Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

2/2016~Aleesya First Time At School

Assalamualaikum wbt

Rasanya anak mama ni masih kecik je..Tup tup dah masuk 5 tahun dah.. Tahun lepas dah inform siap-siap nanti kena pergi sekolah ye..Mula-mula tu taknak..Aduii naik runsing akak nga husband.. Mana taknya, siap cakap taknak sekolah nak duk rumah..Haduiii

Dah selesa sangat duk rumah tengok tv je kejanya kan..So bila sebut sekolah terus taknak..

Last-last nak akhir tahun tu Alhamdulillah, pujuk-pujuk tunjuk sekolah terus angguk je...

Pada 03/01/2016 bermula persekolahan di Kelantan..Akak cuti sesiap nak antor dia pi sekolah..Teruja dan bimbang pun ada takutnya dia susah bangun pagi..So malam tu paksa dia tidur awal..Pukul 10 dah masuk tidur, biasa pukul 12 hahaha..

 

Esoknya Alhamdulillah semangat nak pergi sekolah siap nak bawak beg lagi..Daftar start pukul 8.00 pagi.. Kami decide untuk hantar dia ke Tadika Kemas sebab dalam kampung kita je.. Lagipun senang, kalau Papa dia tak boleh ambik nanti Tok Ayah pun boleh tolong ambikkan..

 

Lagi satu,Kemas yuran dia murah la compared to Tadika lain..So if dia buat perangai tak nak pergi sekolah pun takdela terasa sangat la kan hahahaha
Kami just nak ajar dia ambik suasana sekolah macam mana, how she meets new friends, jumpa teacher,learn something new kan kat sekolah.. Kat rumah dah homeschool sikit-sikit tapi sorang-sorang..So kita just nak dia belajar sesuatu yang baru...InshaaAllah next year 6 tahun dah biasa dah..

Sampai-sampai je di sekolah ada macam-macam drama pulak..Ada sorang dua yang menangis..Akak duk berzikir jugaklah hopefully sindrom tak berjangkit ke Aleesya..Siap bayar yuran pendaftaran, kami decide nak tinggalkan dia je sebab taknak duk lelama kat situ.. Mula-mula tu taknak bagi kami keluar, akak pujuk dia cakap mama tunggu kat luar ye..Nasib baik dengar jugak.. Good girl..

Pastu kami tinggalkan terus, and keluar breakfast..Dalam kereta rasa macam pelik je berdua dengan husband..Biasa ada budak kecik kat belakang..Sekarang rasa macam dating masa bercinta..Ohhh peliknya..Sayu pun ada, yela kami tak pernah tinggalkan dia even sekejap pun tak pernah tinggal..nak pergi mana-mana pun mesti bawak..hmmm rasa tak lengkap tanpa anak..sob sob

Then pukul 11.55 kami dah kat depan sekolah nak ambik dia..Punyala exited dia bila tengok kami..

Tak nangis pun..Alhamdulillah..A good start to a new journey ye Kakak Aleesya (dah kena panggil kakak dah ni)

Pastu terus pi cari uniform sekolah dia sebab cikgu advise better beli dulu sebab kalau nak tunggu sekolah bagi nanti lambat pulak..Kami pun rasa camtu jugak, lagi nak suruh di semangat kalau nampak pakai uniform sekolah kan..Pakaian Kemas ni senang je nak cari..Ada jual kat kedai-kedai je.. Tapi kedai terpilih jugak la..tak semua..So kami beli 2 pasang terus sebab biasa la kan kanak-kanak ni..kalau tak kotor bukan kanak-kanak pulak kan..

Tapi so far, dalam 2 minggu persekolahan ni baju Aleesya tak kotor pun tapi akak tukar jugak la kot berbau..kan budak-budak ni aktif berpeluh..

 

Hari khamis minggu pertama dah start berdrama tak nak gi sekolah..Ah sudah..Tapi dia bukan sesaje taknak pergi tapi dia tak sedap badan, selsema..Maybe jangkit kat sekolah kot..tak selesa sebab hidung tersumbat so dia jadi bad mood.. So takpelah akak inform cikgu cakap Aleesya tak sihat je..

 


Minggu ni ada drama jugak tapi bila papa dia pujuk Alhamdulillah sampai jugak ke sekolah.. Tapi satu je masalah dia cikgu bagitahu Aleesya ni makan sikit je..Kadang-kadang tu tak makan langsung..Akak dah agak dah.. Bukan main bila akak tanya hari ni makan apa boleh je dia cakap makan nasi goreng la mee sup la.. Rupa-rupanya dia tak makan pun...Haduiii la anak..Camana nak buat ni..Picky eater! Nasib baikla kat rumah dah breakfast dengan koko krunch.

So hari ni akak preparekan bekal..Hari ni bawak nugget dan air ribena..Hopefully dia makan la..Suh husband pesan kat cikgu dia nanti suh dia makan nugget tu je time rehat..

Balik kerja selalu akak tanya dia belajar apa kat sekolah..Dia cakap belajar ABC..
Kalau banyak-banyak tanya dia cakp dah letih..Aduii so biorkanlah..Malam-malam nak tidur baru dia cakap balik hari ni dia buat apa kat sekolah..hahaha

 
Anak-anak buah akak yang mula sekolah darjah 1..Aleen dan Hazril..Sorang lagi Nia Marissa dah darjah 2..Belajar elok-elok ye semua...

Hopefully anak mama Aleesya Damia dapat bersekolah hingga ke penghujung tahun..belajar pandai-pandai ye sayang..

1/2016~Welcome 2016

Assalamualaikum wbt

Welcome 2016..

Setiap kali tahun baru soalan yang paling popular ialah AZAM? 

Apa azam tahun baru awak?

Alah yang tahun lepas pun tak kemana-mana..hiks..Well macam tu la selalunya kan..

Tinggal la 2015 dengan seribu peristiwa pahit manis..Dan Alhamdulillah rasanya setiap rakyat di Negeri Cik Siti Wan Kembang boleh tarik nafas lega la tahun ni..Trauma tragedi Bah 2014 berulang kembali.

Berdoa agar dijauhkan segala musibah..Banjir tetap banjir terutamanya di kawasan yang rendah tetapi tidaklah seteruk seperti tahun 2014..Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah...

Kandungan akak pun dah menginjak 30minggu dah this week..Alhamdulillah..Banyak cerita tak sempat nak update..Baby dah start membesar dah..Tak tidur lena mama dibuatnya..Tengah exercise dalam perut mama la tu..

Aleesya dah masuk 5tahun..Akak dah hantar dia sekolah tahun ni..Akak hantar Tadika KEMAS saja sebab dekat dengan rumah..Pun saja nak bagi dia rasa alam persekolahan. Yela sebelum ni dia tak pernah ditinggalkan..Memang dijaga oleh Papa dia memandangkan Papanya bekerja dari rumah.. Sejak kecil dia susah nak tinggal rumah orang..Menangis je kerjanya, so husband decide untuk jaga je la..Rumah mak akak pun tak nak duduk, pernah sekali tinggal menangis sampai tertidur..Semua jiran-jiran datang rumah mak masa tu..Mak akak pun rasanya macam fobia gak nak handle dia..hahaha So itulah keputusan terbaik kami.. Jaga sendiri!

Tak sangka pulak bila masuk sekolah ni tak menangis pulak dia..Alhamdulillah, dah besar kot..Cuma biasa la drama tetap ada, tapi berjaya gak pergi sekolah..Semangat je nak pergi sekolah..Akak cuma risau satu je, Aleesya ni jenis picky eater..Tak tau la dia dapat makan ke tak makanan kat sekolah..

Sebelum pergi sekolah akak dah bagi dia makan koko krunch,honey star, cornflakes, chipsmore dan sewaktu dengannya..Kalau dia tak makan kat sekolah takdela kosong sangat perut tu..Beli stok siap khas untuk dia..Susu kotak pun beli sekali..Tak sampai seminggu dah habis 8kotak air susu coklat yang kids punya tu..Tak kesah pun asal dia minum susu..

Last but not least..Welcome year 2016...