Search This Blog

Wednesday, April 22, 2015

3/2015 ~ We Are Moving

Assalamualaikum wbt...

Dugaan pertama kami pada tahun 2015.

Balik dari rumah mak aku petang Jumaat di bulan Mac,dapat call dari tuan rumah kami menyewa.

Yang muqaddimah nya aku taknak cerita la.

Yang aku dengar je "Macam ni, akak nak bagitahu yang akak dah nak duduk rumah tu"

Dang!!!!!! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Macam ada pintu terhempap kat kepala aku. Ok tipu. Angan-angan untuk habiskan sisa-sisa kehidupan sebelum siap rumah impian tidak tercapai.bahahha..bahasa tak boleh blah.

Alahai tuan rumah ni. Kenapa la nak duduk rumah ni. Kan dah ada rumah kat Kolumpo sana kan..Aduiyai ahkak pun.

"Akak nak duduk sendiri ke"

"Tak, anak akak dapat kerja kat sana, nak bagi dia la" So, akak bagi masa sehingga akhir bulan 4 lah ye.

Lagi dang!!!!!!!!!!!!

Bulan 4 kak? Sekarang bulan 3 kak, mana la aku nak carik rumah area Kota Bharu dengan sewa yang berpatutan dan dalam masa terdekat macam ni. 

"Tula akak just nak inform tu je la ye. Ok bye..Tut tut tut tut..Ahkak letak telepon.

Dalam keadaan adrenalin yang masih kencang terus call hubby inform berita yang aku rasa sangat memeranjatkan aku.

Well termenung jugak..Terus whatsapp adik beradik call mak aku whatsapp group kawan-kawan mintak tolong carikan rumah sewa..

Aku tak nak salahkan tuan rumah sebab dah rumah dia. Dia berhak. Tapi aku nak salahkan dia jugak..Mentang-mentang rumah dia. Boleh sesuka hati buat macam tu??? What the fish kan..Do I care??? Tuan rumah jawab...muahahah ok takde kena mengena..

Takdelah, aku dengan hubby cakap nak buat camana dah rumah dia. Kita pindah je lah..Sambil memasing maki dalam hati...buahahahaha..

Petang tu hubby pusing-pusing area kawasan rumah aku kot-kot ada rumah untuk disewa.

Aku bukan apa, aku ralat sebab barang kat rumah sewa sekarang ni banyak sangat.Duk pikior nak memunggah barang yang ya ampun banyaknya..Dan lagi tahun depan kalau takde aral rumah impian aku siap la agaknya..Bukan dah jadi dua kali pindah kat situ.

Pikir benda ni jadi aku makin stress. Rumah tak jumpa lagi pun aku dah start packing barang-barang yang tak berapa diguna..Adoiii kalaula ada Doraemon yang boleh tolong aku packing barang-barang ni kan best..Huwaaaa,.

1 week after dapat news yang tak sedap didengar tu, hubby yang keluar balik dengan muka happy.

Exited dia panggil aku.

Yang, ada rumah tu nak bagi sewa. Dekat ni jugak..

Alhamdulillah..Rezeki kami agaknya. Alhamdulillah. Tak sangka pulak cepat je dapat rumah sewa tu. Kebetulan rumah tu dah siap renovate dan tuan rumah baru tu nak dapatkan penyewa dengan kadar segera.

Rumah banglo sebuah tapi direnovatekan jadi berkembar. Sebelah tu tuan rumah letak barang-barang dia, sebab sekarang dia tinggal dengan anak dia kat Seremban nun.

Kami terus pergi tengok keadaan rumah. Memang dekat sangat dengan rumah aku sekarang. Takdela terasa sangat nak pindahkan barang-barang. Bincang-bincang pasal sewa dan deposit segala dan deal terus. Tak larat dah nak fikir dan cari rumah kat area lain.

Bermulalah hari-hari yang sangat meletihkan. Kemas. Kemas Kemas. Packing Packing Packing

 

Letih yang amat..Oh letihnya nak pindah rumah. Takmo pindah dah rasanya lepas ni. Tapi apakan daya aku takde pilihan pun.

Hari Jumaat minggu berikutnya kami pergi basuh rumah, kemas-kemas apa yang patut. Bukan apa, rumah tu baru lepas renovate. Berdebu jugaklah.


Aku apply cuti rehat sesiap untuk kemas barang rumah baru yang disewa tu.

Aku call tuan rumah sewa lama untuk inform yang aku last kat rumah dia sampai end of Mac. Bulan 4 aku dah kosongkan rumah dia tu.

Hubby aku punggah barang-barang kecik dengan Myvi jer tau. Aku pun dah tak ingat berapa trip duk punggah barang-barang- Tetiap malam kami jalankan operasi memunggah.

Sampaila 27 Mac tu malam Jumaat tu dah habis dah barang kecik-kecik tinggal lagi sofa,almari baju, almari solek, almari kaca untuk dipunggah dengan lori.

Malam tu kami start tidur di rumah sewa yang baru..

Sedih jugak nak tinggalkan rumah tu walaupun rumah sewa. Lama jugak kami tinggal kat sana awal tahun 2011 sampai sekarang..Almost 4 tahun jugak la.Kenangan tu, dari berdua, dari makan kat atas lantai, tak berlangsir susah senang membeli perabot one by one..sob sob sob..dan dah bertiga dengan Aleesya..

But tulah..dugaan pulak sempena dengan nak menyambut GST agaknya..hikhik

Ok bai.

No comments:

Post a Comment