Search This Blog

Thursday, October 25, 2012

Me Vs Masterchef Malaysia 2

Assalamualaikum wbt..
 
Huh,buka-buka entry dah mengeluh kan..last week outstation ke Gua Musang..Tak menjenguk opis pun..Letihnya..Minggu ni pulak ke Pasir Mas..Jalan je kerjanya..
 
Straight to the point,aku dengan Masterchef memang takleh dipisahkan..hahaha..Masa kat Gua Musang pun still bercita-cita nak tengok lagi kan..Tapi kat hotel dia set up Astro Arena je..hampeh tol..Tapi aku boleh jugak tengoknya,pi umah adik aku la, kat Ladang Sungai Terah..hahaha dalam 11km jugak la..Ok la sebab boring kat hotel takde apa nak buat pun..
 
Ok,dah lupa pulak sape tersingkir dulu..hahaha..oo ok dah ingat dah..Thelson,masa cabaran berkumpulan kat balai bomba, kumpulan biru dapat 5 markah je..Memang masuk rekod sebab first time challenge dapat 5 undi je..Mengamuk Chef...Sampai brainstorming pun dekat setengah jam..Menjawab la si Thelson ni nape boleh jadi macam tu..Tapi macam biasa la Thelson banyak alasan pulak dia bagi kat chef..Last Chef kata Kapten tak kemudi kapal dengan baik..Cabaran penyingkiran pulak buat Nasi Ayam,tapi nak buat macam mana dah takde rezeki Thelson kat Masterchef,akhirnya dia tersingkir...
 
Lepastu next pulak Hafiz terkeluar,sepatutnya takpun tapi sebab ada tragedi oktober telah berlaku,jadi Hafiz terpaksa masuk ke pusinga penyingkiran dan tersingkir..Sedih pulak sebab Hafiz ni pandai masak dan pernah menang Peti Saji Misteri,dah rezeki dia setakat situ je..
 
Habis pulak situ,sajian luar Team Biru pulak menang yang diketuai oleh Puan Rosmah..Masak untuk bikers Harley Davidson..So Team Merah ke pusingan penyingkiran yang diketuai oleh Nora...Kena buat pastri..Oleh kerana tak ikut tema,Ilaika terkeluar..
 
Wah dah ramai yang terkeluar ye..minggu ni pulak lagi best..hahahaha..tengok pada komen di facebook ramai yang suka peserta ni keluar..Nasib badan la,sape suruh mulut laser sangat kan..So next penyingkiran ialah Joharis..Ada sape-sape yang sedih tak Jo yang keluar??
 
Tapi mengikut komen-komen di Page Masterchef,ada dua orang lagi peserta yang penonton nak dia keluar..siapakah gerangannya?? haaahahaha..kena la tengok  fanpage masterchef ye kawan-kawan..
 
Lepas Jo,semalam paling sedih masa penyingkiran..Iaitu Adly..Cikgu Ismail menangis tak hengat..Maybe dia rapat dengan Adly kot..Tapi yelah,sebak jugak Adly masa bagi komen...Tak sangka dia keluar...Dia antara peserta lelaki yang tak bermulut l******g...xkutuk kawan-kawan lain...Well itu dah rezeki dia.
 
Ok tunggu minggu depan pulak...Malam ni Kuliah Master..best tengok tips chef..Ok babai..
 

No comments:

Post a Comment