Search This Blog

Monday, July 1, 2013

Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013

Salam...

Korang minat bola tak..Aku tak minat sangat..Takleh tengok nanti kena heart attack..Aku yang tengok ni rasa letih inikan pulak dorang yang main..Nak rebut bola yang satu dengan yang lain..Nasib baik lah aku ni bukannya die hard fans bola ni..Tempatan ataupun antarabangsa..hehehe..Setakat tengok jelah..Tapi aku kenal jugak beberapa pemain bola sepak kebangsaan tu..Nak test ke..hehehe Setakat Apek,Mat Yo,Aidil,Zaquan,Safee,Shafiq Rahim,Mahali.dll..So tu yang kebangsaan la kan, tak fair la kalo tak tau player The Red Warriors kan..PIYA,Daudsu,Indra,Farhan,Shakir,Farisham,Fakri,Obina dan Dickson, dll jugak..huihh kemain aku mengingatnya..hahhaa

Pada 29 Jun 2013 jam 8.45 malam bermula sepak mula antara Kelantan The Red Warriors melawan Johor Darul Takzim (JDT)..Aku setakat menonton di televisyen sahaja..Tak pernah lagi menonton di stadium..Jadila menyokong dari belakang..

Tengok bola ni adrenalin aku bergerak laju pantas..Hahaha..Menjerit bagai nak rak kalau player nak score goal..Apatah bila dah gol..Alhamdulillah pada separuh masa pertama Farhan telah menggembirakan hati rakyat Kelantan dengan satu gol..Yeayyyyyyyy bersorak girang penonton dan peminat di stadium dan di rumah...PIYA memang deserve Man Of The Match..Separuh masa pertama memang banyak jugak la cubaan gol dari Kelantan..Bagus la keeper JDT..

Dan masa perlawanan berlangsung tu jugak dari apa yang aku tengok dan korang yang menonton pun mesti dapat tengok yang Apek keeper TRW juga banyak kali "dilenyek" oleh Nunez..hahhaha..Kesian pulak kat Apek, dia kecik dan Nunez pulak besor..hahha..Tapi itulah standard la jadi keeper nak selamatkan gawang time tu la cedera..

Separuh masa kedua trial dari JDT amat membimbangkan.. Dengan Mat Yo dan Awe..apa-apa boleh jadi..Setelah 5 minit tambahan masa aku punya debaran sampai tak boleh tengok dah..Kenapa la lama sangat..Well akhirnya kemenangan berpihak kepada Kelantan TRW..Alhamdulillah...Kemenangan membuktikan pahlawan-pahlawan TRW kami hebat berbanding pemain berbintang-bintang..Well its my personal opinion..JDT,tahniah jugak sebab dah sampai ke Final..tapi kesian pulak kat Safee sebab kejap je masuk tapi dah dikeluarkan oleh coach..Tak sempat dia nak jaringkan gol buat JDT..Macam kecewa je muka dia..

Ok,Kelantan dan umum cuti hari ahad..yeayay itu yang penting..3 hari cuti sangat best.. Sebelum perlawanan berlangsung,Radio Era deal dengan Radio THR kalau Kelantan menang dorang nak mainkan lagu-lagu Kelantan dan same goes to THR kalau JDT menang dorang akan mainkan lagu penyanyi Johor..Hari ni dengan lagu-lagu Kelantan di Era..hahaha..Ada yang aku tak pernah dengar pun..

Credit foto Era.fm