Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Kringgg : Fire Drill In The House

Salam..

Apa tu Fire Drill? Alah semua tahu la kan..Latihan kebakaran..Mesti korang penah berhadapan dengannya kan..Kat sekolah dulu-dulu pun ada kan.. Dalam cerita Upin dan Ipin pun ada..hikhikhik
Tengok sama sekali ngan anak aku...

Sepanjang aku kat keje kat Bangunan KWSP ni dah 2 kali dah pihak pengurusan KWSP ni buat Fire Drill ni.. Tahun lepas buat masa aku tengah pregnent,jadi kami yang pregnent ada 3 orang dalam satu pejabat so diberi pengecualian turun dengan lift terlebih dahulu..

 
Senamrobik di pagi hari..
 
Jadi tahun ni dah buat dah pada 20 Jun 2013 (Khamis)..Kebetulan pulak hari tu ada Program Anggun Anjuran JKNK ~Senamrobik di Padang Perdana Kota Bharu..Senamrobik pada pukul 7.30 pagi.. Jadi, lepas senamrobik dalam pukul 8.30 pagi aku  balik ke pejabat..sedang berkira-kira nak turun breakfast hahaha br tadi je senamrobik kan...Aku tak kesah..Breakfast perlu diambil katanya..
 
Kriingggggggg Kriiiiiingggggg..Api Api Api. Sila tinggalkan bangunan dengan segera. Selamatkan diri. Jangan turun dengan lift. Gunakan tangga kecemasan. 

Lebih kurang gitulah announcement daripada pihak KWSP..

Sempat sajo..hehe

Adoii..aku bersiap-siap nak turun tetiba jumpa pulak dengan TPKN Pergigian nak pergi mesyuarat tengah tunggu lift nak turun..Kami reramai turun ikut lift jugak,tumpang sekali katanya..Apa la..Tak aci kan..Masa kebakaran mana boleh guna lift..Tapi masa tu xingat pulak..Ni nak kena marah dengan abang bomba..Opis aku kat tingkat 7 jadi bila turun dengan lift kami orang yang awal sampai then pegawai kwsp arahkan kami berkumpul di tempat yang selamat yang telah dikhaskan jika berlaku kebakaran semua kena berkumpul di situ..Jadi jalanlan kami berlenggang mak limah bagai itik pulang petang..Sekali pegawai keselamatan cakap cepat lari api..hahhaha..

Ni tempat berkumpul jika berlaku kebakaran di kawasan TM Kota Bharu,sebelah bangunan KWSP

Dalam 15 minit jugak tunggu semua kakitangan yang berada di bangunan kwsp semua turun.Bangunan KWSP Kota Bharu ada 8 tingkat semuanya..Then pegawai keselamatan datang check bilangan kakitangan yang berada di Tingkat 7..Sama ada cukup ke tidak..Begitulah prosedurnya bila berlaku kebakaran..

Bila bangunan dah kosong kami dibenarkan keluar dari tempat berkumpul untuk tengok sesi abang bomba menyelamatkan kakitangan yang terperangkap kononnya..Hari tu ada dua jentera bomba,ambulan dan polis..

 Mak buyung kena selamatkan diri..hehe

 Mangsa yang tak sempat keluar..Diselamatkan oleh abang bomba yang gagah..Takde kecederaan serius..hehe

 Pihak bomba menjalankan rescue kat atas tu..Tingkat 3@4 macam tu lah

 Inilah mangsa yang telah diselamatkan kat atas tadi tu..

 Medical Assistant tengah merawat mangsa..Dari pengamatan muka dia tercedera kena api..Kesian dia..

 Ni sorang lagi mangsa yang diusung keluar..Tengah diperiksa oleh Medic.

 Ni nama apa alat ni aku tak sempat nak tanya abang bomba..Yang pasti dia berbunyi...Dapat detect orang kat dalam bangunan ke? Curiosity..Sape tau angkat tangan..

 Nampak tak ada asap tu..Nampak tak..Kalau tak nampak, Buat nampak-nampak la ye..hehehe

Jalan kat depan tu sesak pagi tu sebab semua orang ingat ada kebakaran betul kan..Semua perlahankan kereta dan nak tengok apa yang terjadi..Tak kurang juga ada yang berhenti di tepi-tepi jalan..Sinar Harian pun datang buat liputan untuk Fire Drill kali ni.

Ok itu sahaja mengenai Fire Drill..Bagus la diamalkan.. Jika berlaku betul-betul kita dah tahu apa yang patut dibuat..Tapi keseluruhannya aku tak berapa pasti berapa lama purata  masa yang diambil untuk semua kakitangan yang bekerja di Bangunan KWSP ni untuk keluar..Kalau semua turun tangga dalam keadaan cemas kot2 pulak tergelincir,yelah semua pun nak selamatkan diri kan..

Well semua kena alert la,patuh arahan cepat-cepat selamatkan diri dan yang penting jangan panik..



Tahniah Syura ~Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim II

Salam..

Tahniah Syura..Walaupun tak dijangka pada mulanya..Yet untuk jadi calon juara pun..Kalau musim pertama hari tu dah nampak dah Dato' Fazley dia punya bakat..Well rezeki masing-masing..Apa-apa pun Cik Ta memang pandai masak..hehehe

foto from ohbulan.com

Ok,semalam jugak aku jadi masterchep..hahaha..Haa aku kalo period mesti tak berapa nak selera kalau makan nasi..Tekak tak terima..Tapi kalau hari-hari biasa pantang tak jumpa nasi resah gelisah dibuatnya..Ish nak diet cmana kan..hehehe..

Semalam tekak ni duk kempunan nak makan spaghetti..Biasa buat bolognese..Tapi semalam macam boring la pulak..Try google pasal pasta n spaghetti terjumpalah carbonara..Ohhh bestnya nampak,creamy n melting je..hahaha bagus untuk menternak lemak..hahha

Ok carbonara malam ni..Balik keje terus ke Billion Shopping Centre cari bahan-bahan..

Malam tu terus nak buat ni ..Encik suami pulak katanya nak makan nasi..okaylah,duk terpikir-pikir pulak tak jadilah nampaknya carbonara mak...

Tapi oleh kerana tahap mengidam aku ni tak boleh nak kata tidak (kalah orang mengidam masa pregnant,ohhh aku tak mengidam apa-apa yang pelik pun masa pregnant,alhamdulillah) tetiba teringat ehehhe..

Jadi aku pun jadik la chef jugak malam tu bertanding ngan syura n celina..hahaha..tapi juri aku hubby n little aleesya je hikhikhik n for sure menang..hahaha

Inilah rupanya..Spaghetti Carbonara..Nak resepi?? Boleh..Kat bawah ye..Tapi aku tak ingat kat mana ambik resepi sebab banyak sangat resepi aku pilih..terlupa pulak..Tapi aku xdela ikut exactly resepi tu..Campak-campak je..hihiihi..Resepi ni sebagai guidelines sahaja..kan..korang google je resepi Spaghetti Carbonara ni mesti berduyun-duyun yang keluaqq...


Spaghetti Carbonara



Bahan-bahannya


Spaghetti  direbus


1 tin Prego Carbonara Mushroom


3 biji shitake mushroom (aku pakai cendawan butang dalam tin tu)- dihiris


bawang putih - dicincang halus


 ayam


1/2 cawan susu segar (tgk kalau nk pekat pandai-pandaila bajet ek)


Olive oil (i guna minyak jagung je)


Parsley flakes (kalau ada.. x de pon takpe)


Black Pepper


Chilli flakes (aku takde.. kalau ada lagi sedap!!!)
Aku letak lada benggala je 
Aku tambah sedikit parmesan cheese...hehe





Cara-cara:-


Panaskan sedikit olive oil.. tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan hirisan ayam..kacau rata.. bila ayam dah masak masukkan mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata.. kuah agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper.. dah siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley chilli flakes atau pun parmesan cheese..kalo ada..siap..

Wallawehh..sedap..Husband aku makan sampai licin,walaupun dah makan nasi pukul 8 tu..Ingat nak bawak pi opis pagi ni..hihihihi..

Monday, June 24, 2013

Me And Felt Craft ~ Sarung Bantal

Assalamualaikum wbt..

Hari ni mood molek nak letak hasil kerja tangan aku kat sini..Aku ni wat kraft ni part time je..Kadang-kadang lambat siap bila orang tempah..So sekarang ni aku limitkan aktiviti kraf aku sebabnya takut tak terbuat..Tambah-tambah anak dah makin membesar ni, makin banyak ragam dia..So kalau aku duk spent masa wat kraft ni kan terabai pulak anak dan suami...hihihiihi

Actually takdela macam tu sekali..Anak baru sorang je kot..Tah la aku ni tak pandai nak manage masa kot..Masa 24/7 sehari tu rasa macam tak cukup nak wat keje-keje rumah ni..Kalau time cuti hujung minggu dari pagi bangun kemas rumah,jemur kain,nak gi pasar,pastu nak masak,nak tidurkan anak lagi. Itu tak ambil kira yang anak pee poo pulak pastu yang nak menyusu lagi..haa kan dah terpanjang lebar pulak

Okeh,kat sini nak tunjukkan sarung bantal yang aku buat tu..Macam-macam design..

 Order dari tie kawan masa UiTM

  Order dari tie kawan masa UiTM

 Order Misah kawan sekolah

 Order Misah kawan sekolah
 
 Order kak mila senior UiTM

 Order kak mila senior UiTM

 Order k.nor kawan kakak aku

  Order k.nor kawan kakak aku
Order yatt kawan di terengganu

Semua design tu atas kehendak customer..Thanks ye semua pada yang order..Semua barang dah selamat sampai kat tangan tuan dia..hehehe

Sunday, June 23, 2013

Me And Anggun

Assalamualaikum wbt..

Hello hello hello...apa kabar semua..Ada baik..Alhamdulillah hopefully semua sihat2 ye..Aku,alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt dan masih diberikan peluang untuk berada dibumiNya..Terima kasih Ya Allah..

Ni dah habis walkaton dh ni..Duk tunggu apa aktiviti seterusnya..Sambil-sambil minum air..hehe

Sebut pasal sihat,semua nak sihat kan..Aku pun nak sihat..Memang aku sihat,realitinya nampak la sihat..tapi kalau dilihat dari segi kesihatan "sihat" aku ni xberapa elok..Sebabnya BMI aku dh mencecah 25.4 = overweight..What????? Ohhhh nooo...

Dulu berat 55kg je..Sekarang dah 62kg..Alamak..


Apa nak jadi, apa nak jadi..sampai sekarang tak turun lagi..hahahahooiiii..

Bukan aku tak usaha nak turunkan..Aku dah, aku dah cuba minum SDII kawan aku Yatt (JAN Terengganu) jual..2 tin dah aku consume tapi degilnya lemak tepu ni tak nak turun juga..Lemak ni bukan takat degil anak dah..dah sampai degil bapak dah ni..hari tu lepas consume rasa macam ringan jugak tubuh walaupun berat tu xnampak sgt turun tapi aku rasa ada perubahan..Yela tubuh kita kan..Tapi bila dah kembali kepada rutin biasa ni..Jadi balik la..xkonsisten pulak diet aku dan yang paling utama sekali masalah aku ialah tak berdisiplin.. Camana tu,kalau diri sendiri tu dah tak berdisiplin macam mana nak buat kan..Ko beli la produk apa-apa pun kalo ko xberubah duk macam tu la jugak kiah oiii..Oit aku bukan kiah..Cettt hehee termarah diri sendiri sebab dah habis banyak tapi berat tak turun2 jugak..

Semua gembira setelah berwalkaton..hihihi

Aku kan keje bawah KKM so ada rasa bersalah jugak la kalau xjaga kesihatan..hahaha..So start tahun 2013 ni Pengarah JKNK ada melancarkan Program Anggun untuk semua kakitangan..So setiap bulan pasti ada aktiviti untuk kakitangan-kakitangan keluarkan peluh,beriadah dan bersenam..Aku pun join gak la sebab kalau nak tunggu aku buat sorang2 payah jugak la..Kalau reramai ni seronok la jugak kan..

Tema kaler group kami ialah Purple @ Ungu @ Putih Setar..hahaha ore kelate panggil

Actually aktiviti ni dijalankan sebulan sekali dan dibahagikan kepada Unit2 Kecil. Jadi kalau kami di seluruh Kota Bharu ni ada 12 unit so setiap bulan unit2 ni akan bergilir-gilir buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh dan yang penting dapat kuruskan badan. Ha, yang bagusnya dari awal tahun berat badan,tinggi serta BMI telah diambil dan setiap bulan berat kena timbang dan kena report kepada penyelaras..Sampai akhir tahun kalau ada kakitangan yang berjaya turunkan berat badan boleh dapat hadiah ye..Wah bestnya..Tapi sepanjang Januari hingga Jun ni aku rasa berat badan bukan setakat turun berkilo-kolio tapi yang naik berkilo-kilo adalah...Haiiiiihh..Nak gelak pun ada..Tapi korang tau,bukan aku sorang je malah ada la jugak staf2 kat sini nak menunjukkan penurunan tu amatlah tipis sekali..

Setakat ni program yang dijalankan ialah Walkaton,Senamrobik,Senamtari dan Futsal..Tujelah aktiviti yang boleh melibatkan orang ramai..Aku kalau senamrobik dan senamtari ni semangat sangat..Tapi turun tu yang tidak..hahaha

Oleh kerana ofisku ditempatkan di Pejabat Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian jadi aku (Unit Audit Dalam Kesihatan) kena la jugak join bawah Bahagian Pergigian..Kami UAD bertiga tapi biasanya aku jelah the one and only yang join.. Wakil la katakan..Nampak la jugak aku menyumbang..hahaha..

Half of the kakitangan Bahagian Kesihatan Pergigian..Yang berdiri di belangan dua dari kiri pakai tudung purple tu la Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian..