Search This Blog

Thursday, October 24, 2013

2 years Old My Little One

Hye semua..

Pejam celik pejam celik dah besar dah anak mama..Alhamdulillah bersyukur kepada Allah setakat ni dikurniakan anugerah yang tak terhingga ni dalam keluarga kecil kami.

 Minat sangat dengan upin ipin papanya pilih kek yang boleh letak gambar upin ipin.. Tarikh lahir Aleesya tahun ni jatuh pada 10 Julai bersamaan dengan 1 Ramadhan.. Jadinya tak berkesempatan la nak buat majlis harijadinya.. Takpelah, tak wajib..Ada yang potong kek dengan mama dan papa pun jadi lah ye..

Title pun dah bertukar, bukan lagi baby tapi kanak-kanak..Dah banyak dah progressnya..Walaupun progressnya tak semaju kanak-kanak lain sebaya dengannya..Tapi alhamdulillah..dikurniakan tubuh badan yang sihat..Cuma masalah kulit tu tengah berusaha sehabis boleh..hukhuk

Suka sangat dengan bola..

 Yelah sesetengah kenalan aku ada yang anak sebaya dengan anak aku, diaorang cakap anak dah pandai cakap, macam budak besar dah..Tapi anak aku ni lambat sikit..Yelah biasa growth kanak-kanak ni berbeza kan. Kalau kita tengok masa diaorang nak meniarap, merangkak,berjalan, dan tumbuh gigi tu semua berbeza..Tak de pulak ada rules yang cakap kalau anak setahun mesti kena berjalan...

Well, bukan jadi masalah kalau umur setahun tak dapat berjalan or bertatih lagi..Ada sesetengah kanak-kanak lambat dan ada yang cepat..Tapi kalau dah lewat sangat boleh jadi masalah serius la kan..Itu kena rujuk pakar.. Sama jugak dengan bercakap..


Kalau kat buku rekod klinik kanak-kanak tu ada kan yang bagitau ibu-ibu secara spesifik target perkembangan anak-anak dengan umur pada masa itu..So kena ambik cakna jugak.

Dulu masih tak pandai nak panggil mama..Sekarang dah boleh dah panggil mama dan papa kalau nak sesuatu..Kadang-kadang panggil aku 'akak'...hikhik


Terpengaruh dengan upin dan ipin..tergelak kalau dengar dia panggil akak..Tapi aku tak biarkan, kalau dia panggil 'akak', aku akan betulkan dan cakap 'mama' dan dia pun akan cakap 'mama'...Ok la biasala kanak-kanak kan..

Pastu apa yang aku bangga dengan dia segala sisa makanan yang dia jumpa atas karpet, atau sampah kecil-kecil tu dia akan terus buang dalam tong sampah..good my little dotter..dan biasala bila dia buat benda yang bagus kita akan praise dia..tepuk tangan said good girl, high five dan hug and kiss..:)

Semenjak dah besar ni kalau nak kemana sibuk je nak bawak mainan sekali..Adui,banyak pulak tu..Kalau dia nampak benda tu masa nak keluar semuanya nak bawak..Jenuh nak memunggah masuk kereta..Berlambak mainan dalam kereta..


Lepas tu sekarang suka pulak tengok movie, UPS,Finding Nemo, Cars, Rio, Hotel Transylvinia dan macam-macam lagi la..Aku tak strict sangat la kat dia kalau nak tengok bagi je la tengok..Especially time makan dan time aku nak masak.. Of course la kan..Time makan for sure kena cari benda yang boleh buat dia ralit..Dalam 10 minit pun takpe dah...Kalau tak, tak berkualiti la time makan dia..Makan sikit, main banyak, aktif toksah cakap..Sekarang suka merajuk,bila merajuk suka meyorok belakang pintu..kelakar pun ada..Lepas tu nak tunggu mama dan papa pujuk..

Hiks..semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah, dengar kata dan hormat orang tua..:)




My Tupperware And Corelle

Assalamualaikum wbt..

Anyan Haseyo..

Hai ollsss..well kalau dah namanya wanita kan..memang la obses dengan dua nama ni..Tupperware dan Corelle...Actually banyak lagi la selain corelle ni..Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex..and so on la kan..

But for aku la kan..corelle sangat ergghhh..jatuh hati....Duk makan hati tengok je dalam internet..hihiihi.. Orang kata nak shopping benda-benda alah macam ni best kalau pi kat Langkawi..Idaman Suri dan Haji Ismail Group..

 Ha, nilah rupa kedai Haji Ismail Group tu..Amik berkat nengok gambar je.. Bila tah ada rezeki nak sampai kat sana..hiks.
 Ni pulak Idaman Suri.. So kalau pergi Langkawi kena la pi cari kedai ni la ye..:)




Tak kurang jugak kalau nak berkunjung ke Kelantan ye..Pon ada jugak..Kira bertuah la ai kan duk kat sini.. Tak la kempunan sangat nak pi Langkawi sebab kat sini pun ada kedai bebas cukai (lahhh sangat sekarang) boleh cuci mata nak tengok barang-barang rumah idaman setiap wanita ni..hiks...

Ok, ni pulak kalau anda-anda semua nak datang Kelantan,so far ada jugak ye..Selain barang-barang yang ada terdapat kat pekan Rantau Panjang ni ialah mangkuk tingkat, narita, macam-macam jenis, baju-baju yang macam-macam brand boleh dapat :P, makanan, eh kalau nak senarai macam naik lenguh jugak lah..so wajib datang la tuh ye..

Dan lagi satu kat Pekan Pengkalan Kubur..Sama jugak, barang-barang yang ada kat sini sama ngan Rantau Panjang..Tapi barang-barang mcm corelle Luminarc, Corningware, Visions, Pyrex ni lebih banyak kat sini kedainya daripada Rantau Panjang..Kalau target nak beli yang tu je boleh la datang Pengkalan Kubur..

Tapi kalau nak jalan-jalan dan pilihan menarik bg i olllss lah kan, prefer ke Rantau Panjang.. Satu lagi, kalau nak datang time cuti sekolah...adoi ya hampun kat Pengkalan Kubur ni susah parking..Well yelah kat mana-mana pun kalau time cuti memang macam tu kan..But tu lah..Tapi memang CROWDED and kalau nak best memilih baik gi ngan kawan sehati sejiwa jangan bawak laki :P

Biasanya kalau orang luar datang tak sah kalau tak jenjalan ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur..Kedua-dua tempat ni sebenarnya sempadan antara Malaysia dan Thailand..Kalau tengok dekat lagi hanya sungai kecil je yang memisahkan antara dua negara jiran ini...wah gitu..dan Sungai ni namanya Sungai Golok..boleh naik sampan je dengar katanya..

I olls tak penah ada pengalaman lagi menyeberang ke sebelah sana..Takut,eh taknak cerita pasai isu..Sebab motif i nak cecite pasal lain..Aduii inila kalau dah naik syok menaip semua nak diciterkan..

Ok..ni je yang mampu beli setakat ni..Jatuh cinta sangat dengan design corelle yang ni..Tak pandang dah yang lain..


Beli dengan Kak Yati dari JAN Terengganu..Yang ni set 16 kalau tak silap..Sayang nak guna :p

Ok, satu lagi obses bagi para wanita aku percaya ialah tupperware..Well kenape eh, dah la mahal..Yang tupperware biasa pun ok jugak ada gak yang cantik-cantik.. Tak, its abaut quality..cantik pun satu hal..

As being said..women are women..aku sign up ahli tupperware..Senang, nak beli dapat beli dengan harga ahli.. Dan sekarang kalau ada kawan-kawan,mak dan kakak aku nak belii olls boleh tolong belikan..:)

Actually bukan guna sangat pun tupperware yang dibeli tu..but tulah, nampak cantik, colourful, quality dan praktikal kan.. Macam bekas yang one touch tu kalau letak gula, susu, milo, biskut kering, keropok tak masuk angin..Kan..Tapi aku slow-slow la beli..Bukan ikut nafsu mentang-mentang tengok suka terus je beli..Idok la kan..hikss.. Berjimat itu adalah perlu.

One thing kan kalau tupperware sape-sape yang tak tau kalau macam penutup bekas ke rosak boleh tukar. Hebat kan..guaranteed..Tapi tengoklah tahap kerosakan tu..Aku dengar ada jugak tahap rosak yang tak boleh tukar yang..Tapi tak tau apa..hehe

Ok tu jelah nak bebelkan..babai..


Tuesday, October 22, 2013

Me And 2 in 1

Hye olllsss...

Oleh kerana semangat membara untuk mencoret maka terhasillah post random.. Sebab banyak yang ingin dikongsi sepanjang beberapa bulan ini..

Cerita suka duka pahit manis diharung bersama..wah wah wah... Sungguh tak menang tangan rasanya...
Dah macam superwoman..ihik ihik ihik..ke sana ke mari..

Sungguh tak manageable i tau..Takpelah janji kita Enjoy!!!!

Oklah i taknak buang masa dengan membebel banyak..yuk kita nonton gambar..senang nak refer nanti..

 Seriously I've own a resort believe it or not...hahaha..Kelasss kau jah..

Seminar Audit Dalam


 Ha..nilah dikatakan 2 in 1 nye...Kebetulannya,seminar ni dekat je venue nya..pastu sempena nak sambut anniversary i dan hubby yang ke 3..so 2 in 1 la kita pun pergi bercuti sambil menyelam kita minum air..Tapi kita buang balik air tu..hahaha
 3 of US...Mama kena cari crocs jugak ni..xleh masuk geng..




Masa ni tgh memujuk lagi nak mandi kolam..

Akhirnya dah boleh mandi kolam..Punyala suka dia sampai tak nak naik...Malam tu dapat selsema..Kesian pulak..

Last day kita bawak Aleesya main pasir kat pantai pulak..
 Aleesya meets Rayyan :)
 See Aleesya exited kalo jumpa kawan-kawan sebaya dengan dia..
 Ni dah nak balik..Lepas check out dan punggah barang masuk keta..Kita photoshoot dulu..



So begitulah percutian kami..yang menjimatkan..yang penting..boleh jalan-jalan..boleh pergi kursus..yeay...

Me ~ Felt Craft - Sarung Bantal & Pencil Case

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas dibumiNya..

Felt craft masih lagi berjalan seperti biasa..Alhamdulillah,masih lagi menerima tempahan walaupun tak selaju orang lain.. Nama pun part time je kan.. Kalau full time buat craft memang kena pulun habis-habis ni..hhehe

Ni semua order dari kawan sekolah menengah dulu..tq ye roslina azwani.. Actually tempahan ni dah lama..Baru nak tepek di blog..Sekian..hehehe

 Sarung bantal ultraman - tak sempat nak digaya dengan bantal :)
 Sarung bantal Dora The Explorer
 Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) front side
  Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) back side
  Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) front side
 Pencil Case - Ada lining kat dalam..:) back side

 Berminat? Nak order? Sila pm atau whats app ke 013-9358567-suria..
Dont'worry murah2 sajo..
Its a hand made and custom made :)