Search This Blog

Tuesday, May 5, 2015

8/2015 ~ Cuti & Homemade Pizza

Assalamualaikum wbt..

Anyon Haseyo.

Selamat kembali dari bercuti semua..Dah mula kerja dah. Akak baru hari ni masuk office. Cuti nak rehat. Tapi tak rehat jugak sebenarnya.

Isteri yang bekerja ni bila balik rumah pun kena kerja jugak. Dahla 8 jam kat office dah kerja, balik rumah pakai uniform kerja rumah pulak memasak, membasuh, melipat, mengemas, mengurus anak, makan, mandi bla bla bla (nak list down pun rasa letih). Banyak pahala kaum Hawa sebenarnya kan. Kalau kita sedar la..hahaha

1 Mei Hari Pekerja ataupun Hari Buruh jatuh pada hari Jumaat. Kat Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor memang dah cuti pun. Ingatkan cuti Hari Pekerja, akak boleh bergoyang kaki kat rumah minum jus dan makan cikedis sambil menonton drama korea..dah namanya cuti pekerja kan..Mimpi je la bhahaha..

Takde maknanya, kena bersilat jugak kat dapur, kalau tak, nak makan apa hari ni yang? Tak sanggup jugak nak beli makan kat luar dengan hidup yang serba mencabar, ditambah dengan semua barang mahal plus GST bagai ni. Hadoii. Sekali sekala bolehla boleh..Tukar selera gamaknya..hihi

Terer tak akak buat pizza..Ha tak payah nak perabis duit beli kat Pizza Hut la lepas ni..ahahahaha Yummss,



Baru je keluar oven, anak dara tak sabar nak merasa..

Best katanya..Siap mintak sekeping lagi..Lately memang berselera budak kecik ni makan. Alhamdulillah,. Biasanya memang picky eater. Banyak dah cuba vitamins memacam duk beli bagi kat dia, tapi tak jalan, berat pun 10kg je umur 4 tahun, Sekarang Alhamdulillah 11kg..hahaha seriously! 




Buat pizza sempena makan-makan kat rumah mak. Abang ipau belanja satey.




Akak with oldest  sister, Aleen Aleesya & Mimi

Pizza dah lama anak-anak sedara request. Licin pizza akak.Puas hati buat..hehe
Esok tu budak kecik ni request pizza pulak. Amboi dah pandai-pandai request pizza dah anak i.

Bersilat lah akak membuat doh pizza. Entah silap apa doh tak naik pulak,lama jugak la duk tunggu tengok-tengok tak naik jugak.Akak pikir-pikir apa yang silap, hubby cakap takyah pikir la buat je lain.hahaha
So buat ler doh untuk kali kedua..Alhamdulillah, naik dengan jayanya. So kenapa yang tadi tak naik eh? Problem unresolved. Tak tau sebab apa. Akak masih tak terer kot. hahaha

Once again request by budak kecik..
Yang ni budak kecik ni buat sendiri..hahaha dari letak doh dalam plate (entah apa nama dia) sapu sos, letak pepperoni slice,cheese & siap nak angkat letak dalam oven tu..
Worth enough sebab dia makan bertambah-tambah. Pukul 11 malam pun nak pizza lagi.hahaha
Mama is happy..Yeayyy..
Camana nak buat pizza? Senang tak? In case ada yang bertanya..hehe kasi can akak koya-koya sikit. Akak belajar buat pizza dengan MIL. Pernah tinggal dengan MIL sekejap dan sempat la ceduk ilmu dengan dia. Terer la my MIL masak takleh challenge i olls..hehhe

Tapi kalau tanya dia resepi dia cakap mama main campak-campak je..Campak-campak tu is marvellous la mama oii..hehe..

Tapi kalau aku yang buat stail campak-campak tu alamatnya memang kena campak la makanan tu..bahahahaha..

Resepi Pizza  Pepperoni Gaya Akak
Doh
Sos Pizza
Cheese
Minyak
Oregano
Pepperoni Slice (Ayam/Daging) (sosej pun boleh)

Doh
Tepung High Protein (tak de sukatan,ikut suka nak buat banyak mana.)
1 paket yis 11g
Garam 
Gula
Minyak
Air suam

Cara-cara
1. Masukkan tepung high protein, ikut suka janganla berkilo-kilo pulak ye,akak buat tu setengah kilo pun tak habis tepung tu.
2. Lepas tu bancuh yis dengan air suam,secawan kecik jer. Masukkan ke dalam yang berisi tepung tadi. Gaulkan.
3. Lepas tu bancuh lagi secawan air suam bersama dengan secubit garam dan gula. Jangan habiskan,tengok keadaan adunan dulu.
4. Masukkan air bancuhan gula dan garam ke dalam adunan. Kacau sebati.
5. Kalau nampak adunan tu melekit, boleh tambah tepung ataupun kalau nampak adunan tu macam tak berapa nak sebati boleh tambah air bancuhan gula tu sikit demi sedikit. Gitu.
6. Bila adunan dah menjadi doh (adunan tadi tak melekat dalam mangkuk yang digunakan tu) masukkan sedikit minyak dan uli hingga sebati sehingga boleh dibentuk bulat.
7. Ambil tuala dan basahkan dan biarkan tuala tersebut lembap dan tudungkan tuala tersebut di atas mangkuk doh anda. Biarkan seketika sehingga doh anda naik dua kali ganda dari yang asal.
8. Tinggalkan doh tersebut biar ianya mengembang

Sos Pizza
Isi Ayam
Sos Spagehetti Bolognese Kimball/Prego
Bawang Besar (potong dadu)
Gula 
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Masuk minyak, bila panas masukkan potongan bawang besar, bila bawang dah layu masukkan isi ayam yang telah dibersihkan.
2. Bila dah agak-agak isi ayam masak, kemudian masukkan sos spaghetti (ikut suka) kacau dan masukkan sedikit air, gula dan garam.
3. Kecap la ye nak macam mana rasanya sos pizza u olls. Nak tambah pape lagi ke.
4. Tutup api bila dah mendidih dan rasa sos tadi tu dah meletop baq hang.

Cara-cara terjadinya sebiji Pizza:
1. Sapukan minyak pada plate yang korang nak masakkan pizza. Ambik doh yang telah membesar dari saiz asal tu (Kalau doh korang tak membesar,korang buat ler yang lain ye, sayang kat sos tu kalo tak jadi pizza korang).hiks
2. Kemudian ratakan doh tadi kat atas plate, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat ye. Kalau tebal nanti cemuihh pulak hang nak perabih roti pizza tu..ahahha pandai-pandai la ye. Akak pun acam tu tu jugak..
 3.Sapu sos tadi, letak pepperoni slice/sosej tu kat atas,ikut u olls la kalau rasa nak nikmatnya, letak la bebanyak..then taburkan cheese ( akak biasa beli cheddar yang block then parutkan ia dengan cheese grater tu)
3. Part ni memang best. Tabur cheese tu memang macam pro like chef wan dah tangan rasanya..hahaha. Kalau nak menternak badan boleh la taburkan sampai tak nampak bahan-bahan lain kat atas pizza tu.
4. Akhir sekali tabur kan jugak oregano. Sesikit je, jangan tabur macam kau tabur cheese tu ye..
5. Ok siap,boleh masukkan ke dalam oven. Opps sebelum tu lebih baik panaskan dahulu ye oven.

Ok tang suhu dan lama mana ni pun akak pepandai jugak, bukan main campak ye, sebab kalau campak oven tu nanti tak terbakor pulak pizza u ollss. Hahahha ok tak lawak.

Akak setkan suhu 150 darjah pastu bakar dalam 20 minit, tengok keadaan la, akak pakai oven murah je bukan yang panasonic bagai pun jadik selalu nak kena perati tengok. Once in a while, kena cek tengok jugak kang hangit tak pasal-pasal.hahaha Sayang wehh banyak modal kat situ..hahaha

Ok dan siap. Taraaaa..

Repost gambar yang sama in case kalau korang taknak scroll kat atas.hahaha..Walla


Panjangnya resepi akak. hahhaah kalah chef-chef lain kat dunia ni..ahahhaha.


p/s: Kalau tak jadik pizza korang jangan salahkan akak ye..hahaha. Mulakan dengan Bismillah Insha Allah jadi..Selamat mencuba! Daebak!!

Till then.


No comments:

Post a Comment