Search This Blog

Sunday, April 7, 2013

Aku dan Backstreet Boys

Assalamualaikum wbt

Korang suka tak Backstreet Boys aka BSB aka Budak-budak Lorong Belakang hihihi...Kalau aku tanya budak-budak sekarang mesti la tak kenal la heh BSB nih.. Diorang kan sekarang zaman K-POP kan..Aku tak ikut sangat la K-POP ni,anak-anak sedara aku yang gegurl-gegurl tu huiiih minat sangat kot..habis di download muzik video tah apa nama kumpulan tah kpop ni yang aku kenai Big Bang dan Girls Generation je..hahhaah Lepas tu diaorang ni siap tiru gaya dak-dak kpop menari.amboi-amboi berdiri bulu roma ai menengoknya..hihihi tak sangka ada bakat terpendam pulak.. Seb baik xtau yang Sunsilk duk cari "hey miss pretty dance hari tu..hihihhi
Ok, ok well kalau korang yang lahir dalam tahun 1980 an macam aku ni mesti la korang tau BSB kan..Oh well,aku layan tapi tak sampai beli kaset atau cd dia la..Eh dulu kaset tau..mana la macam sekarang ni pakai mp3 ke youtube ke..kalau nak dengar  kena beli kaset. Tak pun boleh pinjam dengan anak-anak orang kaya yang minat jugak dengan BSB hehehe.. Aku family bukan senang..sob sob sob..Nak beli kaset??? Baik aku beli uniform sekolah ke beg sekolah ke..Bukan berlagak baik.. Cuma dulu mak bapak tak sesenang sekarang.. Baju sekolah pun sampai lusuh aku pakai..Sedih kan..Tapi budak-budak sekarang 3-4 lai baju sekolah..Beg pun macam-macam design..Ohh tapi buleh je belajar kan..Sekarang budak-budak demand nak beli kaset bagai dah..Tapi nak iphone,tablet,samsung hah macam-macam korang ye..

Ohh BSB ni macam fenomena kpop jugak dulu..Dalam BSB ni ada Brian, A.J,Kevin, Howie D and Nick Carter (paling ramai peminat sebab dia paling muda and cute), . Kalau datang Malaysia kan bukan main gadis-gadis remaja serbu..Seingat aku dulu kakak kawan aku dulu memang fan BSB la,dia collect semua kaset BSB nih..Pastu  tup tup masa BSB ni datang Malaysia peminat fanatik BSB ni pulak dek kerana terlampau minat dengan Nick Carter ni diheret nya baju si Nick so kuar la kenyataan bahawa si Nick Carter tak suka datang Malaysia..hahaha merana derita la gadis-gadis Malaysia ni dek tak sayang mulut si Nick Carter ni..Terus diboikot dan dibuang kaset-kaset itu..Ohhh sayangnya..Bagi jelah kat aku kan..Itu mengikut adik yang cerita..hehehe Tak tau la betui ke tak kesahihan berita ini..hahaha

Aku tak kisah pun kau nak cakap apa Nick..Yang penting lagu korang best dan sesuai masuk kat telinga aku ni.. First lagu dorang yang aku layang feeling gila-gila ialah I'll Never Break Your Heart.. Walaupun aku tak berapa paham sangat maksud lagu tu aku layan jugak sampai faham..hahaha..Masa tu aku layan bukan sebab aku tengah berkasih sayang sampai berjanji taknak kecewakan hati pasangan aku..hahahha ambik aku punya explanation ayat ala-ala kajian audit aku.. Tapi sebab lirik dan melodinya..
As Long As You Love Me,well sangat wahhh macam kat awan-awangan kalau dengar..Itu yang lagu slow..Lagu rancak macam We've Got Going On, Backstreet Back,The Call,Larger Than Life..Kalau nak senarai satu-satu memang jenuh la kan aku nak menaipnya..

Well dari dulu sampai sekarang aku still lagi fan of BSB walaupun aku tak pernah beli kaset, cds or pergi konsert dia tapi aku pun peminat dia sampai lagu dia Inconsoloble..betui da eja dia hahaha..ke ada yang baru lagi ha ha..Maklumla dah pangkat ibu-ibu ni macam-macam dah lupa..

Baru-baru ni dorang ada datang Malaysia sempena konsert Twin Tower @live 2013 yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Mac lalu di Menara Berkembar, KLCC. Terubat la rindu nak tengok diorang gather kembali lepas Kevin buat come back secara solo before2..

Meskipun sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, kumpulan ini masih lagi merendah diri dan menganggap diri mereka masih lagi kumpulan BSB yang dulu walaupun zaman kegemilangan mereka sudah berubah.

"Kami masih lagi kumpulan Backstreet Boys yang sama. Apa yang berubah hanyalah zaman dan umur kami yang kian meningkat. Ada antara kami yang sudah berkahwin dan berkeluarga, akan tetapi kami masih sentiasa pastikan dapat menghasilkan muzik Pop yang lebih kreatif bersesuian dengan perubahan muzik masa kini.
Kami sangat berterima kasih kepada peminat-peminat yang menjadikan kami sebagai inspirasi mereka dan kepada pemuzik-pemuzik generasi baru, jangan takut untuk berikan sesuatu yang baru dalam karya muzik anda."
credit to ohbulan.com

Ok,apa-pun all the best BSB..love you all..:)




No comments:

Post a Comment