Search This Blog

Sunday, June 23, 2013

Me And Anggun

Assalamualaikum wbt..

Hello hello hello...apa kabar semua..Ada baik..Alhamdulillah hopefully semua sihat2 ye..Aku,alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt dan masih diberikan peluang untuk berada dibumiNya..Terima kasih Ya Allah..

Ni dah habis walkaton dh ni..Duk tunggu apa aktiviti seterusnya..Sambil-sambil minum air..hehe

Sebut pasal sihat,semua nak sihat kan..Aku pun nak sihat..Memang aku sihat,realitinya nampak la sihat..tapi kalau dilihat dari segi kesihatan "sihat" aku ni xberapa elok..Sebabnya BMI aku dh mencecah 25.4 = overweight..What????? Ohhhh nooo...

Dulu berat 55kg je..Sekarang dah 62kg..Alamak..


Apa nak jadi, apa nak jadi..sampai sekarang tak turun lagi..hahahahooiiii..

Bukan aku tak usaha nak turunkan..Aku dah, aku dah cuba minum SDII kawan aku Yatt (JAN Terengganu) jual..2 tin dah aku consume tapi degilnya lemak tepu ni tak nak turun juga..Lemak ni bukan takat degil anak dah..dah sampai degil bapak dah ni..hari tu lepas consume rasa macam ringan jugak tubuh walaupun berat tu xnampak sgt turun tapi aku rasa ada perubahan..Yela tubuh kita kan..Tapi bila dah kembali kepada rutin biasa ni..Jadi balik la..xkonsisten pulak diet aku dan yang paling utama sekali masalah aku ialah tak berdisiplin.. Camana tu,kalau diri sendiri tu dah tak berdisiplin macam mana nak buat kan..Ko beli la produk apa-apa pun kalo ko xberubah duk macam tu la jugak kiah oiii..Oit aku bukan kiah..Cettt hehee termarah diri sendiri sebab dah habis banyak tapi berat tak turun2 jugak..

Semua gembira setelah berwalkaton..hihihi

Aku kan keje bawah KKM so ada rasa bersalah jugak la kalau xjaga kesihatan..hahaha..So start tahun 2013 ni Pengarah JKNK ada melancarkan Program Anggun untuk semua kakitangan..So setiap bulan pasti ada aktiviti untuk kakitangan-kakitangan keluarkan peluh,beriadah dan bersenam..Aku pun join gak la sebab kalau nak tunggu aku buat sorang2 payah jugak la..Kalau reramai ni seronok la jugak kan..

Tema kaler group kami ialah Purple @ Ungu @ Putih Setar..hahaha ore kelate panggil

Actually aktiviti ni dijalankan sebulan sekali dan dibahagikan kepada Unit2 Kecil. Jadi kalau kami di seluruh Kota Bharu ni ada 12 unit so setiap bulan unit2 ni akan bergilir-gilir buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh dan yang penting dapat kuruskan badan. Ha, yang bagusnya dari awal tahun berat badan,tinggi serta BMI telah diambil dan setiap bulan berat kena timbang dan kena report kepada penyelaras..Sampai akhir tahun kalau ada kakitangan yang berjaya turunkan berat badan boleh dapat hadiah ye..Wah bestnya..Tapi sepanjang Januari hingga Jun ni aku rasa berat badan bukan setakat turun berkilo-kolio tapi yang naik berkilo-kilo adalah...Haiiiiihh..Nak gelak pun ada..Tapi korang tau,bukan aku sorang je malah ada la jugak staf2 kat sini nak menunjukkan penurunan tu amatlah tipis sekali..

Setakat ni program yang dijalankan ialah Walkaton,Senamrobik,Senamtari dan Futsal..Tujelah aktiviti yang boleh melibatkan orang ramai..Aku kalau senamrobik dan senamtari ni semangat sangat..Tapi turun tu yang tidak..hahaha

Oleh kerana ofisku ditempatkan di Pejabat Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian jadi aku (Unit Audit Dalam Kesihatan) kena la jugak join bawah Bahagian Pergigian..Kami UAD bertiga tapi biasanya aku jelah the one and only yang join.. Wakil la katakan..Nampak la jugak aku menyumbang..hahaha..

Half of the kakitangan Bahagian Kesihatan Pergigian..Yang berdiri di belangan dua dari kiri pakai tudung purple tu la Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian..

No comments:

Post a Comment