Search This Blog

Wednesday, April 17, 2013

Oh My Darling!!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ni rasa macam nak cuti je..Sebabnya teringat kan Aleesya..Semalam termarahkan dia..Terkuatkan suara..Terjerkah dia..Tak sengaja..Orang kata kalau nak marahkan sesuatu jangan duk dekat ngan anak..Tapi takkan la aku nak berkurung dalam bilik pulak..


Termarahkan dia..cepat-cepat peluk dia..Kita pulak yang merembes airmata..Dia pulak tepuk belakang kita..Pelik tengok kenapa mamanya menangis..Tapi semalam selagi tak lepas peluk..dia pun duk diam je..Maybe faham maybe tidak..

Nah..hari ni macam ni lah..Lemau,sedih..Aku pun dah satu hal..Memang salahkan diri sendiri..Nak marahkan nyamuk,kelambu pulak dibakar..

So mommies..kena tingkatkan kesabaran bila berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil ini..Kadang-kadang kita faham apa yang dia nak..Dia pulak tak tau nak explain macam mana kat kita..

Macam Aleesya,vocab dia kalau nak sesuatu dia sebut..

1.  air air air - kadang-kadang memang betul dia nak air tapi kadang-kadang bukan
2. kuk kuk kuk - Biskut,nasi whatever jenis makanan ataupun nak suruh buka vitamin dalam bekas..
3.pin pin - Nak tengok tv sambil-sambil hulur remote - biasa tengok upin ipin,kadang-kadang cerita lain pun dia panggil pin pin..So jadi jenuhla nak next kan cerita yang mana satu dia nak..
4.Shi - pakai kasut..orang ajar shoe dia sebut shi..:)
5.Yeay pai - yeay sampai (bila naik kereta dan berhenti kat mana-mana dia akan cakap yeay pai..cute.
6.Ball - ball dah boleh sebut bola
7.Cat - cat is kucing kadang-kadang yyeowww..hehehe wat bunyi sekali
8.aa-il- mail 2 singgit dalam upin ipin..hahaha aku tak tau dalam ramai2 watakk upin ipin dia boleh ingat mail...

Tu je yang aku ingat setakat ni..Ada lagi yang dia boleh sebut kalau time dia tengok upin ipin tu..Pandai sangat imitate cerita upin ipin..Kalau duk dalam bilik boleh lagi wat aksi sama yang kat dalam cerita..

Suka sangat menari..Lagu Oppa Gangnam Style tu..Pantang dengar muzik tu ha menarilah dia..Pantang jumpa pak sedara dia,dipasang lagu ha menarila dia..Sambil buat tangan ala - ala Psy tu..

Oh my darling..

Sunday, April 14, 2013

I Hate BULLY

Assalamualaikum wbt..

BULI..yess..hanya empat perkataan tapi kesan dia memang besar.. Ada kesan baik? No, hanyalah kesan buruk..For me la..Tak tau la pulak kalau korang rasa buli ni boleh bagi kesan baik atau positif kepada masyarakat atau kepada diri sendiri..
 
Seperti yang sedia maklum kes buli ni memang banyak dah terjadi..Tapi yang membuatkan aku tulis post adalah tak lain tak bukan sebab kes buli yang sedang hangat di perkatakan minggu lepas..Oh no no no..Please don't do this again ye adik-adik..Actually aku memang tak boleh nak tengok video-video keganasan ni..Dera kanak-kanak,dera isteri..Tak boleh,yang real punya la..Kalau yang kat dalam drama tu boleh tengok tapi sipi-sipi jela..
 
Bagaimana ye nasib remaja yang dipukul tu..Cederakah dia..Kesiannya kan..Apa perasaan ibu bapa dia..Adik beradik dia..Kesian sangat..Kalau aku lah sebagai kakak menangis aku kalau adik aku diperlakukan begitu..Sudah lah dibuat macam punching bag diorang, diambil video dan diupload pulak..Kemain korang ye bergalok suka bila pukul orang dan yang menengok pulak sangat seronok ya..Aku tak tau la sama ada korang memang seronok ataupun buat-buat seronok..Al maklum la kan sokong kawan..Kalau tak sokong kot-kot nanti korang pulak yang kena bantaii..


Adui tak abis lagi aku rasa kesian kat budak itu..Sakitnya dia...Semoga dia dihindar dari kecederaan yang serius dan tak trauma..Dan yang pasti dapat sekolah dan belajar seperti biasa...
 
Kadang-kadang aku pikir budak yang pukul tu apa motif dia sebenarnya..Hanya melepaskan geram atau nak tunjuk HERO ataupun semua pakat nak jadi Lan Todak (JUVANA).. Dia tak pikir ke kesan dia lepas tu..Ohh tak sayang masa depan sungguh la haii..Tapi yela,kalau dorang pikir tak kan la jadi kes macam tu..
 
Masa tersebarnya video tu,sekejap je orang ramai share FB budak-budak itu..Siap ada address blog lagik..Aku sempat la jugak bukak blog budak-budak..Dari tulisan dak-dak ni takdelah menunjukkan ada ion-ion Lan Todak.. Itu yang aku heran..Dari mana datangnya semangat Ironman dia..
 
Adik-adik sekalian,mak ayah suruh sekolah,pergi la sekolah..Tuntutlah ilmu dahulu..Sebelum buat perkara-perkara tak berfaedah ni pikir dulu 150 juta kali bak kata Ainan Tasneem tu..Pikir jugak kesusahan mak ayah adik-adik membesarkan korang..Berhabis duit untuk sekolahkan adik-adik..Berhabis duit membeli uniform sekolah dan juga buku-buku sekolah..Tolong ambil kira perkara perkara ini sebelum adik-adik nak buat perkara-perkara salah..
 
p/s: Ini adalah personal opinion aku..Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan..

credit photo:google.com

Wednesday, April 10, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua

Assalamualaikum wbt

Tak sabarnya..Masterchef Malaysia Musim Kedua akan ke udara tak lama lagi..Jangan lupa saksikan..:) Cik Ta pun ada haiihh..Sedap dak Cik Ta masak ni..hehehe

ASL Please!!!

Assalamualaikum wbt..

Aku wonder bila wujudnya internet kat Malaysia ni..Korang ingat tak..Masa sekolah ke eh?Aku ingat-ingat lupa pulak..Komputer pun baru kenai masa sekolah menengah..Orang lain sibuk masuk kelas komputer..Aku hanya kebil-kebil je la..Tak mampu nak bayar yuran kelab..Oh sedih kan..Belajar pun basic-basic je..Masa tu Form 1-Form 2..Kawan-kawan aku Wizana and Lisa seingat aku masuk kelas tu..Diorang cakap belajar basic-basic je,belajar menaip (Word dan Excel la tu) hehehe..Jadi aku nganga je la..

Lepas tu lama-lama lepas tu timbul la internet bagai ni..Ada e-mel..Aku ingat emel adress aku yang pertama ialah keromail..hahaha, kelakar je kan..Tapi aku tak ingat the exact emel aku tu..Juju yang buat kat aku..So masa belambak lah usahawan-usahawan internet membuka Cyber Cafe (CC)..Ramailah remaja-remaja macam aku menjadi pengunjung setia CC ni..Tapi aku pergi CC ni pun lepas habis sekolah je..RM1.00 ke sejam gitula..

Orang kata bila ada internet ni memang maklumat di hujung jari lah kan..Best la masa tu..Lepas tu pulak meledak pulak chatting-chatting bagai ni..Ada tak zaman korang IRC..Aku bukan pro pasal chatting-chatting ni..Kawan aku yang ajar login pastu baru aku yang guna...hahaha..Bila masa masuk IRC ni kita boleh pilih channel mana kita nak masuk then buat nickname then korang pilih la sape kat dalam channel tu yang korang nak chat..Seronok giler..Masa nilah ada yang bertemu cinta...Ada gak yang menipu..Bagi ayat-ayat jiwang,last-last menipu..Ada gak mengaku bujang tetapi dah anak 5..hehehe Bila chatting ni masing-masing xsedar..senyum sorang2..

Korang tau ayat fofular masa chatting dulu? A.S.L pls..hahaha..Giler kentang betui..Kejap2 a.s.l kejap a.s.l..Maksudnya A:Age S:Sex L:Live..Betoi dak..hahaha Mcm tu la..tp sekang kalau aku chatting main2 nga laki aku kat pesbuk, aku gatai2 jugak tanya dia asl pls hahaha..

Eh eh apa jadi IRC sekarang..?Wujud lagi ke tak ek?

Monday, April 8, 2013

Bertahanlah!

Assalamualaikum wbt

Melayan perasaan yang sudah lali sebenarnya..Sabarlah wahai hati..Jadi mari kita sama-sama layan lagu ni yang biasa buat air mata merembes keluaq tanpa henti...


Kesilapanku Keegoanmu by Dato' Siti Nurhaliza

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu disisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini
Menambahkan hening di dalam hatiku
Mengadil silapmu
Biar di jiwamu
Aku telah tiada
Di waktu begini diusik
Kenangan silam yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu


Mode :(

Sunday, April 7, 2013

Aku dan Backstreet Boys

Assalamualaikum wbt

Korang suka tak Backstreet Boys aka BSB aka Budak-budak Lorong Belakang hihihi...Kalau aku tanya budak-budak sekarang mesti la tak kenal la heh BSB nih.. Diorang kan sekarang zaman K-POP kan..Aku tak ikut sangat la K-POP ni,anak-anak sedara aku yang gegurl-gegurl tu huiiih minat sangat kot..habis di download muzik video tah apa nama kumpulan tah kpop ni yang aku kenai Big Bang dan Girls Generation je..hahhaah Lepas tu diaorang ni siap tiru gaya dak-dak kpop menari.amboi-amboi berdiri bulu roma ai menengoknya..hihihi tak sangka ada bakat terpendam pulak.. Seb baik xtau yang Sunsilk duk cari "hey miss pretty dance hari tu..hihihhi
Ok, ok well kalau korang yang lahir dalam tahun 1980 an macam aku ni mesti la korang tau BSB kan..Oh well,aku layan tapi tak sampai beli kaset atau cd dia la..Eh dulu kaset tau..mana la macam sekarang ni pakai mp3 ke youtube ke..kalau nak dengar  kena beli kaset. Tak pun boleh pinjam dengan anak-anak orang kaya yang minat jugak dengan BSB hehehe.. Aku family bukan senang..sob sob sob..Nak beli kaset??? Baik aku beli uniform sekolah ke beg sekolah ke..Bukan berlagak baik.. Cuma dulu mak bapak tak sesenang sekarang.. Baju sekolah pun sampai lusuh aku pakai..Sedih kan..Tapi budak-budak sekarang 3-4 lai baju sekolah..Beg pun macam-macam design..Ohh tapi buleh je belajar kan..Sekarang budak-budak demand nak beli kaset bagai dah..Tapi nak iphone,tablet,samsung hah macam-macam korang ye..

Ohh BSB ni macam fenomena kpop jugak dulu..Dalam BSB ni ada Brian, A.J,Kevin, Howie D and Nick Carter (paling ramai peminat sebab dia paling muda and cute), . Kalau datang Malaysia kan bukan main gadis-gadis remaja serbu..Seingat aku dulu kakak kawan aku dulu memang fan BSB la,dia collect semua kaset BSB nih..Pastu  tup tup masa BSB ni datang Malaysia peminat fanatik BSB ni pulak dek kerana terlampau minat dengan Nick Carter ni diheret nya baju si Nick so kuar la kenyataan bahawa si Nick Carter tak suka datang Malaysia..hahaha merana derita la gadis-gadis Malaysia ni dek tak sayang mulut si Nick Carter ni..Terus diboikot dan dibuang kaset-kaset itu..Ohhh sayangnya..Bagi jelah kat aku kan..Itu mengikut adik yang cerita..hehehe Tak tau la betui ke tak kesahihan berita ini..hahaha

Aku tak kisah pun kau nak cakap apa Nick..Yang penting lagu korang best dan sesuai masuk kat telinga aku ni.. First lagu dorang yang aku layang feeling gila-gila ialah I'll Never Break Your Heart.. Walaupun aku tak berapa paham sangat maksud lagu tu aku layan jugak sampai faham..hahaha..Masa tu aku layan bukan sebab aku tengah berkasih sayang sampai berjanji taknak kecewakan hati pasangan aku..hahahha ambik aku punya explanation ayat ala-ala kajian audit aku.. Tapi sebab lirik dan melodinya..
As Long As You Love Me,well sangat wahhh macam kat awan-awangan kalau dengar..Itu yang lagu slow..Lagu rancak macam We've Got Going On, Backstreet Back,The Call,Larger Than Life..Kalau nak senarai satu-satu memang jenuh la kan aku nak menaipnya..

Well dari dulu sampai sekarang aku still lagi fan of BSB walaupun aku tak pernah beli kaset, cds or pergi konsert dia tapi aku pun peminat dia sampai lagu dia Inconsoloble..betui da eja dia hahaha..ke ada yang baru lagi ha ha..Maklumla dah pangkat ibu-ibu ni macam-macam dah lupa..

Baru-baru ni dorang ada datang Malaysia sempena konsert Twin Tower @live 2013 yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Mac lalu di Menara Berkembar, KLCC. Terubat la rindu nak tengok diorang gather kembali lepas Kevin buat come back secara solo before2..

Meskipun sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, kumpulan ini masih lagi merendah diri dan menganggap diri mereka masih lagi kumpulan BSB yang dulu walaupun zaman kegemilangan mereka sudah berubah.

"Kami masih lagi kumpulan Backstreet Boys yang sama. Apa yang berubah hanyalah zaman dan umur kami yang kian meningkat. Ada antara kami yang sudah berkahwin dan berkeluarga, akan tetapi kami masih sentiasa pastikan dapat menghasilkan muzik Pop yang lebih kreatif bersesuian dengan perubahan muzik masa kini.
Kami sangat berterima kasih kepada peminat-peminat yang menjadikan kami sebagai inspirasi mereka dan kepada pemuzik-pemuzik generasi baru, jangan takut untuk berikan sesuatu yang baru dalam karya muzik anda."
credit to ohbulan.com

Ok,apa-pun all the best BSB..love you all..:)




Monday, April 1, 2013

Aku dan Kerjaya

Assalamualaikum wbt..

Haiii..dah masuk bulan April dah..kejapnya kan..2 bulan lagi dah setengah tahun 2013..huii.. Minggu ni aku berkampung di Tanah Merah, Kelantan macam biasa berkhidmat untuk negara..cececeh..berkhidmat la kan..dulu lepas habis belajar semua berduyun isi SPA Online yang dikenali jugak SPA 8..hehehe..

 Aleesya dah setahun masa ni..Misi untuk aku update pasal tidak berjaya dek kerana tiada masa menulis blog..

Aku agak lambat jugak mintak kerja dengan government ni..Orang lain disekeliling aku, kawan-kawan aku ada jugak yang apply masa akhir semester..Tapi eh eh kenapa masa tu aku tak tahu pape ke hah..Entah kemana aku pikir masa tu..Kelaut sungguh..hahaha..Maybe aku concentrate nak habis belajar je taknak fail di akhir semester..Seram weyh kalu sangkut, Malu pun ada....Tapi Alhamdulillah selama 5 tahun belajar kat UiTM takdela pernah sangkut paper pun..Aku bukan kategori cemerlang..hahaha tapi boleh la..GPA 3.00 above, masa diploma dulu pernah sekali dapat Deans List.Alhamdulillah la,ada jugak good record.. Pastu aku pun grad dengan Second Class Upper..Alhamdulillah..walaupun bukan calon First Class..hehehe Rezeki takat tu je kan..

Seingat aku, 4 kali jugak aku dapat interview SPA ni. Pembantu Akauntan (Kenapa la aku pilih jawatan ni sebab memang sah-sah dah tak boleh, tapi ada setengah orang tu dapat je walau ada degree), Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit.. Aku agak menyesal jugak la sebab pengetahuan aku tentang kerjaya dengan government ni agak kurang.. Adehh menyesal pun tak berguna dah..Orang lain dapat PTD la, Pegawai yang bermula dengan 41..Sekarang baru kesedaran..
Tapi yelah maybe rezeki aku di sini..Kena bersyukur tau, sebab kawan-kawan seangkatan aku ada jugak yang tak dapat kerja sampai sekarang.. Kesian dia..Dan ada senior aku jugak ada degree/diploma tapi jadi surirumah..Well,yup ok apa housewife pun kerja jugak kan tapi yelah kalau nak ikutkan kita belajar bertahun-tahun mesti nak kerja kan,dapat gaji hasil titik peluh sendiri..Nak shopping sesuka hati sebab duit kita khennn...hehehe


Hari ni mengantuk sangat weyh aku..tersengguk-sengguk aku kat belakang travel dari Kota Bharu ke Tanah Merah..Tau-tau dah sampai Tanah Merah..Kami bertiga,actually kalau bertugas luar kami kat negeri menggunakan kereta sendiri apabila outstation.. Hari ni Ketua Seksyen aku bawak kereta so aku kat belakang terhangguk tersengguk..hehhee

Sebabnya Aleesya demam naik cacar air (bertih bahasa kelantan).. Pukul 3-4 pagi menangis-nangis mengamok sebab pedih dan sakit..Kesian sungguh..Dia bagitahu aku `akit akit (sakit).. Sabar jelah kan..Kalau korang yang baca ni ialah kaum-kaum ibu mesti sayu hati kan bila anak mengadu sakit..Dah la dia kecik lagi..Aku lap-lap dengan tuala basah so ok la sikit..

Tapi agak pelik jugak aku sebab tak banyak macam biasa-biasa aku tengok kat badan dia.. Sikit je,cuma yang merah2 macam chicken pox tu banyak la kat bahagian betis then kat lain boleh kata sikit je..Ish..Konpius mak..

Tadi aku nak cakap April Fool tapi dah lari topik pulak..hahaha..apa daa..Next time la pulak..