Search This Blog

Tuesday, February 9, 2021

4/2021- My DSSS Journey Part 3

Assalamualaikum wbt

Hye semua. Sihat ke?

Musim-musim pandemik ni kalau sakit memang risau sangat la.

Aku pun dua tiga hari ni kena selsema pakej sekali dengan batuk pulak. Tekak pulak sakit, nak menelan pun azab. Dah 4 hari selsema baru cek tonsil, no wonder lah sakit. Dedua tonsil bengkak. Lama jugak dah sakit tonsil ni.

Sebelum ni duk minum air suam-suam panas tu.. Patut lah makin perit je rasa. Adoii.. Itu lah sapa suruh tak cek.

Selsema ni pun alahai stress juga dibuatnya. Dah banyak ubat telan still tak hilang-hilang lagi selsema ni. Memang biasa pun aku susah nak hilang kalau dah kena. Sakit itu penghapus dosa. Terima saja lah, dugaan Allah nak bagi. Alya dengan Aleesya pun kena selsema jugak. Aduyaii. Nasib baik semua aktif macam biasa jugak walaupun berhingus.

Dua hari aku WFH, hari ni baru masuk office. Kuarantin diri sendiri kat dalam bilik, taknak jadi penyebab orang lain pun turut sakit.

Ok jom back to business. Lama dah tak update progress my DSSS jouney. Eh tapi memang aku update by week pun. So hari Ahad lepas 07.02.2021 timbang berat 66.4kg. Alhamdulillah, ada penurunan lagi. Badan pun dah rasa lebih ringan, nak solat pun dah tak rasa mengah even lepas je makan nasi. 

Aku target bila berat dah 65kg baru ada cheat day. Nak tahu wishlist cheatday? 

.

.

.

.

 

                                                                                      Picture Google 

Menawan tak? Walau pedas ku tahan jua demi mu burger kemakmuran hahaha

Ok jom cek sikit kalori beliau..


Picture Kredit To FB Hitfat

Bukan kaleng-kaleng gaiss.. 510 kalori beliau, dah nak cukup separuh Daily  Calorie Requirement aku tu. So malam dah tak boleh makan la kalau macam ni. Untuk burn kalori bila kita dah melantak beliau ialah seperti di atas. 

Berjalan : 140 minit hahahaha. Mau tercabut lutut aku.

So begitulah, nak ke tak nak?? Ala, esok kita on track balik lah. Kata diet tak nak stress :P

Jom tengok menu DSSS.

 














Dah tak tahu yang mana breakfast, lunch and dinner. Lantaklah situ hahaha.

Jemput tengok lah if ada kawan-kawan yang buntu idea nak masak apa for DSSS. 


Till then.


Assalamualaikum.


me.myself.and.i

 

 

Tuesday, February 2, 2021

3/2021- My DSSS Journey Part 2

Assalamualaikum wbt

Hye semua..

Alhamdulillah dah 3 minggu aku teruskan DSSS.

Hati ada banyak bunga sebab dalam 3 minggu ni ada progress. Alhamdulillah syukur Ya Allah permudahkan urusanku untuk turunkan berat badan.

Rasa seronok sangat. Bila tengok penimbang dah nampak angka 6.. Alhamdulillah..

Mula start DSSS 11 Januari 2021 

  • Berat 71.8 kg

Hari ni 31 Januari 2021

  • Berat 67.4 kg 

Happy sangat, 4kg total loss dalam masa 3 minggu. Well, terbukti lah jika kita control makan, makan dengan seimbang Insha Allah ada perbezaannya. Slowly but surely. 

So siapa yang plan nak turunkan berat badan masih belum terlambat, kita masih di awal tahun lagi. Bermula lah dari sekarang. Jangan bertangguh. Kita diet santai-santai je, takde stress nak fikir yang ni boleh makan tak? Yang tu tak boleh. Yang penting dapat makan setiap kali meal time.

Jadi kawan-kawan, kalau nak ubah, ubahlah sekarang. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan. Lakukan sekarang.

Yess. I will do it. I will do and I can do!!

Picture from google

Picture from google

True indeed. Take care of your body now. Zaman sekarang sakit tak semestinya waktu tua kawan-kawan. Macam-macam penyakit yang datangnya dari makanan yang kita makan.
 
Dengan DSSS ni kita dapat turunkan berat badan dan satu lagi kita dapat jaga kesihatan juga. So jom bermula sekarang.
 
 
 
 
Till then, Assalamualaikum
 
me.myself.and.i
 
 


Sunday, January 17, 2021

2/2021- My DSSS Journey

Assalamualaikum wbt

Tahun baru ni apa azam uollss..?

Azam tahun lepas dah tercapai ke?

Hihihi

Dari pemerhatian aku lah, orang perempuan ni kan, satu je benda yang selalu aim di awal tahun.. Nak turunkan berat badan. Kan, betul tak..?

Yelah tak semua tapi ada. Tapi last-last ke laut. Aku tak kata kat orang lain, benda ni jadi kat aku je pun. 

Aku macam biasa lah, takdelah aim sangat nak diet, nak kurus ni.. Sebab dah tau selalunya memang hangat-hangat tahi ayam je. Diet, tak makan malam tapi berat liat sangat nak turun. Time naik tu senang je. Last-last ke laut dalam.

Tapi tahun ni lain macam pulak. Banyak baca inspired story and join group yang very supportive so aku nekad azam tahun ni nak turunkan berat sedia ada ke 60 kg. Sekarang berat aku 71kg. Memang obes teruk lah.. Tinggi pulak 153cm je so memang BMI tak normal weii.

So untuk mengelakkan aku terbabas di tengah jalan, so aku join group Diet Suku-Suku Separuh (DSSS). Cara diet ni aku rasa lebih sesuai untuk aku yang ada masalah gastrik.

Ok, apa itu diet suku-suku separuh ni?  Diet suku-suku separuh ni ialah pengambilan makanan yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran atau buah-buahan. Diet suku-suku separuh ni adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia jugak tau.

Sebelum tu banyak jugak la baca input-input tentang jenis-jenis diet. Diet pun ada banyak jenis tau. So pilihan di tangan kita nak kaedah mana. Pilih yang terbaik yang tidak membebankan badan dan yang selamat untuk badan kita. Dan yang paling penting in the end kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Pendek kata sihat dapat kurus pun dapat. Siapa tak nak kan.

Actually, aku baru je start DSSS ni pada 11.01.2021. Tak tahu lagi macam mana progress nya. Nak tengok dalam masa seminggu ni ada perubahan tak sama ada penurunan berat atau pun inch loss.

So untuk permulaan, ni lah menu DSSS ku.


12.01.2021
Lunch
Nasi, Ikan Tenggiri Bakar, Telor Rebus, Sayur dan Ulaman

12.01.2021
Dinner
Nasi Ayam, Ayam Goreng, Salad Timun Tomato

13.01.2021
Dinner
Ayam Bakar, Ulaman, sedikit sup ayam

14.01.2021
Breakfast
Roti wholemeal 2 keping with tuna

14.01.2021
Lunch
Nasi putih, ikan bakar,kangkong goreng belacan dan ulaman
  
Ini je lah yang sempat snap.
 
Setakat ni aku rasa diet ni buat aku lebih semangat dan tak stress. Hopefully dapat bertahan sehingga mencapai target yang diidamkan. Aamiin.
 
Till then, bye.
 
Assalamualaikum
 
 
 
 
 
me.myself.and.i




Wednesday, January 13, 2021

1/2021- Welcome 2021

 Assalamualaikum wbt.....


Tiba-tiba rasa semangat nak update blog. 


Entah kenapa.

Tak terlambat lagi kan nak wish new year.

By the way, its 2021 gaiss...tahun 2020 dah berlalu dengan seribu macam peristiwa bukan saja di negara kita tapi di seluruh dunia sehingga diumumkan sebagai pandemik. Covid-19! Selama 3 bulan negara kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan Alhamdulillah kita dapat turunkan statistik kes itu.
 

Bagaimanapun, masuk 2021 sekali lagi dilaksanakan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik oleh kerana peningkatan mendadak jangkitan covid-19.


Berlapang dada lah.. semoga dengan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP serta darurat politik kita dapat flatten the curve yang keep on rising sejak minggu lepas.


Jaga diri, jangan lupa pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer jika tiada sumber air, elakkan tempat sesak.. Please stay at home jika tiada urusan urgent di luar.


Itu je cara kita nak hindarkan diri dari covid-19 yang kejam ni.

Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami.. Angkatlah virus covid-19 ini dari bumi ini...Sembuhkanlah pesakit2 yang dijangkiti virus ini..Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah...Aamiin...

Sebaknya..sama-sama kita doakan agar tempoh ini berlalu pergi dan bawa bersama virus ini.

Pic kredit google.

me.myself.and.i