Search This Blog

Thursday, February 4, 2010

A New Beginning~

Hye semua.. kan aku ada bgtau masa aku demam aku sempat lagi beli tudung bawal kosong n benang sulam tangan..hehehe, my new hobby..aku teruja sangat tengok kesenian sulaman (benang dan manik) Lagi bangga bila tengok ramai wanita-wanita especially kaum-kaum ibu ni siap belajar n masuk kelas sulaman untuk belajar lebih lagi tentang sulaman ni.. dan ada mereka yang berjaya menjadi bussinesswoman dengan hanya mengambil upah menjahit manik pada baju-baju kurung/kebaya dll serta membuat sendiri sulaman tudung pada tudung bawal.

Aku begitu tertarik melihat kehalusan dan kekreatifan diarg semua melakar design pada baju2 dan tudung..Ada yang buat blog sendiri dan bila dah berjaya antara mereka shared design masing2..Ada pula yang sanggup berkongsi idea dan membuat kelas sulaman kepada sesiapa yang berminat untuk belajar seni tangan yang sungguh indah ini..wah ayatku sama macam org buat dokumentari pulak.

Oleh kerana asyik sangat aku melihat kecantikan design sulaman tangan ni membuatkan aku berusaha untuk belajar dalam bidang sulaman..Tapi aku belajar melalui buku dan internet je.. Masih tidak berpeluang untuk mengikuti mana-mana kelas sulaman sebab clash dengan kerja dan kebanyakan kelas sulaman diadakan di KL shja.. Kalau nk request kelas dengan sifunya boleh aja tp maksimum penyertaan adalah 10 org..mn aku nk cr member yg mempunyai minat yg sama mcm aku ni..

Susah sangat nak belajar kalu xde cikgu..like what i said aku belajar melalui internet n kn perhatikan betul2 tutorial yang dia ajar..aku tgk buku huhuhu..Punyala susah nk buat bunga rose xjadi,bunga daisy jadi leper,buat-buat xjadi..banyak kali jugak..smpai aku give up..taknak belajar dah..Aku letak peralatan menjahit aku kat tepi..Aku merajuk..hahahaha kelakar sngguh bl ingat time tu..nk mengangis pn ada..

Lastly, berkat kesabaran dan pertolonganNya, aku mendapat ilham..aku buat mengikut kefahamn aku,taknak rujuk buku atau internet. Alhamdulillah..aku dh pandai buat bullion rose dan lazy daisy..Rasa kepuasan kehatian sangat2..Dan banyak la angan2 kat dalam kepala aku ni..nak sulam kat baju la,kat tudung...hehehehe..jom tgk hasil yang aku buat..

TADAAA...

Camana? cantik tak? Bolehla ek..budak-budak baru belajar..seni nmpak kaku lg tu..tp xpe, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..Yesza!!!
p/s: yang aku buat tu namanya teknik sulaman bullion rose, laizy daisy,fish bone,stem stitch,jahit kia dan fly stitch..

2 comments: