Search This Blog

Wednesday, April 17, 2013

Oh My Darling!!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ni rasa macam nak cuti je..Sebabnya teringat kan Aleesya..Semalam termarahkan dia..Terkuatkan suara..Terjerkah dia..Tak sengaja..Orang kata kalau nak marahkan sesuatu jangan duk dekat ngan anak..Tapi takkan la aku nak berkurung dalam bilik pulak..


Termarahkan dia..cepat-cepat peluk dia..Kita pulak yang merembes airmata..Dia pulak tepuk belakang kita..Pelik tengok kenapa mamanya menangis..Tapi semalam selagi tak lepas peluk..dia pun duk diam je..Maybe faham maybe tidak..

Nah..hari ni macam ni lah..Lemau,sedih..Aku pun dah satu hal..Memang salahkan diri sendiri..Nak marahkan nyamuk,kelambu pulak dibakar..

So mommies..kena tingkatkan kesabaran bila berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil ini..Kadang-kadang kita faham apa yang dia nak..Dia pulak tak tau nak explain macam mana kat kita..

Macam Aleesya,vocab dia kalau nak sesuatu dia sebut..

1.  air air air - kadang-kadang memang betul dia nak air tapi kadang-kadang bukan
2. kuk kuk kuk - Biskut,nasi whatever jenis makanan ataupun nak suruh buka vitamin dalam bekas..
3.pin pin - Nak tengok tv sambil-sambil hulur remote - biasa tengok upin ipin,kadang-kadang cerita lain pun dia panggil pin pin..So jadi jenuhla nak next kan cerita yang mana satu dia nak..
4.Shi - pakai kasut..orang ajar shoe dia sebut shi..:)
5.Yeay pai - yeay sampai (bila naik kereta dan berhenti kat mana-mana dia akan cakap yeay pai..cute.
6.Ball - ball dah boleh sebut bola
7.Cat - cat is kucing kadang-kadang yyeowww..hehehe wat bunyi sekali
8.aa-il- mail 2 singgit dalam upin ipin..hahaha aku tak tau dalam ramai2 watakk upin ipin dia boleh ingat mail...

Tu je yang aku ingat setakat ni..Ada lagi yang dia boleh sebut kalau time dia tengok upin ipin tu..Pandai sangat imitate cerita upin ipin..Kalau duk dalam bilik boleh lagi wat aksi sama yang kat dalam cerita..

Suka sangat menari..Lagu Oppa Gangnam Style tu..Pantang dengar muzik tu ha menarilah dia..Pantang jumpa pak sedara dia,dipasang lagu ha menarila dia..Sambil buat tangan ala - ala Psy tu..

Oh my darling..

No comments:

Post a Comment