Salam..
Tahniah Syura..Walaupun tak dijangka pada mulanya..Yet untuk jadi calon juara pun..Kalau musim pertama hari tu dah nampak dah Dato' Fazley dia punya bakat..Well rezeki masing-masing..Apa-apa pun Cik Ta memang pandai masak..hehehe
foto from ohbulan.com
Ok,semalam jugak aku jadi masterchep..hahaha..Haa aku kalo period mesti tak berapa nak selera kalau makan nasi..Tekak tak terima..Tapi kalau hari-hari biasa pantang tak jumpa nasi resah gelisah dibuatnya..Ish nak diet cmana kan..hehehe..
Semalam tekak ni duk kempunan nak makan spaghetti..Biasa buat bolognese..Tapi semalam macam boring la pulak..Try google pasal pasta n spaghetti terjumpalah carbonara..Ohhh bestnya nampak,creamy n melting je..hahaha bagus untuk menternak lemak..hahha
Ok carbonara malam ni..Balik keje terus ke Billion Shopping Centre cari bahan-bahan..
Malam tu terus nak buat ni ..Encik suami pulak katanya nak makan nasi..okaylah,duk terpikir-pikir pulak tak jadilah nampaknya carbonara mak...
Tapi oleh kerana tahap mengidam aku ni tak boleh nak kata tidak (kalah orang mengidam masa pregnant,ohhh aku tak mengidam apa-apa yang pelik pun masa pregnant,alhamdulillah) tetiba teringat ehehhe..
Jadi aku pun jadik la chef jugak malam tu bertanding ngan syura n celina..hahaha..tapi juri aku hubby n little aleesya je hikhikhik n for sure menang..hahaha
Inilah rupanya..Spaghetti Carbonara..Nak resepi?? Boleh..Kat bawah ye..Tapi aku tak ingat kat mana ambik resepi sebab banyak sangat resepi aku pilih..terlupa pulak..Tapi aku xdela ikut exactly resepi tu..Campak-campak je..hihiihi..Resepi ni sebagai guidelines sahaja..kan..korang google je resepi Spaghetti Carbonara ni mesti berduyun-duyun yang keluaqq...
Spaghetti Carbonara
Bahan-bahannya
Spaghetti direbus
1 tin
Prego Carbonara Mushroom
3 biji
shitake mushroom (aku pakai cendawan butang dalam tin tu)- dihiris
bawang
putih - dicincang halus
ayam
1/2
cawan susu segar (tgk kalau nk pekat pandai-pandaila bajet ek)
Olive
oil (i guna minyak jagung je)
Parsley flakes (kalau ada.. x de pon takpe)
Black
Pepper
Chilli flakes (aku takde.. kalau ada lagi sedap!!!)
Aku letak lada benggala je
Aku tambah sedikit parmesan cheese...hehe
Cara-cara:-
Panaskan
sedikit olive oil.. tumiskan bawang putih sehingga wangi.. kemudian campakkan
hirisan ayam..kacau rata.. bila ayam dah masak masukkan mushroom.. kemudian.. masukkan Prego Carbonara Mushroom.. kacau rata.. kuah
agak pekat maka boleh lah letak fresh milk lebih kurang 1/2 cawan.. atau
agak-agak lah ikut kepekatan yang diingini.. tabur sedikit black pepper.. dah
siap angkat dan curahkan di atas spaghetti anda.. taburkan parsley chilli
flakes atau pun parmesan cheese..kalo ada..siap..
Wallawehh..sedap..Husband aku makan sampai licin,walaupun dah makan nasi pukul 8 tu..Ingat nak bawak pi opis pagi ni..hihihihi..
No comments:
Post a Comment