Search This Blog

Monday, April 20, 2015

1/2015 ~ Redha

Assalamualaikum wbt..

First time nak menulis di tahun 2015..lawak sungguh.. Jejari yang tak berapa runcing ni pun malas nak menaip..Sama ikut mood body tuan dia..ahahhaa..

Orang dah masuk April 2015 aku baru terkedek-kedek nak throwback 2014..lagi sekali gelak weh..adeh deh sedeyh sungguh..Tak kesahla aku nak trowbek jugak..nak jugak..Yela yela..aku bercakap dalam hati..Hati aku membenarkan sebabnya memang takde salah pape pun kan..Tak de nak disabitkan kesalahan pun..Eh kan lagi lama lagi panjang intro yang apa kejadahnya ni..

2014 banyak yang berlaku..pahit manis susah senang..hukhuk..nak throwback pun aku tak berapa nak ingat dah..Ok2 jap (ambik nafas panjang-panjang sambil pejam mata, ok tipu) hahhaa..

Berita gembira akhir bulan Mei 2014 adalah aku pregnant anak kedua..Pergi jumpa doktor untuk sahkan..Yup doktor sahkan aku pregnant 5weeks..Then macam biasa keluar mengaudit di Hospital Tanah Merah selama dua minggu..Balik ke ofis sangat gembira share dengan rakan-rakan..Dan dalam pada tu happy sebab takde alahan seperti aku pregnantkan Aleesya..

Masuk 9weeks rasa lain..Aku bleeding..Nervous..Tanya member-member ada yang kata biasa ada yang kata tak biasa..Yang tak biasa agak cuak rasanya..Tanya my sis dia cakap simptom keguguran..Aku masa tu memang down,frust tak boleh nk habaq hang dah..Hubby cakap rilex sambil pujuk hati ni cakap takde pape InshaAllah..

Nak confirm kami ke klinik..Alangkah sedinya aku doktor scan cakap janin kecik je..Ada kemungkinan silent miscarriage..Aku kuatkan lagi cakap tapi saya tak sakit doktor..Doc cakap kalau silent memang tak sakit...Hukhukhuk boleh nangis kat sini tak doc..Doc bgtau lagi janin tak berkembang masa 7weeks..Ikut kiraan masa tu aku dah 9weeks..

Doc tanya..ada buat kerja berat ke..aku cakap saya outstaion..kat rumah macam biasa la orang perempuan buat kerja kan..Doc cakap maybe nak dijadikan sebab dan doc suh sabar je..

Bagitahu hubby dengan sedihnya..Balik rumah terus baring je tak nak pikir langsung..Esoknya rasa tak sedap badan lagi..Baring je sebab taknak things jadi lebih worst..Bleeding lagi..Suddenly aku rasa macam nak meneran..Bagi tahu hubby dia suh baring dalam bilik..Sakit belakang macam period..aku rasa takut sangat nak bangun sebab rasa sesuatu nak keluar..

Lastly aku bangun jugak pegi bilik air dan tak semena-mena dah terkeluar sesuatu itu..Takut dan gerun semua ada..Macam dalam cerita-cerita yang kita tengok kat tv..

Redha..hubby nak masuk tengok..aku siap basuh semua bersih-bersih..Call mak aku..Pergi klinik scan Alhamdulillah xkena DnC..dapat MC 2weeks..Rest kat rumah dan berpantang..

Macam sekelip mata je rasanya..Takde rezeki..Kena terima..Kena redha..

Penutup kisah 2014,memiliki tanah sendiri untuk membina rumah selepas ini..Masih dalam proses kelulusan pelan rumah..Semoga semunya berjalan lancar untukku membina Rumahku Syurgaku..InshaAllah

Alhamdulillah..Tapak rumah kami..Sebelah tu dah siap dah rumahnya tapi belum officially duduk lagi..Masa ni dalam pembinaan lagi..

No comments:

Post a Comment