Search This Blog

Tuesday, October 30, 2012

Kelantan VS Treble 2012

Salam..
 
Hai apa khabar semua..Belum terlambat nak ucap tahniah pada pasukan bola sepak Kelantan TRW kerana telah memenangi Piala Malaysia 2012 menetang pasukan ATM..Persaingan memang sengit..Semasa perlawanan berlangsung aku rasa memang berdebar-debar..Memang tak boleh nak duduk diam..Tak nak tengok tapi nak tengok..Apa pun kedua-dua pasukan memang hebat..Boleh berbangga dengan pencapaian bola sepak Malaysia sekarang ni walaupun bukan 100%.. Dan pujian kepada pasukan bola sepak Kelantan terutama sekali kerana beberapa tahun ini telah menunjukkan peningkatan mendadak di bawah kendalian Tan Sri Annuar Musa dan di bawah tiga coach yang berbeza..
 
Kalau tak,dulu-dulu selalu direndah-rendahkan..Seingat aku last aku tengok pasukan Kelantan masuk match besar semasa Hashim Mustapha pakai jersi no.10..yeke tidak aku pun tak pasti..Ingat-ingat lupa sebab masa tu aku sekolah rendah lagi..Ketika itu Kelantan menentang Kedah..Tetapi kemenangan tidak berpihak kepada Kelatantan dan aku rasa sedih sangat sampai la bertahun-tahun tak tengok bola..Dan aku pun tak tahu bila masanya bola sepak Kelantan bangkit kembali dan penyokong-penyokong kembali penuhkan stadium..Orang kata penyokong Kelantan ni fanatik..Betul ke? Bagi aku bukan fanatik tapi perkataan sesuai ialah semangat..Yelah,kalau takde orang yang sokong maka tak bestla pemain nak main kan..Nak main tapi takde orang datang sokong dan tengok..Sedih kan..
 
Tahun ni Kelantan dapat kemenangan Treble..Alhamdulillah..Dan setiap kali Kelantan ke perlawanan akhir especially di Shah Alam ataupun Bukit Jalil esoknya mesti dapat cuti peristiwa diluluskan oleh MB Kelantan supaya esoknya takdelah orang yang rushing sangat nak balik Kelantan bawak kereta..
 
Ok,kegembiraan Kelantan memenangi Piala Malaysia 2012 disambut bagai pesta..Semasa pasukan TRW bawak balik Piala Malaysia 2012 ke Kelantan kemain ramai yang eskot dari airport..Semangat kan..Alah bukan Kelantan je kan..Aku pasti negeri lain pun macam tu jugak sokongannya kepada pemain-pemain..Ok,kredit to Mat Yo dan Indra kerana telah membuat jaringan semasa perlawanan dan Indra adalah wira bagi Kelantan kerana jaringannya pada masa tambahan menjulang Kelantan sebagai Juara Piala Malaysia 2012..Mat Yo pulak tak kurang hebat sebab memenangi Man Of The Match semasa perlawanan...As for sure,Kapten TRW bak kata ore Kelate,kemah keming Piya..Good Job Piya...Kelantan menewaskan ATM dengan 3-2..

Pict from kelate.net


No comments:

Post a Comment