Search This Blog

Thursday, February 11, 2010

Cuti!!!

Hye semua..waaa saat ditunggu telah tiba..next week cuti (Ahad & Isnin) sempena CNY, so lama la sikit sebab gabung sekali dengan Jumaat & Sabtu..Bestnye.. Cuti ni jugak kakak aku n her family yang kat Selangor balik..lama gak xjumpa ngan anak-anak buah aku yang dok jauh ni..tambah2 si kecil Nur Aleena..haisy,dah besar ke ek? Masa dia balik cuti Hari Raya Aidilfitri ari u masih baby lagi..

This coming holiday jugak ada family gathering kat Perdana Resort..tapi macam rushing je sebab ada event lain pulak lepas tu..Event penting..mmm,hopefully semuanya berjalan lancar..Ok that's all,segala picturesss pada event2 tersebut aku updatekan nanti yerk..maybe lepas cuti..hehehe..Ok selamat bercuti you alll...daaaa..

Wednesday, February 10, 2010

Kursus Induksi

Salam..hye semua..aku xtau good news or bad news..Pada khamis lepas aku dapat surat jemputan menghadiri Kursus Induksi JAN pada 22 Februari 2010 - 25 Mac 2010 di Akademi Audit Negara Nilai Negeri Sembilan.. Pergh lama giler kursus ni..Sebulan gak la..Kursus ni merupakan salah satu syarat bagi pengesahan dalam perkhidmatan untuk pegawai-pegawai Audit.. So by hook or by crook,aku kena pi jgk la..

Bila fikirkan tentang aktiviti n ilmu yang akan diperolehi masa kursus kira ok la,nak gi..tapi bila teringat tempoh masa yang agak lama berada di sana aku terasa agak mmm susah nk diexplainkan perasaan buat masa ini..Aku harap tempoh sebulan itu cepat berlalu dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan..(hopefully!!).

Aku ada gak tanya senior2 yang dh pegi Kursus Induksi before this.. Diorang cakap best..mm hopefully aku enjoy berkursus n menimba ilmu dalam bidang pengauditan ni. Adios.

Thursday, February 4, 2010

A New Beginning~

Hye semua.. kan aku ada bgtau masa aku demam aku sempat lagi beli tudung bawal kosong n benang sulam tangan..hehehe, my new hobby..aku teruja sangat tengok kesenian sulaman (benang dan manik) Lagi bangga bila tengok ramai wanita-wanita especially kaum-kaum ibu ni siap belajar n masuk kelas sulaman untuk belajar lebih lagi tentang sulaman ni.. dan ada mereka yang berjaya menjadi bussinesswoman dengan hanya mengambil upah menjahit manik pada baju-baju kurung/kebaya dll serta membuat sendiri sulaman tudung pada tudung bawal.

Aku begitu tertarik melihat kehalusan dan kekreatifan diarg semua melakar design pada baju2 dan tudung..Ada yang buat blog sendiri dan bila dah berjaya antara mereka shared design masing2..Ada pula yang sanggup berkongsi idea dan membuat kelas sulaman kepada sesiapa yang berminat untuk belajar seni tangan yang sungguh indah ini..wah ayatku sama macam org buat dokumentari pulak.

Oleh kerana asyik sangat aku melihat kecantikan design sulaman tangan ni membuatkan aku berusaha untuk belajar dalam bidang sulaman..Tapi aku belajar melalui buku dan internet je.. Masih tidak berpeluang untuk mengikuti mana-mana kelas sulaman sebab clash dengan kerja dan kebanyakan kelas sulaman diadakan di KL shja.. Kalau nk request kelas dengan sifunya boleh aja tp maksimum penyertaan adalah 10 org..mn aku nk cr member yg mempunyai minat yg sama mcm aku ni..

Susah sangat nak belajar kalu xde cikgu..like what i said aku belajar melalui internet n kn perhatikan betul2 tutorial yang dia ajar..aku tgk buku huhuhu..Punyala susah nk buat bunga rose xjadi,bunga daisy jadi leper,buat-buat xjadi..banyak kali jugak..smpai aku give up..taknak belajar dah..Aku letak peralatan menjahit aku kat tepi..Aku merajuk..hahahaha kelakar sngguh bl ingat time tu..nk mengangis pn ada..

Lastly, berkat kesabaran dan pertolonganNya, aku mendapat ilham..aku buat mengikut kefahamn aku,taknak rujuk buku atau internet. Alhamdulillah..aku dh pandai buat bullion rose dan lazy daisy..Rasa kepuasan kehatian sangat2..Dan banyak la angan2 kat dalam kepala aku ni..nak sulam kat baju la,kat tudung...hehehehe..jom tgk hasil yang aku buat..

TADAAA...

Camana? cantik tak? Bolehla ek..budak-budak baru belajar..seni nmpak kaku lg tu..tp xpe, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..Yesza!!!
p/s: yang aku buat tu namanya teknik sulaman bullion rose, laizy daisy,fish bone,stem stitch,jahit kia dan fly stitch..

Tonsil Oh Tonsil

Hye..seperti yang dijanjikan, aku akan bgtau sket info pasal tonsil mengikut web2 yg aku baca..

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

Atasi penyakit ini diperingkat awal walaupun anda merasakan anda bebas dari mendapat penyakit ini..

Tonsil Oh Tonsil

Hellow..hw are you..(versi abd kasim)...
salam..hye semua..lama aku xupdate blogku ini..bz siapkan report..xnyempat nak terjah blog..fb je sempat..hehehehe..ni nak stori2 sket pada hari isnin 1/02/10 waktu aku balik kerja aku rasa tak sedap badan..tekak aku sakit..sampai je rumah lepas mandi, solat dan makan aku rasa mcm xlarat..pkl 10pm lg aku tido..

Esoknya tak larat dh nk bangun pi keje..trs sms bos aku cakap aku MC sehari sbb demam.. rupa2nya yang sakit tekak tu sbb tonsil aku bengkak..punyala besar bengkaknya sampai demam..adeh, sakit tekak lagi,seksa nk telan air liur, nk mkn pn sakit..nk cakap ngan orang pun xde mood..

Dalam pukol 8 aku bangun n mandi2 terus pi klinik ambik MC..doktor cakap tonsil aku bengkak..mm aku dh agak dh..sbb bukan sekali dua aku kena..aku ni makan xpantang..minum air yang sejuk..kalu sehari xminum "tea o beng" xsah.. dl doktor dh inform aku suh pantang sket makan..tp aku dh pantang dh..dh kurang dh minum ais..kalu dh nak sakit nk wat cmana kan..

Kembali kepada cerita asal..so doktor bg aku ubat n MC sehari dan chargenya RM30..amboi mahalnya..dh banyak sangat ubatnya, demam,selsema,antibiotik dan ubat untuk kurangkan sakit tekak..klinik private biasalah..malas nk GH, sbb ramai orang, xlarat nk tnggu..doktor nasihatkan aku supaya minum air suam n air masak banyak2..alrite doc..

So lepas buat pembayaran kt kaunter aku pn terus blah.. Dalam xlarat tu aku sempat lg pi beli kain tudung bawal n benang sulam tangan..hahaha..semangat nak belajar nih..so lepas habis duit buat kali kedua aku pn balik rumah..makan ubat n rest2 jap..punyala pahit ubat selsema tu..xpenah lagi aku alah pada ubat ni..memang pahit giler..haisy..

Bestnya hari ni aku dapat berehat kat rumah..tapi aku banyak baring je..dan sempat lagi tu dk belajar menyulam..hehehe..ok takat ni dl..dh panjang aku rs entri ni.. Kat bawah ni la hadiah ubat yang doktor bagi kat aku..bnyak kan..nk kena habiskan tu..hehehe antibiotik je la..lalalla..

p/s: Info pasal tonsil akan aku explain pd next entri..