Search This Blog

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua..terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua..Wah bulan puasa sudah menjengah kita semua..

Sedar tak sedar esok dah 1 Ramadhan semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa...Jadi sama-samala kita perbanyakkan ibadat di bulan yang mulia ini dan penuh keberkatan ini..amin..

So esok aku akan berpuasa seperti orang lain tapi yang pastinya waktu berbuka untuk tahun ni agak sedih sebabnya aku dan semua penumpang bas chartered SP Bumi akan berbuka puasa atas bas..sedey kan..waktu korang gembira untuk berbuka pada 1 Ramadhan dengan keluarga,kami semua hanya berbuka beramai-ramai dengan kurma & air mineral..

Tapi nak buat macam mana ini pilihan kami..Pilihan yang kami pilih untuk bersama keluarga..Tetapi,waktu berbuka kami tak sempat berbuka di rumah masing-masing. Hanya berbuka di dalam perut bas..hehehe..

Tapi bagi aku berbuka puasa dalam bas hanyalah dua hari sahaja sebab aku takkan naik bas dah..Permohonan aku untuk bertukar sudah diluluskan dan aku dh dapat surat pertukaran yang selama ini ku nanti-nanti...jeng3..

Ok..itu intronya..aku akan smbung di entri yang lain sebab aku ingin siapkan kerja aku..Ok got to go u ollsss..


Thursday, August 5, 2010

Salam..waah sangat lama aku tidak menulis..nak menulis tapi aku tak tahu apa yang aku nak tuliskan..jadik aku pun tak tulis..hmmm boleh ke???

Hari ni xtau macam mana boleh terbukak hati nak menulis dalam blog aku yang hanya ada 3 orang follower termasuk aku..hik4..kelakar sungguh macam mana boleh aku pun boleh jadi follower..hehehe..ada ku kesah???

Yang boleh buat aku tergerak hati nak kasi entry ni ialah sebab aku terbukak satu link yang di share oleh sorang membe aku kt fb..CINTA TERAKHIR nyanyian aiman..aiman tak kesah kan???hehhee..

Pada aku la,lagu ni best...xtau kenapa..sedih je dengar..so nilah yang membuatkan aku nak update enry dalan blog ini...tu je...jadi layan saje lirik lagu cinta terakhir dr aiman..oke..

CINTA TERAKHIR

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Chorus:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Back to Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Back to Chorus