Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

2/2016~Aleesya First Time At School

Assalamualaikum wbt

Rasanya anak mama ni masih kecik je..Tup tup dah masuk 5 tahun dah.. Tahun lepas dah inform siap-siap nanti kena pergi sekolah ye..Mula-mula tu taknak..Aduii naik runsing akak nga husband.. Mana taknya, siap cakap taknak sekolah nak duk rumah..Haduiii

Dah selesa sangat duk rumah tengok tv je kejanya kan..So bila sebut sekolah terus taknak..

Last-last nak akhir tahun tu Alhamdulillah, pujuk-pujuk tunjuk sekolah terus angguk je...

Pada 03/01/2016 bermula persekolahan di Kelantan..Akak cuti sesiap nak antor dia pi sekolah..Teruja dan bimbang pun ada takutnya dia susah bangun pagi..So malam tu paksa dia tidur awal..Pukul 10 dah masuk tidur, biasa pukul 12 hahaha..

 

Esoknya Alhamdulillah semangat nak pergi sekolah siap nak bawak beg lagi..Daftar start pukul 8.00 pagi.. Kami decide untuk hantar dia ke Tadika Kemas sebab dalam kampung kita je.. Lagipun senang, kalau Papa dia tak boleh ambik nanti Tok Ayah pun boleh tolong ambikkan..

 

Lagi satu,Kemas yuran dia murah la compared to Tadika lain..So if dia buat perangai tak nak pergi sekolah pun takdela terasa sangat la kan hahahaha
Kami just nak ajar dia ambik suasana sekolah macam mana, how she meets new friends, jumpa teacher,learn something new kan kat sekolah.. Kat rumah dah homeschool sikit-sikit tapi sorang-sorang..So kita just nak dia belajar sesuatu yang baru...InshaaAllah next year 6 tahun dah biasa dah..

Sampai-sampai je di sekolah ada macam-macam drama pulak..Ada sorang dua yang menangis..Akak duk berzikir jugaklah hopefully sindrom tak berjangkit ke Aleesya..Siap bayar yuran pendaftaran, kami decide nak tinggalkan dia je sebab taknak duk lelama kat situ.. Mula-mula tu taknak bagi kami keluar, akak pujuk dia cakap mama tunggu kat luar ye..Nasib baik dengar jugak.. Good girl..

Pastu kami tinggalkan terus, and keluar breakfast..Dalam kereta rasa macam pelik je berdua dengan husband..Biasa ada budak kecik kat belakang..Sekarang rasa macam dating masa bercinta..Ohhh peliknya..Sayu pun ada, yela kami tak pernah tinggalkan dia even sekejap pun tak pernah tinggal..nak pergi mana-mana pun mesti bawak..hmmm rasa tak lengkap tanpa anak..sob sob

Then pukul 11.55 kami dah kat depan sekolah nak ambik dia..Punyala exited dia bila tengok kami..

Tak nangis pun..Alhamdulillah..A good start to a new journey ye Kakak Aleesya (dah kena panggil kakak dah ni)

Pastu terus pi cari uniform sekolah dia sebab cikgu advise better beli dulu sebab kalau nak tunggu sekolah bagi nanti lambat pulak..Kami pun rasa camtu jugak, lagi nak suruh di semangat kalau nampak pakai uniform sekolah kan..Pakaian Kemas ni senang je nak cari..Ada jual kat kedai-kedai je.. Tapi kedai terpilih jugak la..tak semua..So kami beli 2 pasang terus sebab biasa la kan kanak-kanak ni..kalau tak kotor bukan kanak-kanak pulak kan..

Tapi so far, dalam 2 minggu persekolahan ni baju Aleesya tak kotor pun tapi akak tukar jugak la kot berbau..kan budak-budak ni aktif berpeluh..

 

Hari khamis minggu pertama dah start berdrama tak nak gi sekolah..Ah sudah..Tapi dia bukan sesaje taknak pergi tapi dia tak sedap badan, selsema..Maybe jangkit kat sekolah kot..tak selesa sebab hidung tersumbat so dia jadi bad mood.. So takpelah akak inform cikgu cakap Aleesya tak sihat je..

 


Minggu ni ada drama jugak tapi bila papa dia pujuk Alhamdulillah sampai jugak ke sekolah.. Tapi satu je masalah dia cikgu bagitahu Aleesya ni makan sikit je..Kadang-kadang tu tak makan langsung..Akak dah agak dah.. Bukan main bila akak tanya hari ni makan apa boleh je dia cakap makan nasi goreng la mee sup la.. Rupa-rupanya dia tak makan pun...Haduiii la anak..Camana nak buat ni..Picky eater! Nasib baikla kat rumah dah breakfast dengan koko krunch.

So hari ni akak preparekan bekal..Hari ni bawak nugget dan air ribena..Hopefully dia makan la..Suh husband pesan kat cikgu dia nanti suh dia makan nugget tu je time rehat..

Balik kerja selalu akak tanya dia belajar apa kat sekolah..Dia cakap belajar ABC..
Kalau banyak-banyak tanya dia cakp dah letih..Aduii so biorkanlah..Malam-malam nak tidur baru dia cakap balik hari ni dia buat apa kat sekolah..hahaha

 
Anak-anak buah akak yang mula sekolah darjah 1..Aleen dan Hazril..Sorang lagi Nia Marissa dah darjah 2..Belajar elok-elok ye semua...

Hopefully anak mama Aleesya Damia dapat bersekolah hingga ke penghujung tahun..belajar pandai-pandai ye sayang..

No comments:

Post a Comment