Search This Blog

Monday, May 18, 2015

10/2015 ~ Mood Hilang Entah Ke mana

Assalamualaikum wbt..

Bila dah stop menulis ni rasa kelu je nak update blog.. Malas pun ada.

Minggu lepas akak start outstation ke Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.
Kerja hakiki..
Menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam.
Sebelum ni dekat-dekat je keluar. Bulan Mei ni jauh jugak la. Aduii letih rasa badan. Minggu ni gap seminggu sebab kena hadir kursus di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak selama 4 hari. Lama kot.

Pastu sambung balik mengaudit HTA.

Me no like ok. Bila kursus datang ni memang stress kot. hahaha.. Tahun ni kursus yang tidak membahagiakan sebab lama nak kena tinggal budak kecik ni.

 

Takde semangat. Kalau tahun lepas masa kursus malam-malam  nangis bawah bantal jugak la teringat kat budak kecik ni. Tahun ni harapnya akak lebih tabah..wakakakaka.. 

Arrgghh malasnya.. Camana la nak bagi datang semangat nak gi kursus ni ye. Banyak kali dah psyco diri sendiri kursus ni bolehla nak rest sikit dari tugas kat rumah tu kan. Tapi bila tentatif kursus tu dah start pukul 8.00 am hingga pukul 10.00 pm, acaner tu nak relax. Akak rasa lagi stress ada ler...bahahhaa

Sape masa kursus tak mengantuk masa dengar ceramah tu memang tabik la. Ada jugak time tak mengantuk kalau kena penceramah yang best kan.. ataupun time kena buat presentation.Huwaaa serik giler rasanya nak pergi kursus. Heartbeat masa tu rasanya kalah pelari pecut.hahaha

Dan satu lagi masalahnya akak ni fobia rasanya nak naik flight. Wat malu je kan..hahhaaha..Entahla kalau diberi pilihan akak rasa baik akak naik kereta je lah..bahahha..

Tapi takleh nak buat apa dah..Dah macam masuk pertandingan fear factor dah akak rasa setiap kali nak naik flight ni. Rasa macam ada rama-rama dalam perut huahuahua.. Nasibla KB KUL ni 45minit je kan.. Gulp telan liur..Pun lama bagi akak tau.. agaggaga

Apa pun mama akan rindukan budak kecik ni.. Oh cepatlah masa berlalu..sob sob sob

  
p/s: Kalau tak pergi kursus takleh ke bos? Bos cakap boleh blah..haha

Thursday, May 7, 2015

9/2015 ~ Percubaan Kali Kedua

Assalamualaikum wbt

Anyon Haseyo

Akak pernah story kat SINI yang akak tengah duk acah-acah train Aleesya untuk fully diapers free akhir bulan April ari tu yang sesi malam punya..Kalau siang hari memang dah berjaya Alhamdulillah syukur, senang je nak train dia.


Well, untuk seminggu yang lepas Alhamdulillah, berjalan lancar prosesnya. Tapi start cuti panjang hari tu, happy sangat gamaknya main dengan sepupu-sepapat, penat dan berliter-liter air di minum tambah pulak dengan panasnya kan. Kesimpulannya memang terbanjir la atas katil..hahaha

 

Sebelum nak masuk tidur tu memang dah suruh dia buang air dulu, maybe sebab banyak sangat minum air kot..Akak pulak tak alert masa tu. Ingatkan dah merdeka la kan. Tapi hukhuk membasuh cadar la gamaknya. But, its ok learn by experience ye dakk..


Then lepas habis cuti ni keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Dalam minggu ni belum ada insiden banjir lagi. Tapi memang kena make sure kencing dulu sebelum tidur. Dalam masa sebelum tidur tu pun kena selalu tanya dia untuk gi buang dulu dulu mana yang patut. Supaya tangki buang kosong..hahaha gitu la maksudnya lebih kurang. Nak explain lelebih tak pandai mana akak pun..haha

 Suka buat muka bila ambik gambar..haha

Actually, tent castle ni beli dah lama kat Tesco masa ada sale rasanya RM39.90.. Sebelum ni duk atas almari je..haha sampai Aleesya pun tak ingat dah pasal tent ni..Dah lama dah duk berkenan kan tent ni tapi mahai sangat idaklah akak nak membelinya. So bila dah murah sket bolehlah ambik letak dalam troli pejam mata..kan, untuk anak.:P

Bila pindah rumah sewa baru ni ada ruang lagi so akak pasangkan aje lah untuk Aleesya main-main dalam tu. Sebab sekarang tengah dok ada mood princess-princess bagai ni so akak pasangkan kasik seprised kat dia sekali. Berbunga-bunga la hati budak kecik ni duk koya-koya jadi Cinderella..hahhaa

Tapi Cinderella still takleh lawan lagi Frozen punya penangan. Akak rasa la sebab duk perati Aleesya ni tak abis-abis dengan gaya Elsa nya..hahha

Korang yang ada anak baya-baya Aleesya 4 tahun ni dah free diapers eh...Alhamdulillah..Kalau belum lagi, takpe takes time.. Jangan putus asa train dorang..Semoga berjaya!

Till then.

Tuesday, May 5, 2015

8/2015 ~ Cuti & Homemade Pizza

Assalamualaikum wbt..

Anyon Haseyo.

Selamat kembali dari bercuti semua..Dah mula kerja dah. Akak baru hari ni masuk office. Cuti nak rehat. Tapi tak rehat jugak sebenarnya.

Isteri yang bekerja ni bila balik rumah pun kena kerja jugak. Dahla 8 jam kat office dah kerja, balik rumah pakai uniform kerja rumah pulak memasak, membasuh, melipat, mengemas, mengurus anak, makan, mandi bla bla bla (nak list down pun rasa letih). Banyak pahala kaum Hawa sebenarnya kan. Kalau kita sedar la..hahaha

1 Mei Hari Pekerja ataupun Hari Buruh jatuh pada hari Jumaat. Kat Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor memang dah cuti pun. Ingatkan cuti Hari Pekerja, akak boleh bergoyang kaki kat rumah minum jus dan makan cikedis sambil menonton drama korea..dah namanya cuti pekerja kan..Mimpi je la bhahaha..

Takde maknanya, kena bersilat jugak kat dapur, kalau tak, nak makan apa hari ni yang? Tak sanggup jugak nak beli makan kat luar dengan hidup yang serba mencabar, ditambah dengan semua barang mahal plus GST bagai ni. Hadoii. Sekali sekala bolehla boleh..Tukar selera gamaknya..hihi

Terer tak akak buat pizza..Ha tak payah nak perabis duit beli kat Pizza Hut la lepas ni..ahahahaha Yummss,



Baru je keluar oven, anak dara tak sabar nak merasa..

Best katanya..Siap mintak sekeping lagi..Lately memang berselera budak kecik ni makan. Alhamdulillah,. Biasanya memang picky eater. Banyak dah cuba vitamins memacam duk beli bagi kat dia, tapi tak jalan, berat pun 10kg je umur 4 tahun, Sekarang Alhamdulillah 11kg..hahaha seriously! 




Buat pizza sempena makan-makan kat rumah mak. Abang ipau belanja satey.




Akak with oldest  sister, Aleen Aleesya & Mimi

Pizza dah lama anak-anak sedara request. Licin pizza akak.Puas hati buat..hehe
Esok tu budak kecik ni request pizza pulak. Amboi dah pandai-pandai request pizza dah anak i.

Bersilat lah akak membuat doh pizza. Entah silap apa doh tak naik pulak,lama jugak la duk tunggu tengok-tengok tak naik jugak.Akak pikir-pikir apa yang silap, hubby cakap takyah pikir la buat je lain.hahaha
So buat ler doh untuk kali kedua..Alhamdulillah, naik dengan jayanya. So kenapa yang tadi tak naik eh? Problem unresolved. Tak tau sebab apa. Akak masih tak terer kot. hahaha

Once again request by budak kecik..
Yang ni budak kecik ni buat sendiri..hahaha dari letak doh dalam plate (entah apa nama dia) sapu sos, letak pepperoni slice,cheese & siap nak angkat letak dalam oven tu..
Worth enough sebab dia makan bertambah-tambah. Pukul 11 malam pun nak pizza lagi.hahaha
Mama is happy..Yeayyy..
Camana nak buat pizza? Senang tak? In case ada yang bertanya..hehe kasi can akak koya-koya sikit. Akak belajar buat pizza dengan MIL. Pernah tinggal dengan MIL sekejap dan sempat la ceduk ilmu dengan dia. Terer la my MIL masak takleh challenge i olls..hehhe

Tapi kalau tanya dia resepi dia cakap mama main campak-campak je..Campak-campak tu is marvellous la mama oii..hehe..

Tapi kalau aku yang buat stail campak-campak tu alamatnya memang kena campak la makanan tu..bahahahaha..

Resepi Pizza  Pepperoni Gaya Akak
Doh
Sos Pizza
Cheese
Minyak
Oregano
Pepperoni Slice (Ayam/Daging) (sosej pun boleh)

Doh
Tepung High Protein (tak de sukatan,ikut suka nak buat banyak mana.)
1 paket yis 11g
Garam 
Gula
Minyak
Air suam

Cara-cara
1. Masukkan tepung high protein, ikut suka janganla berkilo-kilo pulak ye,akak buat tu setengah kilo pun tak habis tepung tu.
2. Lepas tu bancuh yis dengan air suam,secawan kecik jer. Masukkan ke dalam yang berisi tepung tadi. Gaulkan.
3. Lepas tu bancuh lagi secawan air suam bersama dengan secubit garam dan gula. Jangan habiskan,tengok keadaan adunan dulu.
4. Masukkan air bancuhan gula dan garam ke dalam adunan. Kacau sebati.
5. Kalau nampak adunan tu melekit, boleh tambah tepung ataupun kalau nampak adunan tu macam tak berapa nak sebati boleh tambah air bancuhan gula tu sikit demi sedikit. Gitu.
6. Bila adunan dah menjadi doh (adunan tadi tak melekat dalam mangkuk yang digunakan tu) masukkan sedikit minyak dan uli hingga sebati sehingga boleh dibentuk bulat.
7. Ambil tuala dan basahkan dan biarkan tuala tersebut lembap dan tudungkan tuala tersebut di atas mangkuk doh anda. Biarkan seketika sehingga doh anda naik dua kali ganda dari yang asal.
8. Tinggalkan doh tersebut biar ianya mengembang

Sos Pizza
Isi Ayam
Sos Spagehetti Bolognese Kimball/Prego
Bawang Besar (potong dadu)
Gula 
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Masuk minyak, bila panas masukkan potongan bawang besar, bila bawang dah layu masukkan isi ayam yang telah dibersihkan.
2. Bila dah agak-agak isi ayam masak, kemudian masukkan sos spaghetti (ikut suka) kacau dan masukkan sedikit air, gula dan garam.
3. Kecap la ye nak macam mana rasanya sos pizza u olls. Nak tambah pape lagi ke.
4. Tutup api bila dah mendidih dan rasa sos tadi tu dah meletop baq hang.

Cara-cara terjadinya sebiji Pizza:
1. Sapukan minyak pada plate yang korang nak masakkan pizza. Ambik doh yang telah membesar dari saiz asal tu (Kalau doh korang tak membesar,korang buat ler yang lain ye, sayang kat sos tu kalo tak jadi pizza korang).hiks
2. Kemudian ratakan doh tadi kat atas plate, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat ye. Kalau tebal nanti cemuihh pulak hang nak perabih roti pizza tu..ahahha pandai-pandai la ye. Akak pun acam tu tu jugak..
 3.Sapu sos tadi, letak pepperoni slice/sosej tu kat atas,ikut u olls la kalau rasa nak nikmatnya, letak la bebanyak..then taburkan cheese ( akak biasa beli cheddar yang block then parutkan ia dengan cheese grater tu)
3. Part ni memang best. Tabur cheese tu memang macam pro like chef wan dah tangan rasanya..hahaha. Kalau nak menternak badan boleh la taburkan sampai tak nampak bahan-bahan lain kat atas pizza tu.
4. Akhir sekali tabur kan jugak oregano. Sesikit je, jangan tabur macam kau tabur cheese tu ye..
5. Ok siap,boleh masukkan ke dalam oven. Opps sebelum tu lebih baik panaskan dahulu ye oven.

Ok tang suhu dan lama mana ni pun akak pepandai jugak, bukan main campak ye, sebab kalau campak oven tu nanti tak terbakor pulak pizza u ollss. Hahahha ok tak lawak.

Akak setkan suhu 150 darjah pastu bakar dalam 20 minit, tengok keadaan la, akak pakai oven murah je bukan yang panasonic bagai pun jadik selalu nak kena perati tengok. Once in a while, kena cek tengok jugak kang hangit tak pasal-pasal.hahaha Sayang wehh banyak modal kat situ..hahaha

Ok dan siap. Taraaaa..

Repost gambar yang sama in case kalau korang taknak scroll kat atas.hahaha..Walla


Panjangnya resepi akak. hahhaah kalah chef-chef lain kat dunia ni..ahahhaha.


p/s: Kalau tak jadik pizza korang jangan salahkan akak ye..hahaha. Mulakan dengan Bismillah Insha Allah jadi..Selamat mencuba! Daebak!!

Till then.