Search This Blog

Thursday, November 26, 2015

18/2015~Quiet Book

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas akak dapat whatsapp dari kawan ex ofis di Terengganu suh buatkan Quiet Book. Quiet Book femes lately dikalangan crafter-crafter..

Akak dah lama rehat during pregnancy ni..Tak nak buat kerja rushing-rushing..Tapi bila kawan cakap tak rushing so its ok, boleh try..

Kawan akak ni nak buat yang simple-simple je, sesuai sangat la dengan situasi akak sekarang..hehe

Jomla tengok gambar..






Buku ni akak buat 5 muka surat with felt ofkos..Kawan akak tu nak design dia macam ni..Dalam tu ada shape ; triangle, square, round, love and star..

Ok,till then..

17/2015~ Jahit Skirt Untuk Aleesya

Assalamualaikum wbt..

Semakin semangat akak menjahit lately ni..Weekend haritu buat skirt untuk Aleesya.. Masa tengah potong kain tu dah inform kat dia mama nak buat skirt princess..Kemain suka la dia sebabnya memang sekarang tengah mood princess to be pulak..Exited la..

Tapi pattern ni akak buat yang simple je dulu sebab baru nak belajar kan.. Kain pun yang dah ada balance buat sarung bantal..hehe tapi still kain cotton..

 Bila dah siap pantang ajak ambik gambar posing ala model terus..hahaha

Kebetulan masa buat tu anak sedara belah hubby (twin gegirl) ada balik sini so terus buat sekali untuk dorang...
 Jadilah kot..

Gambar blur pulak..adeh..

Pastu bila dah rasa macam ok la kot, jadik la skirt tu nampak gaya..terus google yang skirt kembang sikit, ada la dia punya tutorial tu tapi nak potong kain tu mcam susah sikit siap ada pengiraan...hahha

Then dia punya tutorial guna elastic band yang colour-colour punya sebab nak jahit terus tanpa cover dengan kain macam skirt yang sebelum ni..Biasa la kat negara akak ni susah nak cari alat-alat jahit yang gedebance punya ni bahahaha..gina elastic band yang biasa je la..

 See..dia punya lentok..hahaha

Twirly Skirt..suka kemain cik kak kita ni sebab bila pusing-pusing jadi kembang macam princess.. Seronok la..
 Terus ajak pi umah Tok Mek dia nak tunjuk skirt princess dia..

See cantik kan pattern twirly skirt ni..Berombak beralun gitu..Puas hati buat bila anak suka..wink***

Thursday, November 19, 2015

16/2015~Diy Nursing Cover

Assalamualaikum wbt..

Gigih betul akak sejak dua menjak ni..Opps terpuji diri sendiri pulak hauahauaua...

Sejak banyak google tutorial kat pinterest ni semua benda akak nak DIY je..hehehe

Actually lepas buat nursing pillow, akak jahit try jahit sendiri pulak nursing cover ni..Kain cotton dah ada,lama dah beli kat Kamdar ada beberapa tahun lepas. Tapi rasa menyesal pulak lepas tu sebab tak beli macam-macam design..Masa tu design kain semua cecantik..

Tapi takpelah, takde rezeki kan..So macam biasa lepas study tutorial akak tengok bahan-bahan pun tak susah cuma boning yang kebanyakan tutorial dari overseas guna untuk kasi lengkung sikit kat bahagian atas tu akak tak jumpa.

Bukan tak jumpa, tapi bila tanya kat kedai jahit mostly tak tau boning tu apa..hahaha ke panggil apa ek kat sini..Ada sesape tahu tak?

Gambar yang dah siap je pun...susahla nak menjahit nak pegang telefon bagai nih...

Amatur macam akak ni tak expert lagi..hahhaa

Ni lah lebih kurang nursing cover akak punya version..walaupun takde boning bagai, still melengkung jugak kat situ you ollls...hahhaha

Nak tahu akak letak apa, kertas pengeras yang awning tudung tu ler..orang panggil apa ehh? Boleh la cukup syarat sebab nanti function nak jenguk baby kat situ la kekdahnya... 

Kalau ikut tutorial dorang guna D-ring. Akak ada stok D-ring tapi kecik sangat..Malas pulak nak menyopping online D-ring yang size besar sikit tuh..Kalau tengah kalut nak tied up tali tu boleh mengamuk jugak rasanya..So akak derhaka sikit guna benda hitam tu.. Actually pun ada kat rumah jugak dah beli dulu entah nak buat apa dah tak ingat..So im use this black ring..haaa kau senang akak bagi nama dia..hahaha

So jadilah nursing cover akak punya version..Walla, senang je rupanya, haa akak terbangga sedikit sila abaikan lah ye hehehe..korang kalau nak buat sendiri  pon boleh jugak..Nanti kalau emergency nak breastfeed kat tempat awam takdelah segan sangat kot..


Ok, till then.

Tuesday, November 17, 2015

15/2015~Diy Nursing Pillow

Assalamualaikum wbt

Hye semo...phewww..2nd pregnant akak selalu je semput..Adeh, kalau tak makan tak boleh, then kalau makan pulak semput.. Rasanya makan pun bukan dalam kuantiti yang banyak pun :P

Tapi pejam celik pejam celik Alhamdulillah dah 5months ++ dah akak..Syukur sangat..Baby pun memang kuat bergerak dah dalam perut mama dia ni..Kekadang geli pun ada hahaa..kekadang tak sedar pun..

Ok, pregnant kali ni dah alert dengan tips tips pregnancy yang banyak di share dalam laman sosial as well as keperluan preggy mummy and baby..

So macam keperluan preggy mummy sekarang ni ialah maternity pillow untuk tidur yang lebih lena, pastu untuk lepas deliver nanti pula nursing pillow untuk bagi ibu-ibu lebih selesa semasa breastfeeding,kemudian nursing cover untuk ibu-ibu masa breastfeed kat luar atau jika ada tetamu datang rumah nak lawat baby, so boleh cover kan..

 Google

Akak ni bila dah masuk 5months ni tengah survey-survey la kan benda-benda kat atas tadi tuh.. Ya ampun, satu-satu barang tu mahalnya :P..bagi akak la hahaha.Ye akak paham, semua tu custom made pastu material pulak 100% cotton rasanya dan memang mahal harga semeternya kan..no wonder lah kan..pastu kekdah nak membuatnya pulak ingat senang ke jah...perlu kesabaran dan skill jugak tau..dah tu lagi nak komplen kan...hahaha

Zap zap terus cari tutorial camana nak wat nursing pillow tu..hahaha Punyala zemangat waja nya kan..Bila dah jumpa tutorial yang best and study camana detail process akak dengan exitednya mengajak Aleesya pecut ke Nagoya..mencari kain cotton yang best sikit, dah tengok kat kamdar beza pulak price dia and design kain pulak xberapa nak zaaaasss sangat..hahaha tapi opkos la xsecantik cotton yang dijual online tu..

Sedang elok masa tu cuti lama pulak, Deepavali bersambung dengan Keputeraan Sultan Kelantan..woooweee projek menjahit is ON bebeh..

Nursing Pillow
Pattern
Kain Putih Biasa 1 meter
Fiber


Hahaha..tak sempat nak ambik gambar masa dok tengah buat pillow ni..dah siap baru akak teringat..haha

Nurisng Pillow Cover
Pattern
Kain Cotton 1meter
Zip 16"
 
Ok lets see versi akak yang tak seberapa ni...

Free Pattern ni akak print out kat blog madebymarzipan.com (Thanks Marzi)..so kalau korang nak wat sendiri boleh la print out kan ye dan tutorial pun akak refer situ jugak.

 Ok bila dah potong ikut pattern, jadilah macam ni..

Then, dah siap jahit, yang melengkung tu kena potong tiga segi sikit (susah nak explain) nanti bila dah terbalikkan kain tak berkedut-kedut sangat kat situ..

 Ok terbalikkan and boleh iron sikit untuk memudahkan kita nak attach zip nanti..

Zip tu akak letak kat belakan senang nak jahit and nak masukkan pillow tu dalam cover..

 Ok dah siap jahit zipnya..

 Dah siap..
 Taararrraa...
There is my nursing pillow..yahhhuuu..I made my own nursing pillow (Bangga tau akak hahaha) ..satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata bagi amatur macam akak ni...waaahhh ayat memang takleh blaahh...hihik

Ok semua..selamat berDIY!!!!