Search This Blog

Wednesday, October 19, 2016

4/2016~Jalan-Jalan Di Sabah Part 1

Assalamualaikum Dear Blog

Ekceli jalan-jalan di Sabah ni tahun lepas, tapi sebab penyakit malas tu datang tanpa aku sedari. Makanya terpaksalah bawa ke tahun ni..haha boleh gitu.  

Kena jadi episod #tb la ni..kalau tak jot down kat sini memori tu setakat dalam otak aku jelah kan..
Bila memori penuh, tak sempat masuk dalam recycle bin dah.. Terdelete terus nanti, rugi kan. Tak sempat nak simpan kisah klasik untuk masa depan..hahha dah start merapu dah.

Nak boleh hidayah untuk menulis ni pun dah kira beruntung..haha hidayah la sangat kan..

Ok back to the topic, jalan-jalan di Sabah ni disertai sekali my mil and my sil serta anak-anak. Kat Sabah, kami hanya pergi Kota Kinabalu dan Kundasang.

Sebenarnya, plan asal kami dari Kota Bharu akan direct terus ke Kota Kinabalu, tapi disebabkan takde flight pada tarikh tersebut so kami akan transit kat KLIA2 barula flight ke Kota Kinabalu.

Oh yes,my mil and my sil flight dorang dari Alor Setar, so kita jumpa kat KLIA 2 together gether.

Flight kami pagi hari tu, lepas subuh dah siap-siap,sempat minum je, nak makan tak berani kot dibuat nya sakit perut pulak dalam flight nanti. Aleesya pulak aku dah bawa bekal koko krunch mini tu dengan susu duthlady yang dalam kotak. Tu pun makan kat airport je. Ayah aku yang hantar kat airport.

Kalut jugak masa nak register kat airport sebab mysil dah online check in already, cuma luggage aku tu problem sikit. Sebab masa tu register atas nama my hubby tapi my sil pulak check in luggage on my name. Misunderstood kat situ. So settel, cecepat masuk departure hall. Fuff, benda simple je tapi takut miss flight tu yang ada kekalutan sikit. Al maklumlah first time nak jalan jauh sikit..bahaha

Lepas pemeriksaan kastam tu so ada masa lagi sebelum naik flight..Lepak-lepak dulu sambil bagi Aleesya makan. Punyala ramai orang both flight. Untuk ke KLIA2 Kami naik Air Asia. Aku dan hubby duk pikir macam mana agaknya Aleesya first time in flight. But before that memang aku dah prepared awal-awal sketch book and pensil untuk dia menulis nanti kot-kot rasa takut macam mamanya.hahaha

 

Luckyly, she enjoyed the first 10 minutes on the plane. Siap waaaaaa bestnya..Aduiii la, tak menahan sangat gayanya. Too exited boleh naik flight kan. Mama je yang emo terlebih kot dia rasa gayat ke apa ke. hahaha
Depart around 9.30am and sampai KLIA2 around 10.30am kami decide untuk isi perut dulu before my mil amd my sil arrive. Flight dorang delay, 11.30am maybe sampai. So sebab tak tahu nak makan kat mana, we decide to breakfast kat KFC je. Itu yang senang kan.

 

So lepak-lepak kat KFC sambil tunggu my mi and my sil sampai, dah boring kat KFC kami jalan-jalan sekitar cuci mata. Masuk Toys R Us buat cuci mata Aleesya, nasib baik mood membeli mainan tu takde..

Lama jugak la kami jenjalan kat situ. Then baru la my mil n sil sampai. Dorang nak makan dulu so ikut dorang pergi kat foodcourt sana.

Kami tak makan, minum pun tak. Dah kenyang dah. So settel isi perut kita pi beratur check in pulak. Kat situ baru dorang mintak surat doktor yang mengesahkan aku ni pregnant 27weeks and selamat to fly. Before fly aku dah pi Klinik Adilla and scan sesiap and tanya Doc Adilla sama ada aku boleh travel tak, so since Doc Adilla cakap ok, so aku pun ok la walaupun sebenarnya aku ada spot bleeding kalau aku kerja berat sikit. Nak buat camana, tiket pun dah beli. So aku tawakal dan doa semoga perjalanan pergi dan balik selamat je la. My sil pun doktor so tu aku berani sikit..

Oh ya, masa sampai kat KLIA2 tu aku pi toilet memang ada la bleeding tuh. Cuak gila, terus mood holiday merudum. Tapi pegang perut rasa baby gerak-gerak.. Terus blame hubby sebab dia yang beria-ia nak gi holiday..hahaha boleh gitu.. Keep doa mintak takde pape.

 

Nak ke Kota Kinabalu kami naik Malindo.. First time naik Malindo ni. Stewardess dia tak pakai high heels macam stewardess lain. Pakai selipar yang macam pakai kat rumah tu..Untuk keselesaan kot kan. Kat dalam flight nak pergi jalan depan belakang kang tersadung karpet time nak bagi makan tak ke naya kan. Bailah, ikut suka lah nak. Ehh.

So kami ambik makan kat dalam flight tu, aku dan Aleesya nasi lemak, sedap gilos,dan hubby pulak nasi beriyani pun boleh tahan gak.

 


Masa kat atas ngan Malindo ni dia main turun naik..aduiii seriau gak la..Aleesya pulak buleh dia dok suka flight macam tu.. Haduiii mama ni punya la ada rerama dalam perut ni..duk pegang hubby, dia siap exited lagi..Duk zikir dalam hati je. Bila la nak sampai ni sebab jenguk bawah nampak laut.. Siapa suruh jenguk-jenguk.

Sampai sana nak hujan rintik-rintik, kan Airport dia tepi laut, aku duk pikir flight ni nak mendarat ni lepas tak laut ni..apasal macam kat dalam laut lagi dah rendah..Sabor je lah kan..buat malu ngan Aleesya je mama ni..


So Alhamdulillah lebih kurang 2 jam lebih kat atas sana, sampai jugak kat bumi  Sabah ni. Fuf seberang laut kali ni.

 

Lepas mendarat, punya la lama nak lepas Kastam. Ramai pulak orang yang beratur.
Then ambik luggage kat bawah tunggu my sil setel urusan teksi terus pi hotel..

 

Aleesya rasmi katil dulu..

Ok sambung next entry okeh.

No comments:

Post a Comment