Assalamualaikum wbt
Korang suka bunga tak? Akak ni takdela suka sangat tapi bolehla suka sikit-sikit. Kalau takde bunga kat rumah takdela nak meroyan sangat pun...hahahaha tetiba..
Tapi kalau tengok bunga cecantik berkembang mekar tu naik geram jugak akak nengoknya.
Mula ada rasa eh nak tanam jugak la bunga ni kat rumah kite.haha ngengada betul.
Tapi bila tengok bunga yang cantik-cantik lapang je minda kan..Tambah-tambah pulak yang selalu je berbunga mekar di taman larangan..muahahaa..
Jom cuci mata tengok bunga..
Bunga Hydrangea jugak. Buntang mata akak tengok yang ni. Ya Allah cantiknya..Harga dia RM45 sepokok. Nak ke? Pergi la beli..Kat nursery nun..hihihk |
Bunga Hydrangea. Cantik sesangat la hoiii..Yang ni warna biru. Mahu tak cantik, kat nursery ni. Jeles betul akak. Harga yang ni pun RM45 sepokok. Terbeliak tak mata ko jah..Nengok aje le kite ye. |
Bunga Zinnia..Mengikut ke google an akak lah. Tapi kalau ikut akak, akak bantai panggil ni bunga matahari jugak..ahhahaha (Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai) |
Bunga Balung Ayam..Kaler dia merah mak ngah. Cantik sangat. Nora bagi 5 bintang hihihi (Lokasi Klinik Desa Batu Jong Kuala Krai) |
Cantik-cantik kan bunga-bunga ni..Bila la nak siap rumah sendiri ni..Boleh lah nanti aku nyanyi lagu ku tanam pokok bunga, bunga mawar namanya ku siram dan ku jaga lama besar jadinya...hihihi
Opps sebelum terlupa, bunga ni memang wishlist..
Banyak-banyak bunga kat atas satu je bunga yang aku tanam..hahahaa tu pun dah arwah dah..adoii..
Tapi masa pergi nursery tu aku ada tanya abang tu susah tak nak jaga bunga hydrangea ni. Dia cakap tak susah pun..Biasa je, bunga pun boleh tahan 3 bulan..kau rasa? ahahhaha
Dapat tips berguna, kalau nampak layu bunga tu jangan ko terus siram pokok tu melainkan waktu pagi dan tengahari je. Ni aku punya la gelabah bila tengok hydrangea aku tu layu semacam waktu tengahari terik aku pi siram air.
Ko dah kenapa. Time dia panas takleh nak siram. Sensitip katanya.
Tula orang nak tanam bunga ko pun nak tanam bunga..hahaha
Ok, noted siram bunga waktu pagi dan tengahari petang aje ye kawan-kawan.(updated)
Lagi nak korek rahsia abang nursery, puji-puji la sikit dia..pandai la abang tanam bunga segar-segar je nampak, saya punya layu je. ha mesti dia bagi tips jaga bunga kat ko nanti. Cayalah..hahahaha
Ok, bunga ni kalau dia layu atau mogok dari berbunga kena taruk baja lah kan, tapi kalau nampak dia makin layu tu kena kaji la sama ada ko dah bagi terlebih air atau ko terkurang air.Haa got it..
p/s: Rumah korang ada bunga tak? hahahah saja kasi panas line.
Till then.
No comments:
Post a Comment