booked tu RM360 untuk satu
malam. Reasonable sebab sekali dengan breakfast dan of course ada pool untuk
kids.
Sampai kat Georgetown dah pukul 7.00 malam. Traffic sesak kat
sini, semua jalan jem. Dekat pukul 8 baru sampai Hotel Flamingo. Selepas
punggah barang, mandi, solat dan rehat sekejap. Kami siap untuk keluar makan.
Lapar pulak seharian tak jumpa nasi. Masa tu bekal roti masih kat dalam kereta,
lupa nak bawa naik hotel.
Hotel Flamingo. Bilik besar, bersih. Overall memang puas hati.
Nak cari kedai kat Tanjung Bungah ni susah jugak. Search kat pakcik google suruh pergi kat Lan’s Corner Ikan Bakar. Restoran kat tepi jalan susah parking. Ramai pulak orang kat situ.
Perut dah lapar tercari-cari kedai makan yang available so
ternampak Nadiah Tomyam terletak kat atas bukit. So boleh lah. Makan masakan
panas. Makan ok boleh lah untuk hilangkan rasa lapar tu.So lepas makan pulang
semula kat hotel dan tidur.
Bangun solat subuh, dengar guruh tengok kat luar dah hujan.
Camana nak mandi kolam ni. Anak-anak masih nyenyak tidur lagi. Penat seharian
travel semalam barangkali.
Dalam pukul 8 pagi, cuaca dah makin ok, hujan pun dah
berhenti. Kids dah excited sangat dah nak pergi pool. Ajak turun breakfast pun
taknak. So aku turun dengan suami dan Alya je. Kids bawah 5 tahun free. 6 tahun
ke atas RM20/person. Aleesya dan Afina tak nak breakfast, nak makan roti je.
Jimat duit hahaha. Tapi kan, kalau bayar untuk makan pun tak berbaloi sebab dorang
ni susah makan. Tambah pagi-pagi ni memang tak makan lah.
Kita lebih kenal anak kita kan.
Ok so menu breakfast kat hotel ada nasi lemak, mee goreng mama, bihun sup utara, pelbagai jenis cereal, sosej, omelette, roti canai, croissant, roti bakar dan pastry tu aku lupa nama dia. Aku makan nasi lemak dan try bihun sup sikit dan suami makan nasi lemak je, Alya makan cornflakes dan susu. So begitulah breakfast kami. Takde nak try semua menu pun. Dah kenyang naik bilik untuk bawa kids pergi pool pula.
Lepas tu ajak kids pergi pantai pulak. Cuaca pagi tu mendung
je dan macam nak hujan pulak. Tapi pengunjung kat pantai pun ramai jugak. Aku
macam biasa tukang pegang towel. Suami lah duk layan kids main air. Seronok
bukan main.
Tengok kids happy of course kita pun happy kan.
Masa kat pool suami cakap, duduk kat sini lah, yang Afina
pulak dengar Papa cakap macam tu terus terjun. Tenggelam terus. Suami yang
dokong Alya terus terjun angkat dia ke atas. Aku tepuk-tepuk belakang dan tepuk
dan condongkan kepala ke bawah untuk keluarkan air yang dia telan. Lepas tu dia
cakap Nana ok. Cemas ada lucu pun ada. Excited punya pasal terus terjun. Adeh
la anak. Nasib baik tak lemas.
Pukul 10.30 ajak kids naik bilik. Semua tak puas mandi kolam
lagi. Tapi apa nak buat, nak kemas untuk check out lagi kan. Naik bilik mandi,
kemas-kemas barang dan makan sekejap so check out.
Pukul 12 kami check out.
Ok nanti aku update untuk part 2 pula ya. Dah bagus sangat dah ni boleh update blog. hahaha
Bawa anak-anak mandi kolam checked!
Till then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment