Search This Blog

Wednesday, October 3, 2012

MasterChef Malaysia 2

Assalamualaikum wbt....

Hai semua..tengok tak MasterChef 2 kat Astro? Mesti tengok kan.. Dah berapa episod dah sekarang ni..4 orang dah tersingkir..Aku follow MasterChef ni dari Musim 1 dan MasterChef Selebriti.. Aku suka tengok orang masak.. Macam best je.. Dan apart from that kita pun boleh belajar kan.. Yelah sebab selain daripada bertanding program ni akan buat kelas setiap minggu dan ketiga-ketiga ( Chef Joe,Chef zubir dan Chef Adu) akan ajar dan share experience diorang..

Terlebih dahulu yang hanyalah pendapat peribadi aku je,takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah takde.. MasterChef Musim 2 ni macam apa pun tak boleh...Sambil-sambil tengok diorang masak boleh tengok jugak ye sesi kutuk mengutuk sesama sendiri..Aduii ini aku rasa macam tak best..Asyik main kutuk-kutuk je..

Setiap kali pun macam tu..Tak semua la,ada yang ok dan ada yang tak ok..Bagi aku diorang ni tak sama dengan peserta Masterchef Musim 1,takde nak gaduh-gaduh..Eh ada jugak kan..Ingat tak kes Zamir dengan nama apa tah tak ingat dah yang tulis novel tu..Gaduh jugak tapi takdela melarat sampai setiap episod kerja nak mengutuk dan asyik tak puas hati aje..

Episod luar malam tadi memang ketara sangat..Setiap kali masak berkumpulan ada saje perbalahan.. Nampak sangat tak boleh kerja berpasukan..Siap ada yang nak bagi penampar lagi..Aduii mulut,sangat tidak hormat..Eh kau dah masuk tv,kau bagi komen for sure akan keluar tv,dari situ orang dah tahu personaliti kau macam mana..Kau ingat kau bagus sangat ke..Kalau pun kau bagus dari orang lain pun,sensitiviti orang kena jaga jugak bro..

Yang sorang lagi pulak asyik nak memberontak pulak keje dia.. Ada saja yang tak kena..Dia tegur orang boleh,orang tegur dia tak boleh..Siap suruh orang buat sendiri kalau dah pandai sangat..Amboi amboi amboi.. Propa mengalah Double A pulak korang ye..Macam-macam..

Dari pemerhatian peribadi aku peserta-peserta Musim 2 ni masing-masing nak tunjuk hebat.. Tak mahu kalah dan pantang ditegur..Susah macam ni.. Berbeza dengan MasterChef Musim 1 kan..Rasa macam masuk MasterChef ni bukan nak jadi Chef pun tapi nak glamer dengan mengutuk dan bergaduh..
 
 
Apapun suka Ammar Etiqa dan Nina...hehehe..
 
Semua nak jadi pengganti Dr Ezani, tapi Dr Ezani tak banyak cakap low profile tak suka salahkan orang lain..Tapi yang sekarang...hmm nan ado..
 
Ok thats all..
 
p/s: Ini hanya pendapat peribadi aku je..Peace.. 
 

No comments:

Post a Comment