Search This Blog

Tuesday, October 30, 2012

Kelantan VS Treble 2012

Salam..
 
Hai apa khabar semua..Belum terlambat nak ucap tahniah pada pasukan bola sepak Kelantan TRW kerana telah memenangi Piala Malaysia 2012 menetang pasukan ATM..Persaingan memang sengit..Semasa perlawanan berlangsung aku rasa memang berdebar-debar..Memang tak boleh nak duduk diam..Tak nak tengok tapi nak tengok..Apa pun kedua-dua pasukan memang hebat..Boleh berbangga dengan pencapaian bola sepak Malaysia sekarang ni walaupun bukan 100%.. Dan pujian kepada pasukan bola sepak Kelantan terutama sekali kerana beberapa tahun ini telah menunjukkan peningkatan mendadak di bawah kendalian Tan Sri Annuar Musa dan di bawah tiga coach yang berbeza..
 
Kalau tak,dulu-dulu selalu direndah-rendahkan..Seingat aku last aku tengok pasukan Kelantan masuk match besar semasa Hashim Mustapha pakai jersi no.10..yeke tidak aku pun tak pasti..Ingat-ingat lupa sebab masa tu aku sekolah rendah lagi..Ketika itu Kelantan menentang Kedah..Tetapi kemenangan tidak berpihak kepada Kelatantan dan aku rasa sedih sangat sampai la bertahun-tahun tak tengok bola..Dan aku pun tak tahu bila masanya bola sepak Kelantan bangkit kembali dan penyokong-penyokong kembali penuhkan stadium..Orang kata penyokong Kelantan ni fanatik..Betul ke? Bagi aku bukan fanatik tapi perkataan sesuai ialah semangat..Yelah,kalau takde orang yang sokong maka tak bestla pemain nak main kan..Nak main tapi takde orang datang sokong dan tengok..Sedih kan..
 
Tahun ni Kelantan dapat kemenangan Treble..Alhamdulillah..Dan setiap kali Kelantan ke perlawanan akhir especially di Shah Alam ataupun Bukit Jalil esoknya mesti dapat cuti peristiwa diluluskan oleh MB Kelantan supaya esoknya takdelah orang yang rushing sangat nak balik Kelantan bawak kereta..
 
Ok,kegembiraan Kelantan memenangi Piala Malaysia 2012 disambut bagai pesta..Semasa pasukan TRW bawak balik Piala Malaysia 2012 ke Kelantan kemain ramai yang eskot dari airport..Semangat kan..Alah bukan Kelantan je kan..Aku pasti negeri lain pun macam tu jugak sokongannya kepada pemain-pemain..Ok,kredit to Mat Yo dan Indra kerana telah membuat jaringan semasa perlawanan dan Indra adalah wira bagi Kelantan kerana jaringannya pada masa tambahan menjulang Kelantan sebagai Juara Piala Malaysia 2012..Mat Yo pulak tak kurang hebat sebab memenangi Man Of The Match semasa perlawanan...As for sure,Kapten TRW bak kata ore Kelate,kemah keming Piya..Good Job Piya...Kelantan menewaskan ATM dengan 3-2..

Pict from kelate.net


Thursday, October 25, 2012

Me Vs Masterchef Malaysia 2

Assalamualaikum wbt..
 
Huh,buka-buka entry dah mengeluh kan..last week outstation ke Gua Musang..Tak menjenguk opis pun..Letihnya..Minggu ni pulak ke Pasir Mas..Jalan je kerjanya..
 
Straight to the point,aku dengan Masterchef memang takleh dipisahkan..hahaha..Masa kat Gua Musang pun still bercita-cita nak tengok lagi kan..Tapi kat hotel dia set up Astro Arena je..hampeh tol..Tapi aku boleh jugak tengoknya,pi umah adik aku la, kat Ladang Sungai Terah..hahaha dalam 11km jugak la..Ok la sebab boring kat hotel takde apa nak buat pun..
 
Ok,dah lupa pulak sape tersingkir dulu..hahaha..oo ok dah ingat dah..Thelson,masa cabaran berkumpulan kat balai bomba, kumpulan biru dapat 5 markah je..Memang masuk rekod sebab first time challenge dapat 5 undi je..Mengamuk Chef...Sampai brainstorming pun dekat setengah jam..Menjawab la si Thelson ni nape boleh jadi macam tu..Tapi macam biasa la Thelson banyak alasan pulak dia bagi kat chef..Last Chef kata Kapten tak kemudi kapal dengan baik..Cabaran penyingkiran pulak buat Nasi Ayam,tapi nak buat macam mana dah takde rezeki Thelson kat Masterchef,akhirnya dia tersingkir...
 
Lepastu next pulak Hafiz terkeluar,sepatutnya takpun tapi sebab ada tragedi oktober telah berlaku,jadi Hafiz terpaksa masuk ke pusinga penyingkiran dan tersingkir..Sedih pulak sebab Hafiz ni pandai masak dan pernah menang Peti Saji Misteri,dah rezeki dia setakat situ je..
 
Habis pulak situ,sajian luar Team Biru pulak menang yang diketuai oleh Puan Rosmah..Masak untuk bikers Harley Davidson..So Team Merah ke pusingan penyingkiran yang diketuai oleh Nora...Kena buat pastri..Oleh kerana tak ikut tema,Ilaika terkeluar..
 
Wah dah ramai yang terkeluar ye..minggu ni pulak lagi best..hahahaha..tengok pada komen di facebook ramai yang suka peserta ni keluar..Nasib badan la,sape suruh mulut laser sangat kan..So next penyingkiran ialah Joharis..Ada sape-sape yang sedih tak Jo yang keluar??
 
Tapi mengikut komen-komen di Page Masterchef,ada dua orang lagi peserta yang penonton nak dia keluar..siapakah gerangannya?? haaahahaha..kena la tengok  fanpage masterchef ye kawan-kawan..
 
Lepas Jo,semalam paling sedih masa penyingkiran..Iaitu Adly..Cikgu Ismail menangis tak hengat..Maybe dia rapat dengan Adly kot..Tapi yelah,sebak jugak Adly masa bagi komen...Tak sangka dia keluar...Dia antara peserta lelaki yang tak bermulut l******g...xkutuk kawan-kawan lain...Well itu dah rezeki dia.
 
Ok tunggu minggu depan pulak...Malam ni Kuliah Master..best tengok tips chef..Ok babai..
 

Thursday, October 11, 2012

Me Vs Korean + Japanese Series

Assalamualaikum wbt...
 
Hye semua..korang suka tak layan korean punya dramas..Dulu-dulu aku suka sangat-sangat-sangat..Biasala masa belajar dulu memang layan la cerita-cerita korea ni..Pastu mula lah berangan tak hengat...Sampai bercita-cita nak gi Korea...Hahaha...tinggi sangat cita-cita..Layan-layan aku pun takdela sampai berhabis duit ptptn wat beli cd yer..Masa belajar dulu main pinjam-pinjam je..Ada setengah tu siap wat rental cd ha kauuu..Balik modal la..hehehe
Ada jugak yang aku baru tengok tapi cerita tu dah bertahun..hihihii..Lantakla kan..Aku layankan aje..Tapi semenjak dah anak ni aktiviti ni dah stop..Takde masa agaknya..
Ok,ni antara dramas-dramas yang pernah aku tengok..Wahhh,tak banyak pun macam orang lain..tapi ada la..Aku saja je wat masuk dalam blog nanti boleh ingat balik memory masa tengok citer ni..Best je,hati berbunga-bunga..Jalan tak berpijak di bumi nyata..Terasa di awang-awangan..hahaha..Sangat lalai ye..Jadi kepada perahu-perahu kecil,jangan nak terpesong sangat..Tengok aje,jangan nak feeling lelebih..Cerita je tu semata-mata...Ok jom scroll out..

 
1. Title: With Love

 Synopsis:

It all started when Takashi (Takenouchi), a talented composer who could not write a love song ever since his girlfriend Rina left him suddenly, accidentally sent an uncompleted piece of his latest work to Amane (Tanaka) via email. Deeply touched by his music, Amane wrote back to him, without getting a reply. Amane continued writing to him, pouring out her thoughts. Only when she signed as "Teru Teru Bozu", did Takashi responded with a mail saying "WHO ARE YOU?", because what Rina left him as a farewell gift was a teru teru bozu! --JDora
Casts: Fujiwara Norika, Oikawa Mitsuhiro, Takenouchi Yutaka, Tanako Misato

 


2. Title: Winter Sonata

Synopsis


Joon-sang moves to a new high school in search for his biological father. Yu-jin and Sang-hyuk are close childhood friends, although Sang-hyuk wants to be more than a friend, Yu-jin sees him as a brother. On a trip together with other high school mates, Oh Chelin , Jin-suk and Yong-kuk , Yu-jin is saved after an accident by Joon-sang. They become close and she opens up his cold heart. However, circumstances and fate dictate that their love will never be. He abruptly disappears from their lives.

Ten years later, the old High School buddies gather to celebrate Yu-jin and Sang-hyuk’s soon-to-be wedding. Yu-jin, who was deeply in love with Joon-sang, still has a fire in her heart for him. But at the party, Oh Chelin’s new boyfriend arrives, who appears the same as Joon-sang.

Cast: Bae Yong Jun as Kang Joon-sang/Lee Min-hyung, Choi Ji Woo as Jung Yu-jin, Park Yong Ha as Kim Sang-hyuk, Park Sol Mi as Oh Che-lin



3. Title: Autumn Tale

Synopsis

Yoon Joon-suh and Yoon Eun-suh grew up as siblings but Eun-suh was in fact from a different family as there was a mixed up at the hospital where she was borned.The switch came to light when Eun-suh was involved in a car accident and it was discovered that her blood type was different from her parents. Eun-suh’s life took a complete turn when the 2 girls were returned to their respective families. Soon after, the Yoon family left for the States and Eun-suh was left living in sordid condition with her real family in Korea. Years after, Joon-suh returned to Korea and by chance the two former siblings were reunited.

Cast: Song Seung Hun as Yun Joon Suh, Song Hye Kyo as Yun/Choi Eun Suh, Won Bin as Han Tae Suhk, Han Na Na as Shin Yu Mi

 
4. Title: A Moment To Remember
Synopsis

A career woman Soo-jin who has everything and was born with a silver spoon in her mouth gets dumped by her already-married boyfriend. She tries to get over him and forget. One day she bumps into a poor carpenter, Cheol-soo whose only goal in life is to become an architect, and she becomes attracted to him. They finally fall in love and get happily married. Now that she thinks she found the right one, she has to face the undeniable fact that she has a disease which is erasing her memories.
Cast: Son Ye Jin as Su-jin, Jung Woo Sung as Cheol-su, Baek Jong Hak as Seo Yeong-min

5. Title: My Sassy Girl
Synopsis
The film tells the love story of a male , Gyeon-woo,. Gyeon-woo just cannot seem to catch a romantic break. One day, at dinner, Gyeon-woo is interrupted by a call from his mother, telling him to visit his aunt and meet a potential date. At the train station on his way to his aunt's, he observes a drunk girl, standing precariously close to the edge of the train platform as the train approaches; he pulls her to safety just in time. Inside the train, Gyeon-woo cannot help but stare at the girl who is his "type" but repulsed by her drunkenness. Finally, she throws up on a passenger and faints but not before she calls Gyeon-woo "honey". The passenger aggressively chides Gyeon-woo and tells him to take care of his "girlfriend". Gyeon-woo, completely flustered, carries her all the way to the nearest hotel.
Cast: Cha Tae-hyunas Gyun-woo, Jun Ji-hyunas The Girl

 
6. Title: 18 Year Old Bride

Synopsis
Kwon Hyuk-Joon’s grandfather, the head of the traditional Kwon family agrees to an arranged marriage between his grandson (Lee Dong Gun) and Yoon Jung-Sook (Han Ji Hye) when Yoon Jung-Sook is born. 18 years later, the two families lose contact because soon after the contract is signed, Jung-Sook’s family encounters financial issues and is forced to run away.
Meanwhile, Jung-Sook has grown up to be a rebellious and strong-willed girl who just wants to live her life as she sees fit. With little aspirations, she is the direct foil of her achievement-bound counterpart, Hyuk-Joon. When the two meet each other, they clash horribly; Jung-Sook thinks her fiancee is nothing but boring, and Hyuk-Joon believes Jung-Sook to be nothing but an immature child. Despite all this they do marry. The rest of the series follows their life living together as a couple, and the obstacles they are faced with.

Cast: Han Ji Hye as Yoon Jung-Sook, Lee Dong Gun as Kwon Hyuk-Joon



7. Title: My Love Patzzi

Synopsis

Song Yi is a girl with a pure heart with a bad temper. She was tricked and humiliated by her “best friend” Hee Won as a child. From then on, Hee Won has always been the princess and successful while everyone mistook Song Yi as the evil child. When Song Yi did not have a job, Hee Won introduced her to the amusement park that she is in charge of. There she found her childhood friend and ex-crush Hyun Sung, who Hee Won has “stole” when they were kids. From then on, Hee Won tried to humiliate Song Yi many times, framing her in many situations that Hee Won has created herself. To get back at Hee Won, she decided to break the train that the park was launching so that Hee Won would be blamed. Little did she know that she caused more damage and that the train caught on fire. What was worse was that the son of the president of the park was in the train. Ridden with guilt, Song Yi risks her own life to save the life of Seung Joon. Seung Joon fell in love with Song Yi for her brave spirit and charming attitude, but what will happen to their relationship when Hee Won exposes to the world of what she has done?

Cast: Jang Na Ra as Yang Song Yi, Kim Rae Won as Kim Hyun Sung, Kim Jae Won as Kang Seung Joon, Hong Eun Hee as Eun Hee Won



8. Title: Successful Story of a Bright Girl

Synopsis


Jang Na Ra plays a cute and innocent country girl who often daydreams of rescuing her prince. One day, she meets Jang Hyuk who accidentally falls into her bath tub while she was taking her bath. Not off to a good start they started arguing over the matter. However, the story goes on to tell how Jang Nara arrives in the big city due to her plan to settle her irresponsible parents’ debts. She moves into Jang Hyuk’s house as a hired servant hence begins to teach the rich spoiled brat (Jang Hyuk) some manners through her down to earth scoldings and no-nonsense attitude. This drama gets totally hilarious in many scenes where Jang Nara and Jang Hyuk’s combination comes out as refreshingly cute. Jang Hyuk plays a rich and proud man who inherits his father’s business but is later betrayed by his own cousin and uncle leading to his downfall. On the other hand, Jang Nara plays a girl that he meets who help him pick up the pieces in his life, from defeat to success. A very well written drama with a story many will enjoy!

Cast: Jang Hyuk as Han Gi Tae, Jang Na Ra as Cha Yang Soon, Han Eun Jung as Yoon Na Hee, Ryu Soo Young as Han Joon Tae



9. Title: Full House

Synopsis


Han Ji Eun is a naive writer who got swindled out of everything she owned including her house by her best friends. Stranded in China, She managed to borrow money from an actor Lee Young Jae to return to Korea. On her return, she found out that her house was bought by Lee Young Jae. In an attempt to get her possessions back, she entered in a contract marriage with Young Jae for one year. In spite of losing all, Ji Eun manages to be cheerful and takes things in strike and the business relationship between the two becomes personal as they start to rely and care for each other. Based on a popular manhwa of the same title.

Cast: Rain Bi as Lee Young Jae, Song Hye Kyo as Han Ji Eun, Han Eun Jung as Kang Hye Won, Kim Sung Soo as Yoo Min Hyuk


10. Title: Goong / Princess Hours

Synopsis

Goong is a story about young love in face of tradition, politics, and intrigue. In the imaginary world, modern-day Korea is a constitutional monarchy and the Royal Family lives in a grand Palace, the Goong. Story opens with the sudden death of the reigning the King. Faced with the decreasing popularity among the public for the Royalty, a grand wedding for the Crown Prince, Lee Shin, is decided to be the best publicity move to improve the image of the Royalty and at the same time prepare Shin for immediate succession. The intended bride? The headstrong, awkward, and sweet spirited Shin Chae Kyung that just happens to go to the same exclusive art school. Chae Kyung was betrothed to become the next Crown Princess by her grandfather and Shin’s grandfather.

After 14 years of living in England with his mom, Lee Yul appears all of a sudden. He is Shin’s cousin as well as the former Crown Prince. Everything seemed to be going normally until Chae Kyung’s optimistic spirit wins the heart of internally lonely, Yul. As the Crown Prince Shin and simple-minded Chae Kyung’s relationship appear to developing deeper feelings, a series of scandals are exposed to the public right after the pair were officially announced married. Will love prevail all in a world of political pressures and martial hardships? Or will being in the spotlight of the public be too much for the young newlyweds to endure?

Cas:
Yoon Eun Hye as Shin Chae Kyung, Joo Ji Hoon as Lee Shin, Kim Jeong Hoon as Lee Yul, Song Ji Hyo as Min Hyo Rin


11. Title: My Girl

Synopsis

When Gong Chan (Lee Dong Wook) meets the lively and beautiful Yoo Rin (Lee Da Hae), he finds out that she has connections to his missing cousin, whom his grandfather has been searching for. He asks Yoo Rin to lie about being his long missing cousin until he can find his real cousin. She says yes, but soon their feelings for each other get in the way of their plans. Gong Chan’s friend, Jung Woo (Lee Joon Ki) falls for Yoo Rin while Gong Chan’s ex-girlfriend, Seo Hyun (Park Si Yeon), a pro tennis player, tries to win him back. Will the two ever tell each other how they feel? Will Gong Chan ever find his real cousin?

Cast: Lee Dong Wook as Seol Gong-chan, Lee Da Hae as Joo Yoo-rin, Lee Jon Ki as Seo Jung-woo, Park Si Yeon as Kim Seo-hyun



12. Title: Coffee Prince
Synopsis


The life of Go Eun Chan (Yoon Eun Hye) is not easy; she works many jobs to pay off debts and even gave up her feminine image. Choi Han Kyul (Gong Yoo) is the heir of a big food company, but his grandmother wants him to settle down, so she arranged many dates for him. After Eun Chan bumped into Han Kyul and was mistaken for a boy, Han Kyul decided to hire Eun Chan to be his gay lover in order to avoid the arranged dates. Desperately in need of money, Eun Chan had no choice but to accept. Han Kyul’s grandmother also made Han Kyul in charge of a filthy coffee shop in danger of being bankrupt. Eun Chan begged to work at the coffee shop, and not long after, feelings start to spark, except, how would Han Kyul accept his “homosexuality”?

Cast: Yoon Eun Hye as Go Eun Chan, Gong Yoo as Choi Han Kyul, Lee Sun Gyun as Choi Han Sung, Chae Jung Ahn as Han Yoo Joo



13. Title: Pasta
Synopsis
“Pasta” covers the dreams and success of a young woman who aspires to become an elite chef at La Sfera restaurant. Seo Yoo Kyung started her career as a kitchen assistant at La Sfera restaurant. She eventually works her way up to become a chef.
Choi Hyun Wook is the top chef at La Sfera restaurant. He studied the culinary arts in Italy and started out as a chef assistant at a hotel in Sicily. Hyun Wook eventually worked his way up to become the most widely recognized Italian chef in Korea.

Cast: Gong Hyo Jin as Seo Yoo Kyung, Lee Sun Gyun as Choi Hyun Wook, Lee Ha Nui as Oh Sae Young, Alex as Kim San





 
14. Title: Cinderella’s Stepsister
Synopsis
A modern day adaptation of Cinderella with a twist as our Cinderella, Goo Hyo Sun, is loved by everyone whereas her stepsister, Eun Jo, has a dark past and struggles with the fact that her mother starts to care more for Hyo Sun than her.

Cast: Moon Geun Young as Song Eun Jo, Seo Woo as Goo Hyo Sun, Chun Jung Myung as Hong Ki Hoon, Taecyeon as Jung Woo

p/s: fuf..letih nak siapkan ni..btw enjoys...
 
kredits to:www.koreandrama.org
e50e2ef5-a6a0-4eae-8b2e-0b344e5cb4d6p/spsp/sps



p/s: fuf letih nak compile citer-citer ni semua..hehehe..tapi aku respect kat sorang blogger ni siap citer sinopsis sampai habis..panjang giler..Minat punya pasal kan..Ok la enjoys..


Y2:e50e2ef5-a6a0-4eae-8b2e-0b344e5cb4

http://www.hancinema.net/korean_movie_A_Moment_to_Remember.php#synopsis

 


Wednesday, October 10, 2012

Atikah Terpaksa Melangkah Keluar

Assalamualaikum wbt.......

Masterchef lagi u'olls..Malam tadi rasa macam tak sabar nak tengok.. Makan malam awal sebab nak tumpukan perhatian pada Masterchef..hahaha mengarut je aku ni..Ok semalam dua episod terus sebab malam sabtu tak bersiaran sebab bagi laluan kepada Anugerah Blockbuster..

So cabaran Peti Saji Misteri sangat surprise sebab bila peserta buka Peti Saji tu kosong then Chef2 suruh masak apa yang diorang suka dan suka hati nak ambik apa dalam pantry tu..hehehe Tak mencabar kan, kemain happy diaorang sebab buleh masak apa yang mereka suka..

Dramatik lepas tu,apabila masing-masing pegang bakul then Chef Adu ambik bakul Ah Hong dan suruh Ah Hong ambik bakul Thelson,macam tulah,tukar-tukar bakul,bak kata Chef impian musnah...ahahhaha..Tipah Tertipu sudah..

Tak puas hati..Mestilah,peserta-peserta MasterChef 2 ni memang pakar dalam bab-bab ini.. tetttt..Ok tak nak cakap drama diaorang ni..Mati kutu la nak masak apa kan sebab orang lain yang ambikkan..Jenuh jugak la depa ni nak pikir kan nak masak apa dengan bahan-bahan yang bukan pilihan mereka kan.. Bagusla, itula namanya cabaran kalau nak jadi Chef.

Dalam pertandingan memasak yang aku pernah tengok pun kadang-kadang tak tahu pun kena masak apa,then kena masak je apa yang dia beri..Kena kreatif la..kan..

Apa pun kesian jugak kat diaorang kan..Last2 jadik jugak masakan diorang..Ada yang Chef suka ada yang tak.. Ah Hong menang, dan dapat pilih sajian utama bagi Pusingan Cipta Rasa.. Oohh Ah Hong pun cakap nak pilih sesuatu yang boleh menjahanamkan peserta lain...Oh my...Yupp this is pertandingan kan..Semua nak menang..
 
Lastly Izyan yang menang..Memang dah agak..Izyan ni aku suka jugak sebab dia low profil..Yang berlagak pandai masak tak pulak menang ye..hehehe...So siapa pulak yang tempa nama ke pusingan penyingkiran..Calon-calon ialah....Siapa? Atikah,Che Lah, Fizuan, Cikgu Ismail, Ilaika.. Che Lah dan Atikah ni selalu je masuk penyingkiran,dan akhirnya Atikah yang keluar..
 
Memang dramatik pulak bila dia keluar siap bagi nasihat kat Ammar tu..Macam-macam..
 
Ohh sajian luar pulak tak kurang bestnya ya minggu ni..Malas nak cerita dah aku..Sebab banyak sakit hati...hehhehe mulut peserta lelaki mengalahkan peserta perempuan ye..Seprti yang dijangka Team Merah (Izyan Leader) menang..
 
Ok,tunggu episod penyingkiran esok..babai..

Sunday, October 7, 2012

Please!!!!!!!!!!!

Diaryku..
 
Aku kan emo betul pagi-pagi ni.. Tah la aku rasa nak marah pon ada, sedih pun ada.. a little bit bengang pun ada, tak wujud ke aku kat sini..?? Aku halimunan kah?
 
Aku golongan minoriti,mmmm seriesly aku sorang.. Tapi please libatkan aku..Aku pun part of this team jugak..Terasa giler kot aku...
 
Apa-apa keputusan tak bagitahu aku langsung..Imagine that,tah xde mood aku nak stori mori...
 
Aku dah letih tanya..Setiap kali tanya xde keputusan lagi,so aku diam dulu tunggu perbincangan,tapi perbincangan tak libatkan aku..Jadi bila ada keputusan itu boleh tak bagitahu aku..Dah bincang tak bagitahu aku kan..Alih-alih...........Oooohhhhh damn aku nak marah giler betul...ISTIGHFAR sekejap..........................
...........................................................................................................
................................
 
Sabar wahai hati..Mana aku nak luahkan perasaan..Kesian kat aku kawan meluah perasaan pon xde...
 
Aku pon xtau aku melalut apa..Yang aku tahu aku frust,keciwa semua seangkatan..
 
 
Ok babai..

Thursday, October 4, 2012

Along Tersingkir

Assalamualaikum wbt...
 
Alah,Along tersingkir..kesiannya..muda lagi..takpela dik,semoga berjaya diluar..Belajar dulu,yang penting jangan give up..Rezeki ada kat mana-mana..
 
Caiyokk Along..rezeki ada di mana-mana..Dont give dik..
(pics from masterchef malaysia)
 

Apa pun cayalah Izyan..fullmark tu..Orang kalau dah minat masak memang kenal banyak perkara..Hah Izyan ensiklopedia bergerak?Hehehe..memang bijak, Pegawai Sains tu..Go Go Izyan.. Bagus Izyan tolong pulak peserta lain.. Nasib la selamat dia kan..
 
Aku kan pantang la tengok MasterChef ni kalau bab penyingkiran ni menangis bagai.. Iyelah paham nye kami kau tu sedih tapi control la sikit..Oooo tak boleh control ek.. Dah nak bagi penampar kat orang ada jugak rasa nak menangis yek..Apa-pun lepas ni jangan laser sangat mulut tu.. Kan dah jadi bahan..Anyway All the best semua yang masih berpeluang menunjukkan bakat..
 
Bestnya kumpulan biru..Dapat makan free kat Restoran Serai.. Itulah kelebihan pemenang kan..
 
Tapi tak berapa berkenan la bila Chef tanya sape yang dalam kumpulan masing-masing yang bermasalah,kurang bagi sumbangan.. Aku mintak-mintak masa tu Adly dan Ammar tak bagi jawapan masa Chef tanya.. Tapi keciwa sebab dorang bagi nama Cikgu bagi kumpulan Biru dan Atiqah bagi kumpulan Merah..
 
Cool je Along and Ammar

 
Emm bagi aku la kan,tak payah la nak bagitahu nama kat situ, satu Malaysia tahu,kesian pulak Cikgu,anak murid mesti tengok kan.. Ok apa Cikgu,lepas siap kerja terus tanya nak buat apa,niat dia nak tolong ahli kumpulan.. Bukan tak tahu nak buat apa..Itu aku punya opinion..
 
Yang Atiqah pulak, bila Ammar sebut nama dia,hah ambik kau siap nak bagi penumbuk dan cakap Ammar buta..Haihh macam-macam..Siryes aku ingat Ammar akan pilih Che Lah,tapi nampaknya tak..Tapi rasa macam tak manis pulak main sebut-sebut nama kan..
 
Malam ni ada kuliah je..So kita jumpa pulak minggu depan untuk cabaran Peti Saji Misteri ..zzzzzaaaaaaaassss..
 
p/s:Eh bila pulak aku jadi pengulas tak berbayar bagi MasterChef ni???Hahaha...Ini hanya pendapat peribadi saya saja ye...sekian :)

Wednesday, October 3, 2012

Aleesya 10 Months

Ok,come again dear...

Cekidout...

Semangat Red Warrior..Tapi kaler merah nye takde..Ok lah tu..Papa dia punye keje..
 
Exited nak keluar ni..Kalau boleh naik kereta jalan-jalan kemain suke dia..
 
Aktiviti yang dia suka...:)
 
Ralit sungguh kalau boleh tengok upin dan ipin...
 
Eh mana kasut lagi satu? Ikut mama outstation..
 
@The Chicken Rice Shop..Dengar suara dia je..hehehe..Cepat-cepat makan..Papa jom balik..hehehe
 
@Taman..dah pandai pegang sendiri dah..Teruja dia naik motor toing toing ni..Lenkali kita datang lagi ye..
 
Ok,sudah...Next!!!
 


Aleesya 9 Months Old

Marathon update perkembangan Aleesya..sekarang 1 tahun 2 bulan tapi cerita masa 9 bulan pun tak habis lagi...heh

Tembam lagi masa ni..Tangan berketul-ketul...hehehe Dan masa ni pun masih nak lagi dok atas car seat..Tapi sekarang,car seat tu kat bilik stor..hehehe
 
Eksyen nak berdiri aja...
 
Kalau rajin pegang botol susu sendiri..Tu bagi dia minum multivitamin,bancuh dengan air..
 
Hmm..what to say..anak-anak zaman sekarang...Awalnya nak update blog..tapi jadi lain pulak bila ada si kecil ni..tak bagi kan merajuk pulak..
 
See,macam pandai je tekan keyboard..password apa sayang..nak login pesbuk ke?hehehe
 
 
Ok,next!

MasterChef Malaysia 2

Assalamualaikum wbt....

Hai semua..tengok tak MasterChef 2 kat Astro? Mesti tengok kan.. Dah berapa episod dah sekarang ni..4 orang dah tersingkir..Aku follow MasterChef ni dari Musim 1 dan MasterChef Selebriti.. Aku suka tengok orang masak.. Macam best je.. Dan apart from that kita pun boleh belajar kan.. Yelah sebab selain daripada bertanding program ni akan buat kelas setiap minggu dan ketiga-ketiga ( Chef Joe,Chef zubir dan Chef Adu) akan ajar dan share experience diorang..

Terlebih dahulu yang hanyalah pendapat peribadi aku je,takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah takde.. MasterChef Musim 2 ni macam apa pun tak boleh...Sambil-sambil tengok diorang masak boleh tengok jugak ye sesi kutuk mengutuk sesama sendiri..Aduii ini aku rasa macam tak best..Asyik main kutuk-kutuk je..

Setiap kali pun macam tu..Tak semua la,ada yang ok dan ada yang tak ok..Bagi aku diorang ni tak sama dengan peserta Masterchef Musim 1,takde nak gaduh-gaduh..Eh ada jugak kan..Ingat tak kes Zamir dengan nama apa tah tak ingat dah yang tulis novel tu..Gaduh jugak tapi takdela melarat sampai setiap episod kerja nak mengutuk dan asyik tak puas hati aje..

Episod luar malam tadi memang ketara sangat..Setiap kali masak berkumpulan ada saje perbalahan.. Nampak sangat tak boleh kerja berpasukan..Siap ada yang nak bagi penampar lagi..Aduii mulut,sangat tidak hormat..Eh kau dah masuk tv,kau bagi komen for sure akan keluar tv,dari situ orang dah tahu personaliti kau macam mana..Kau ingat kau bagus sangat ke..Kalau pun kau bagus dari orang lain pun,sensitiviti orang kena jaga jugak bro..

Yang sorang lagi pulak asyik nak memberontak pulak keje dia.. Ada saja yang tak kena..Dia tegur orang boleh,orang tegur dia tak boleh..Siap suruh orang buat sendiri kalau dah pandai sangat..Amboi amboi amboi.. Propa mengalah Double A pulak korang ye..Macam-macam..

Dari pemerhatian peribadi aku peserta-peserta Musim 2 ni masing-masing nak tunjuk hebat.. Tak mahu kalah dan pantang ditegur..Susah macam ni.. Berbeza dengan MasterChef Musim 1 kan..Rasa macam masuk MasterChef ni bukan nak jadi Chef pun tapi nak glamer dengan mengutuk dan bergaduh..
 
 
Apapun suka Ammar Etiqa dan Nina...hehehe..
 
Semua nak jadi pengganti Dr Ezani, tapi Dr Ezani tak banyak cakap low profile tak suka salahkan orang lain..Tapi yang sekarang...hmm nan ado..
 
Ok thats all..
 
p/s: Ini hanya pendapat peribadi aku je..Peace.. 
 

Monday, October 1, 2012

Me Dan MakCik B

Assalamualaikum wbt...
 
Kisah ni masih lagi terngiang-ngiang kat fikiran aku.. Hari ni masih lagi bercerita.. Geram,tak puas hati masih ada.. Nasib baik hari tu aku sedar diri aku seorang wanita yang lemah lembut...(ahahahahhaa ketawa jahat)..
 
Minggu lepas aku ke tabung haji bank in duit anak aku.. Dah lama dah nak pergi tapi asyik bertangguh sebab banyak kerja.. Lepas tu bila free alih-alih lupa pulak nak bawak buku simpanan tu..Eh eh macam-macam hal..
 
Pada hari kejadian,aku siapkan borang simpanan awal-awal.. Nasib baik dah siap ambik borang simpanan awal-awal so tak yah nak sibuk isi borang tu masa kat sana nanti kan.. Bila sampai sana ok lagi nasib baik orang pun tak ramai..Wah lama tak datang tabung haji ni no giliran pun dah maju.. Pakai touch screen lagi..Alah macam kat mesin ATM yang touch screen tu.. Nak ambil no giliran pun macam tu tau..Hehehe ke dah lama benda ni? Akukah yang outdated? hahahaha..ada aku kesah???
 
Ok pastu jalan-jalan nak balik ofis masuk jalan pasar sebab jalan luar panas.. So bila jalan-jalan tu nampakla kueh ni namanya aku xberapa pasti tapi yang dibuat berasaskan kacang tanah..hmm susah aku nak describe kueh-kueh kat kelantan ni kan lain pulak orang pronouncekan..hehehe
 
So aku berhenti kat sorang makcik (Makcik A sebab banyak makcik dalam citer ni nanti korang confuse hehehe) ni dan bayar..Kueh tu RM1.00 dan aku bukak purse ada RM10.00,so aku bagi je la..Ikuti dialog kat bawah:
 
Makcik A tu membelek-belek kertas surat khabar  yang buat lapik letak kueh-kuah dia sambil mencari-cari duit kecik nak bagi aku balance.. Dia tunjuk RM1.00,geleng-geleng sambil kata xde duit halus (duit kecik hehehe)
 
Dia toleh kawan-kawan gosip dia tanya ada duit tukar tak..Kawan dia ni bukan mak cik B ni bukan jual kueh tapi datang nak bergosip ke hapa,.. Dok membebel sambil cari duit halus nak bagi kat Mak cik A ni, ada ke dia cakap.........
 
"Pelik sungguh orang ni,beli seringgit tapi bayar sepuluh ringgit"
 
Aiiii mak cik B ni memang nak cari gaduh ni..Menyirap jugak aku,dah la panas-panas..Aku nak beli kueh je,bukan nak dengar ko membebel mak cik B.. Makcik A ni takde pulak bising-bising..
 
Aku apa lagi, takkan diam je kan.. "Eh dah itu je yang saya ada" Makcik A ni dah nampak macam gelabah sebab aku balas balik dengan muka tak puas hati..cepat-cepat dia bagi duit balance tu kat aku..
 
Alih-alih masa aku berlalu pergi tu bunyik lagi mulut dia..Makcik B ni memang nak kena..Dia cakap benda yang sama "Memang pelik la ada ke beli macam ni,pastu kita yang susah cari duit kecik"
 
Aku terus toleh belakang tengok dia panggggg aku bagi kat mulut dia..Nah makcik B,awat lebih-lebih sangat mulut makcik B ni hah...!!!!!
 
Ok,itu hanyalah khayalan aku saja..Geram-geram aku xdela nak jadi kekurangan keajaran macam tu kan..Aku toleh je tengok dia,then aku istighfar sikit2 supaya hilang panas telinga dan aku pikir dalam hati kalau mak cik B tu tak berapa cerdik jangan nak ikut join dia sekali sebab kita kan orang cerdik pandai..haaaaaa kan...Betul betul betul...
 
Ok lantak kaulah mak cik B..Jadinya sampai sekarang aku masih ingat lagi mak cik B muka hang dan baju-baju hang sekali aku ingat wahai makcik....
 
p/s:Aku tak kata aku betul,tapi tu je yang aku ada..duit sepuluh ringgit je,lain 50ringgit..Rezeki dia la tu aku nak berhenti beli kedai dia..Tapi makcik A tu tak salah,makcik B mangkuk tingkat tu yang sebok..Dan sebagai peniaga memang la kena sedia dah memang nak berniaga..Dan agak-agak la,nak beli seringgit bagi 10ringgit,bukan 100 pun..haihhhh..

Me And Felt Craft ~ Sarung Kotak Tisu

Assalamualaikum wbt...
 
Sebenarnya malas nak update gambar craft kat sini..Lambat.. Gambar kraft banyak kat pesbuk etek.. So di atas kerajinan melampau hari ini, so boleh la tengok my hand made ye..

Ni adalah sarung kotak tisu yang ditempah oleh ofismate..Design tu aku wat sendiri..Kadang-kadang ada jugak yang customer request..Biasanya custom made..Customer is king katanya..

Ada yang request nak letak nama..So kalau nak nama tambah sikit kos..Dont wory,murah-murah saja..:)
 
Juga boleh request colur..:)
 
Cantik tak..So kalau nak tanya or nak tempah boleh emel di suria_sy83@yahoo.com..

Tips Rumah Tangga Bahagia

Assalamualaikum wbt
 
Kelu. Tak tau nak taip apa.. Asyik gostan balik je.. Takdak idea..Jalan-jalan cari info jumpa tips ni kat alhelmi.tripod.com..(Mintak share ye)
 
So jom jemput-jemput tengok kalau kita dapat ambik satu dua tips ni untuk sama-sama tambah perisa dan menjadikan rumahtangga lebih bahagia.. Untuk sape-sape yang belom kawin tu boleh la nak tambah-tambah ilmu pengetahuan ye..Takkan bila dah kawin baru nak belajar kan. So cekidaout..

 
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."


 
p/s:Sama-sama kita amalkan ye..Sharing is caring :)