Search This Blog

Wednesday, October 19, 2016

5/2016~Progress Teratak Kecil Kami Part 3

Assalamualaikum.

Terujanya. Hanya itula yang aku rasa everytime pergi tengok rumah dalam pembinaan.

Seronok bukan main. Macam mimpi pun ada. 

Tetapi, biasalah, dalam proses buat rumah ni, tak dinafikan ada masalah. Biasa lah kan. Nak kata sempurna jauh sekali. 

Rasa kecewa bila ingat. Dalam pada beringat-ingat pun terkena jugak pada kami. Sedih marah kecewa. Tapi apa nak buat. Dah 80% pembinaan. And yes, memang kita sebagai tuanpunya boleh komplen, telah komplen and apa yang kita dapat?

Bila orang buat rumah kita macam tu, kecewa kan.

Wahai kontraktor sekalian, saya tak kata semua tapi segelintir. Please amanah dan jujurlah dalam kerja anda. Nak untung lebih, ambil pekerja atau tukang yang offer upah murah. Tapi kerja tak berkualiti. Bila tegur tau nak marah orang je.

Jujurlah, fikirlah. Jika itu rumah anda, apa perasaan anda. Bulanan yang ditolak dari gaji saya bukannya sedikit. Ini rumah pertama saya, dan semestinya saya inginkan yang terbaik. Setara dengan apa yang anda janjikan. Setara dengan bayaran. Bukannya saya nak minta rumah macam istana! Haiihh tetiba geram pulak kita dibuatnya. Inilah salah satu sebab aku dah takde mood nak update pasal rumah.

Teringat pasal rumah mesti sakit hati. Malas nak cerita. So kita tempek je lah gambar kat sini.


 Tengah buat tiang untuk porch.

  Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
 Proses memasang kayu untuk letak bumbung rumah.
Dah start nak letak bumbung rumah. Aleesya cakap rumah dah pakai topi. :p.. Topi pun topi lah nak.

Kalau gambar-gambar yang senget tak full macam ni mesti my hubby yang ambik. Isk, kita suka ambik yang full boleh tengok semua. Kan. Ni dah siap bumbung and dinding rumah pun dah dilepa simen.

And selepas beberapa minggu, sudah dicat lapisan pertama.

Ok till then, bersambung lepas ni ye.

No comments:

Post a Comment