Search This Blog

Monday, May 24, 2010

Dear blog..

Aku sangat sakit hati + bengang... Kenapa asyik nak salahkan orang je..Bila kita tanya, jawab ok..tapi dalam hati masih lagi simpan dendam dan berniat hendak membalas..

Aku sangat geram.. Bukan silap aku pun, Bukan kehendak aku pun, dan aku pun tak nak benda ni berlaku.. Kan aku dah explain,depan buleh terima tapi sebenarnya tak pun..Tak ke sakit hati korang.. Bila aku tanya pendapat mula la balas balik.. Aku tahu mesti korang tak faham pun dengan apa yang merepek ni..Aku pun tapi janji aku boleh lepaskan apa yang aku rasa tidak puas hati..

Kenapa tak boleh nak bersikap matang?? Kalau macam ni sampai bila masalah tak selesai.. Patut pun semenjak dua menjak ni semacam je cakap dengan aku.. Rupa-rupanya ada lagi perasaan marah tu.. Kalau aku yang simpan perasaan marah tu bukan main lagi ngata aku ni susah nak terima kesalahan orang.. Tapi kalau dia...huh.. Semua benda nak ambik hati... Cuba la belajar LET IT GO.. Biarkan,maybe ada sebabnya benda ni berlaku.. Ini tak,sebolehnya-bolehnya sampai lubang cacing pun nak ingt... Ishhh geramnya...

AKu kecewa sangat.. Aku punyala excited nak diskas dengan dia tapi alih-alih aku kena marah kerana sebab yang remeh.. Dan sebabnya aku dah explain panjang lebar kenapa ia berlaku dan kenapa ianya jadi macam tu..ohhhhh.. Kadang-kadang kesabaran aku ada hadnya.. Aku pun ada perasaan.. Bila jadi macam ni rasa malas nak ambik tahu pasal segala benda..

Thursday, May 20, 2010

Mencari Cinta?

Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=lovelysuria
Insyallah, dapat membantu.
Bye!