Search This Blog

Monday, April 1, 2013

Aku dan Kerjaya

Assalamualaikum wbt..

Haiii..dah masuk bulan April dah..kejapnya kan..2 bulan lagi dah setengah tahun 2013..huii.. Minggu ni aku berkampung di Tanah Merah, Kelantan macam biasa berkhidmat untuk negara..cececeh..berkhidmat la kan..dulu lepas habis belajar semua berduyun isi SPA Online yang dikenali jugak SPA 8..hehehe..

 Aleesya dah setahun masa ni..Misi untuk aku update pasal tidak berjaya dek kerana tiada masa menulis blog..

Aku agak lambat jugak mintak kerja dengan government ni..Orang lain disekeliling aku, kawan-kawan aku ada jugak yang apply masa akhir semester..Tapi eh eh kenapa masa tu aku tak tahu pape ke hah..Entah kemana aku pikir masa tu..Kelaut sungguh..hahaha..Maybe aku concentrate nak habis belajar je taknak fail di akhir semester..Seram weyh kalu sangkut, Malu pun ada....Tapi Alhamdulillah selama 5 tahun belajar kat UiTM takdela pernah sangkut paper pun..Aku bukan kategori cemerlang..hahaha tapi boleh la..GPA 3.00 above, masa diploma dulu pernah sekali dapat Deans List.Alhamdulillah la,ada jugak good record.. Pastu aku pun grad dengan Second Class Upper..Alhamdulillah..walaupun bukan calon First Class..hehehe Rezeki takat tu je kan..

Seingat aku, 4 kali jugak aku dapat interview SPA ni. Pembantu Akauntan (Kenapa la aku pilih jawatan ni sebab memang sah-sah dah tak boleh, tapi ada setengah orang tu dapat je walau ada degree), Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit.. Aku agak menyesal jugak la sebab pengetahuan aku tentang kerjaya dengan government ni agak kurang.. Adehh menyesal pun tak berguna dah..Orang lain dapat PTD la, Pegawai yang bermula dengan 41..Sekarang baru kesedaran..
Tapi yelah maybe rezeki aku di sini..Kena bersyukur tau, sebab kawan-kawan seangkatan aku ada jugak yang tak dapat kerja sampai sekarang.. Kesian dia..Dan ada senior aku jugak ada degree/diploma tapi jadi surirumah..Well,yup ok apa housewife pun kerja jugak kan tapi yelah kalau nak ikutkan kita belajar bertahun-tahun mesti nak kerja kan,dapat gaji hasil titik peluh sendiri..Nak shopping sesuka hati sebab duit kita khennn...hehehe


Hari ni mengantuk sangat weyh aku..tersengguk-sengguk aku kat belakang travel dari Kota Bharu ke Tanah Merah..Tau-tau dah sampai Tanah Merah..Kami bertiga,actually kalau bertugas luar kami kat negeri menggunakan kereta sendiri apabila outstation.. Hari ni Ketua Seksyen aku bawak kereta so aku kat belakang terhangguk tersengguk..hehhee

Sebabnya Aleesya demam naik cacar air (bertih bahasa kelantan).. Pukul 3-4 pagi menangis-nangis mengamok sebab pedih dan sakit..Kesian sungguh..Dia bagitahu aku `akit akit (sakit).. Sabar jelah kan..Kalau korang yang baca ni ialah kaum-kaum ibu mesti sayu hati kan bila anak mengadu sakit..Dah la dia kecik lagi..Aku lap-lap dengan tuala basah so ok la sikit..

Tapi agak pelik jugak aku sebab tak banyak macam biasa-biasa aku tengok kat badan dia.. Sikit je,cuma yang merah2 macam chicken pox tu banyak la kat bahagian betis then kat lain boleh kata sikit je..Ish..Konpius mak..

Tadi aku nak cakap April Fool tapi dah lari topik pulak..hahaha..apa daa..Next time la pulak..


No comments:

Post a Comment