Search This Blog

Tuesday, November 1, 2016

6/2016~Train To Busan

Assalamualaikum.

 

Train To Busan. Orang dah tengok lama dah. Tapi aku baru tengok je malam tadi. Biasa la mak-mak lambat sikit. Keh keh..
Kena tengok sebab lama dah tak tengok hero dia berlakon. Last tengok cerita Coffee Prince. Tapi, still lagi masih handsome macam dulu.

 Ok back to the movie. Review daripada blogger-blogger rata-rata cakap best. So here we goes. Lepas dah dapat copy movie ni ajak hubby tengok. Siap tutup lampu bagai. Suruh Aleesya tidur dulu sebab dah pukul 10, makpak tak menyabau nak tengok weekdays..hahaha

Taknak tidur pulak budak kecik ni. Yang adik dia dah lena dah.

First 10 minutes bagi aku ok, masih tenang. Lepas tu time ada sorang perempuan cedera terlepas masuk dalam train. Ini lah penyebabnya yang lain semua jadi zombie.

Masa Su-Ann bangun duk merayau-rayan dalam train tengah cari toilet aku dah mula ish budak ni pun,duduk je lah kat situ. Time tu jugak la dia nak pi toilet.

Lepas tu, dah start panic dah. Sungguh tak tenang ye tengok movie ni. Aku ni dari baring terus bangun duduk then baring then duduk, haa macam tu lah dia punya penangan haha


Aku ni bab horror movie memang surrender terus. Memang pilih untuk tak tengok. Tapi sebabkan korean punya movie and heronya so aku gagahkan jugak la. Tapi its not like takut sangat pun movie ni, dia macam suspen je. Suspen sampai ke sudah.


Sinopsisnya aku malas nak jot down sini sebab ada dah dalam blog famous amos hehe. So korang yang terbuka blog aku ni boleh la baca sinopsis kat Blog Cik Epal.

Movie ni memang banyak sangat moralnya. Setakat aku realizenya ialah of course hubungan ayah - anak, husband - wife, kawan, gilfriend - boyfriend, kakak - adik. Sangat sedih bagi aku. Then ada jugak pasal sikap pentingkan diri sendiri, tamak haloba macam pakcik ni..Haihh emo giler aku dengan pakcik ni. Memang jadik ah watak dia tu. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je dia.


Actually aku bukan penggemar cerita-cerita yang berkait dengan zombie ni. Hubby aku memang ikut jugak la The Walking Dead series tu. Aku memang tak layan langsung la. Hubby aku cakap terrer ah zombie korea ni, cepat giler dia berubah jadi zombie lepas kena gigit. Pastu time kejar orang tu pun laju.. Sebabnya zombie mat salleh ni lama jugak la dia nak bertukar jadi zombie tu, pastu nak kejar orang pun jalan macam tu je.. Aggressive zombie korea haha


Tapi kenapa not a happy ending. Please, aku rasa macam nak buat ending sendiri je. Menitis jugak airmata mak huwaaa sedih woiii..Aku ingatkan ending dia hero ni akan kahwin la dan jaga la perempuan pregnant tu, tapi dia pulak yang jadi zombie and terjun train untuk elakkan dari dia cederakan anak dia. Huwaa lagi.

Nak tanya Aleesya dia ok tak, tengok-tengok dah berjuraian air mata dah. Dia lagi emo lebih dari aku, tengok cerita sedih-sedih mesti menangis. Terpaksa pujuk-pujuk pulak. Dia cakap kesian kakak.

Bagi aku best cerita ni tapi taknak repeat disebabkan sad ending. Boleh gitu.Yelah, tengok cerita yang pengakhirannya yang sedih ni boleh mengganggu emosi pada hari tersebut.kehkehkeh.

So then, itu je nak cerita. Bye.

Picture credit google

Wednesday, October 19, 2016

5/2016~Progress Teratak Kecil Kami Part 3

Assalamualaikum.

Terujanya. Hanya itula yang aku rasa everytime pergi tengok rumah dalam pembinaan.

Seronok bukan main. Macam mimpi pun ada. 

Tetapi, biasalah, dalam proses buat rumah ni, tak dinafikan ada masalah. Biasa lah kan. Nak kata sempurna jauh sekali. 

Rasa kecewa bila ingat. Dalam pada beringat-ingat pun terkena jugak pada kami. Sedih marah kecewa. Tapi apa nak buat. Dah 80% pembinaan. And yes, memang kita sebagai tuanpunya boleh komplen, telah komplen and apa yang kita dapat?

Bila orang buat rumah kita macam tu, kecewa kan.

Wahai kontraktor sekalian, saya tak kata semua tapi segelintir. Please amanah dan jujurlah dalam kerja anda. Nak untung lebih, ambil pekerja atau tukang yang offer upah murah. Tapi kerja tak berkualiti. Bila tegur tau nak marah orang je.

Jujurlah, fikirlah. Jika itu rumah anda, apa perasaan anda. Bulanan yang ditolak dari gaji saya bukannya sedikit. Ini rumah pertama saya, dan semestinya saya inginkan yang terbaik. Setara dengan apa yang anda janjikan. Setara dengan bayaran. Bukannya saya nak minta rumah macam istana! Haiihh tetiba geram pulak kita dibuatnya. Inilah salah satu sebab aku dah takde mood nak update pasal rumah.

Teringat pasal rumah mesti sakit hati. Malas nak cerita. So kita tempek je lah gambar kat sini.


 Tengah buat tiang untuk porch.

  Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
 Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
Dah start nak letak bumbung rumah. Aleesya cakap rumah dah pakai topi. :p.. Topi pun topi lah nak.

Kalau gambar-gambar yang senget tak full macam ni mesti my hubby yang ambik. Isk, kita suka ambik yang full boleh tengok semua. Kan. Ni dah siap bumbung and dinding rumah pun dah dilepa simen.

And selepas beberapa minggu, sudah dicat lapisan pertama.

Ok till then, bersambung lepas ni ye.

4/2016~Jalan-Jalan Di Sabah Part 1

Assalamualaikum Dear Blog

Ekceli jalan-jalan di Sabah ni tahun lepas, tapi sebab penyakit malas tu datang tanpa aku sedari. Makanya terpaksalah bawa ke tahun ni..haha boleh gitu.  

Kena jadi episod #tb la ni..kalau tak jot down kat sini memori tu setakat dalam otak aku jelah kan..
Bila memori penuh, tak sempat masuk dalam recycle bin dah.. Terdelete terus nanti, rugi kan. Tak sempat nak simpan kisah klasik untuk masa depan..hahha dah start merapu dah.

Nak boleh hidayah untuk menulis ni pun dah kira beruntung..haha hidayah la sangat kan..

Ok back to the topic, jalan-jalan di Sabah ni disertai sekali my mil and my sil serta anak-anak. Kat Sabah, kami hanya pergi Kota Kinabalu dan Kundasang.

Sebenarnya, plan asal kami dari Kota Bharu akan direct terus ke Kota Kinabalu, tapi disebabkan takde flight pada tarikh tersebut so kami akan transit kat KLIA2 barula flight ke Kota Kinabalu.

Oh yes,my mil and my sil flight dorang dari Alor Setar, so kita jumpa kat KLIA 2 together gether.

Flight kami pagi hari tu, lepas subuh dah siap-siap,sempat minum je, nak makan tak berani kot dibuat nya sakit perut pulak dalam flight nanti. Aleesya pulak aku dah bawa bekal koko krunch mini tu dengan susu duthlady yang dalam kotak. Tu pun makan kat airport je. Ayah aku yang hantar kat airport.

Kalut jugak masa nak register kat airport sebab mysil dah online check in already, cuma luggage aku tu problem sikit. Sebab masa tu register atas nama my hubby tapi my sil pulak check in luggage on my name. Misunderstood kat situ. So settel, cecepat masuk departure hall. Fuff, benda simple je tapi takut miss flight tu yang ada kekalutan sikit. Al maklumlah first time nak jalan jauh sikit..bahaha

Lepas pemeriksaan kastam tu so ada masa lagi sebelum naik flight..Lepak-lepak dulu sambil bagi Aleesya makan. Punyala ramai orang both flight. Untuk ke KLIA2 Kami naik Air Asia. Aku dan hubby duk pikir macam mana agaknya Aleesya first time in flight. But before that memang aku dah prepared awal-awal sketch book and pensil untuk dia menulis nanti kot-kot rasa takut macam mamanya.hahaha

 

Luckyly, she enjoyed the first 10 minutes on the plane. Siap waaaaaa bestnya..Aduiii la, tak menahan sangat gayanya. Too exited boleh naik flight kan. Mama je yang emo terlebih kot dia rasa gayat ke apa ke. hahaha
Depart around 9.30am and sampai KLIA2 around 10.30am kami decide untuk isi perut dulu before my mil amd my sil arrive. Flight dorang delay, 11.30am maybe sampai. So sebab tak tahu nak makan kat mana, we decide to breakfast kat KFC je. Itu yang senang kan.

 

So lepak-lepak kat KFC sambil tunggu my mi and my sil sampai, dah boring kat KFC kami jalan-jalan sekitar cuci mata. Masuk Toys R Us buat cuci mata Aleesya, nasib baik mood membeli mainan tu takde..

Lama jugak la kami jenjalan kat situ. Then baru la my mil n sil sampai. Dorang nak makan dulu so ikut dorang pergi kat foodcourt sana.

Kami tak makan, minum pun tak. Dah kenyang dah. So settel isi perut kita pi beratur check in pulak. Kat situ baru dorang mintak surat doktor yang mengesahkan aku ni pregnant 27weeks and selamat to fly. Before fly aku dah pi Klinik Adilla and scan sesiap and tanya Doc Adilla sama ada aku boleh travel tak, so since Doc Adilla cakap ok, so aku pun ok la walaupun sebenarnya aku ada spot bleeding kalau aku kerja berat sikit. Nak buat camana, tiket pun dah beli. So aku tawakal dan doa semoga perjalanan pergi dan balik selamat je la. My sil pun doktor so tu aku berani sikit..

Oh ya, masa sampai kat KLIA2 tu aku pi toilet memang ada la bleeding tuh. Cuak gila, terus mood holiday merudum. Tapi pegang perut rasa baby gerak-gerak.. Terus blame hubby sebab dia yang beria-ia nak gi holiday..hahaha boleh gitu.. Keep doa mintak takde pape.

 

Nak ke Kota Kinabalu kami naik Malindo.. First time naik Malindo ni. Stewardess dia tak pakai high heels macam stewardess lain. Pakai selipar yang macam pakai kat rumah tu..Untuk keselesaan kot kan. Kat dalam flight nak pergi jalan depan belakang kang tersadung karpet time nak bagi makan tak ke naya kan. Bailah, ikut suka lah nak. Ehh.

So kami ambik makan kat dalam flight tu, aku dan Aleesya nasi lemak, sedap gilos,dan hubby pulak nasi beriyani pun boleh tahan gak.

 


Masa kat atas ngan Malindo ni dia main turun naik..aduiii seriau gak la..Aleesya pulak buleh dia dok suka flight macam tu.. Haduiii mama ni punya la ada rerama dalam perut ni..duk pegang hubby, dia siap exited lagi..Duk zikir dalam hati je. Bila la nak sampai ni sebab jenguk bawah nampak laut.. Siapa suruh jenguk-jenguk.

Sampai sana nak hujan rintik-rintik, kan Airport dia tepi laut, aku duk pikir flight ni nak mendarat ni lepas tak laut ni..apasal macam kat dalam laut lagi dah rendah..Sabor je lah kan..buat malu ngan Aleesya je mama ni..


So Alhamdulillah lebih kurang 2 jam lebih kat atas sana, sampai jugak kat bumi  Sabah ni. Fuf seberang laut kali ni.

 

Lepas mendarat, punya la lama nak lepas Kastam. Ramai pulak orang yang beratur.
Then ambik luggage kat bawah tunggu my sil setel urusan teksi terus pi hotel..

 

Aleesya rasmi katil dulu..

Ok sambung next entry okeh.

Tuesday, October 11, 2016

3/2016~ Progress Teratak Kecil Kami Part 2

Assalamualaikum wbt

Lama sudah tidak update blog..Rasanya last update awal tahun hari tu..Post dalam tahun 2016 pun baru je dua post hahaha..
 Banyak memori terjadi pada masa itu.. Rugi jika tidak dicatat..Tapi nak mencatat peristiwa penting dalam tempoh lebih kurang enam bulan ni agaknya bercinta jugaklah hakak jawabnya neyh..

Cenggini la jadinya bila dah lama tak update.. Hakak dah tak tahu nak start yang mana dulu ni.

Oklah, hakak start dengan progress baiti jannati akak la..





Proses pembinaan rumah ni akak rasa agak cepat jugak la. Hari tu rasanya  baru je clear tanah..ni dah tengok tiang dah naik.

Masa ni rasa seronok sangat dan rasa tak sabar sangat nak duduk rumah sendiri.


Alhamdulillah masa proses pembinaan rumah ni cuaca sangat cantik sekali, ada jugak hujan tapi takdela sampai terganggu proses bina rumah akak ni.

Ok akan update lagi lepas ni..Gigih update balik stori yang dah berkurun nih..

Ok bye.

Wednesday, January 13, 2016

2/2016~Aleesya First Time At School

Assalamualaikum wbt

Rasanya anak mama ni masih kecik je..Tup tup dah masuk 5 tahun dah.. Tahun lepas dah inform siap-siap nanti kena pergi sekolah ye..Mula-mula tu taknak..Aduii naik runsing akak nga husband.. Mana taknya, siap cakap taknak sekolah nak duk rumah..Haduiii

Dah selesa sangat duk rumah tengok tv je kejanya kan..So bila sebut sekolah terus taknak..

Last-last nak akhir tahun tu Alhamdulillah, pujuk-pujuk tunjuk sekolah terus angguk je...

Pada 03/01/2016 bermula persekolahan di Kelantan..Akak cuti sesiap nak antor dia pi sekolah..Teruja dan bimbang pun ada takutnya dia susah bangun pagi..So malam tu paksa dia tidur awal..Pukul 10 dah masuk tidur, biasa pukul 12 hahaha..

 

Esoknya Alhamdulillah semangat nak pergi sekolah siap nak bawak beg lagi..Daftar start pukul 8.00 pagi.. Kami decide untuk hantar dia ke Tadika Kemas sebab dalam kampung kita je.. Lagipun senang, kalau Papa dia tak boleh ambik nanti Tok Ayah pun boleh tolong ambikkan..

 

Lagi satu,Kemas yuran dia murah la compared to Tadika lain..So if dia buat perangai tak nak pergi sekolah pun takdela terasa sangat la kan hahahaha
Kami just nak ajar dia ambik suasana sekolah macam mana, how she meets new friends, jumpa teacher,learn something new kan kat sekolah.. Kat rumah dah homeschool sikit-sikit tapi sorang-sorang..So kita just nak dia belajar sesuatu yang baru...InshaaAllah next year 6 tahun dah biasa dah..

Sampai-sampai je di sekolah ada macam-macam drama pulak..Ada sorang dua yang menangis..Akak duk berzikir jugaklah hopefully sindrom tak berjangkit ke Aleesya..Siap bayar yuran pendaftaran, kami decide nak tinggalkan dia je sebab taknak duk lelama kat situ.. Mula-mula tu taknak bagi kami keluar, akak pujuk dia cakap mama tunggu kat luar ye..Nasib baik dengar jugak.. Good girl..

Pastu kami tinggalkan terus, and keluar breakfast..Dalam kereta rasa macam pelik je berdua dengan husband..Biasa ada budak kecik kat belakang..Sekarang rasa macam dating masa bercinta..Ohhh peliknya..Sayu pun ada, yela kami tak pernah tinggalkan dia even sekejap pun tak pernah tinggal..nak pergi mana-mana pun mesti bawak..hmmm rasa tak lengkap tanpa anak..sob sob

Then pukul 11.55 kami dah kat depan sekolah nak ambik dia..Punyala exited dia bila tengok kami..

Tak nangis pun..Alhamdulillah..A good start to a new journey ye Kakak Aleesya (dah kena panggil kakak dah ni)

Pastu terus pi cari uniform sekolah dia sebab cikgu advise better beli dulu sebab kalau nak tunggu sekolah bagi nanti lambat pulak..Kami pun rasa camtu jugak, lagi nak suruh di semangat kalau nampak pakai uniform sekolah kan..Pakaian Kemas ni senang je nak cari..Ada jual kat kedai-kedai je.. Tapi kedai terpilih jugak la..tak semua..So kami beli 2 pasang terus sebab biasa la kan kanak-kanak ni..kalau tak kotor bukan kanak-kanak pulak kan..

Tapi so far, dalam 2 minggu persekolahan ni baju Aleesya tak kotor pun tapi akak tukar jugak la kot berbau..kan budak-budak ni aktif berpeluh..

 

Hari khamis minggu pertama dah start berdrama tak nak gi sekolah..Ah sudah..Tapi dia bukan sesaje taknak pergi tapi dia tak sedap badan, selsema..Maybe jangkit kat sekolah kot..tak selesa sebab hidung tersumbat so dia jadi bad mood.. So takpelah akak inform cikgu cakap Aleesya tak sihat je..

 


Minggu ni ada drama jugak tapi bila papa dia pujuk Alhamdulillah sampai jugak ke sekolah.. Tapi satu je masalah dia cikgu bagitahu Aleesya ni makan sikit je..Kadang-kadang tu tak makan langsung..Akak dah agak dah.. Bukan main bila akak tanya hari ni makan apa boleh je dia cakap makan nasi goreng la mee sup la.. Rupa-rupanya dia tak makan pun...Haduiii la anak..Camana nak buat ni..Picky eater! Nasib baikla kat rumah dah breakfast dengan koko krunch.

So hari ni akak preparekan bekal..Hari ni bawak nugget dan air ribena..Hopefully dia makan la..Suh husband pesan kat cikgu dia nanti suh dia makan nugget tu je time rehat..

Balik kerja selalu akak tanya dia belajar apa kat sekolah..Dia cakap belajar ABC..
Kalau banyak-banyak tanya dia cakp dah letih..Aduii so biorkanlah..Malam-malam nak tidur baru dia cakap balik hari ni dia buat apa kat sekolah..hahaha

 
Anak-anak buah akak yang mula sekolah darjah 1..Aleen dan Hazril..Sorang lagi Nia Marissa dah darjah 2..Belajar elok-elok ye semua...

Hopefully anak mama Aleesya Damia dapat bersekolah hingga ke penghujung tahun..belajar pandai-pandai ye sayang..

1/2016~Welcome 2016

Assalamualaikum wbt

Welcome 2016..

Setiap kali tahun baru soalan yang paling popular ialah AZAM? 

Apa azam tahun baru awak?

Alah yang tahun lepas pun tak kemana-mana..hiks..Well macam tu la selalunya kan..

Tinggal la 2015 dengan seribu peristiwa pahit manis..Dan Alhamdulillah rasanya setiap rakyat di Negeri Cik Siti Wan Kembang boleh tarik nafas lega la tahun ni..Trauma tragedi Bah 2014 berulang kembali.

Berdoa agar dijauhkan segala musibah..Banjir tetap banjir terutamanya di kawasan yang rendah tetapi tidaklah seteruk seperti tahun 2014..Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah...

Kandungan akak pun dah menginjak 30minggu dah this week..Alhamdulillah..Banyak cerita tak sempat nak update..Baby dah start membesar dah..Tak tidur lena mama dibuatnya..Tengah exercise dalam perut mama la tu..

Aleesya dah masuk 5tahun..Akak dah hantar dia sekolah tahun ni..Akak hantar Tadika KEMAS saja sebab dekat dengan rumah..Pun saja nak bagi dia rasa alam persekolahan. Yela sebelum ni dia tak pernah ditinggalkan..Memang dijaga oleh Papa dia memandangkan Papanya bekerja dari rumah.. Sejak kecil dia susah nak tinggal rumah orang..Menangis je kerjanya, so husband decide untuk jaga je la..Rumah mak akak pun tak nak duduk, pernah sekali tinggal menangis sampai tertidur..Semua jiran-jiran datang rumah mak masa tu..Mak akak pun rasanya macam fobia gak nak handle dia..hahaha So itulah keputusan terbaik kami.. Jaga sendiri!

Tak sangka pulak bila masuk sekolah ni tak menangis pulak dia..Alhamdulillah, dah besar kot..Cuma biasa la drama tetap ada, tapi berjaya gak pergi sekolah..Semangat je nak pergi sekolah..Akak cuma risau satu je, Aleesya ni jenis picky eater..Tak tau la dia dapat makan ke tak makanan kat sekolah..

Sebelum pergi sekolah akak dah bagi dia makan koko krunch,honey star, cornflakes, chipsmore dan sewaktu dengannya..Kalau dia tak makan kat sekolah takdela kosong sangat perut tu..Beli stok siap khas untuk dia..Susu kotak pun beli sekali..Tak sampai seminggu dah habis 8kotak air susu coklat yang kids punya tu..Tak kesah pun asal dia minum susu..

Last but not least..Welcome year 2016...