Search This Blog

Thursday, October 24, 2013

2 years Old My Little One

Hye semua..

Pejam celik pejam celik dah besar dah anak mama..Alhamdulillah bersyukur kepada Allah setakat ni dikurniakan anugerah yang tak terhingga ni dalam keluarga kecil kami.

 Minat sangat dengan upin ipin papanya pilih kek yang boleh letak gambar upin ipin.. Tarikh lahir Aleesya tahun ni jatuh pada 10 Julai bersamaan dengan 1 Ramadhan.. Jadinya tak berkesempatan la nak buat majlis harijadinya.. Takpelah, tak wajib..Ada yang potong kek dengan mama dan papa pun jadi lah ye..

Title pun dah bertukar, bukan lagi baby tapi kanak-kanak..Dah banyak dah progressnya..Walaupun progressnya tak semaju kanak-kanak lain sebaya dengannya..Tapi alhamdulillah..dikurniakan tubuh badan yang sihat..Cuma masalah kulit tu tengah berusaha sehabis boleh..hukhuk

Suka sangat dengan bola..

 Yelah sesetengah kenalan aku ada yang anak sebaya dengan anak aku, diaorang cakap anak dah pandai cakap, macam budak besar dah..Tapi anak aku ni lambat sikit..Yelah biasa growth kanak-kanak ni berbeza kan. Kalau kita tengok masa diaorang nak meniarap, merangkak,berjalan, dan tumbuh gigi tu semua berbeza..Tak de pulak ada rules yang cakap kalau anak setahun mesti kena berjalan...

Well, bukan jadi masalah kalau umur setahun tak dapat berjalan or bertatih lagi..Ada sesetengah kanak-kanak lambat dan ada yang cepat..Tapi kalau dah lewat sangat boleh jadi masalah serius la kan..Itu kena rujuk pakar.. Sama jugak dengan bercakap..


Kalau kat buku rekod klinik kanak-kanak tu ada kan yang bagitau ibu-ibu secara spesifik target perkembangan anak-anak dengan umur pada masa itu..So kena ambik cakna jugak.

Dulu masih tak pandai nak panggil mama..Sekarang dah boleh dah panggil mama dan papa kalau nak sesuatu..Kadang-kadang panggil aku 'akak'...hikhik


Terpengaruh dengan upin dan ipin..tergelak kalau dengar dia panggil akak..Tapi aku tak biarkan, kalau dia panggil 'akak', aku akan betulkan dan cakap 'mama' dan dia pun akan cakap 'mama'...Ok la biasala kanak-kanak kan..

Pastu apa yang aku bangga dengan dia segala sisa makanan yang dia jumpa atas karpet, atau sampah kecil-kecil tu dia akan terus buang dalam tong sampah..good my little dotter..dan biasala bila dia buat benda yang bagus kita akan praise dia..tepuk tangan said good girl, high five dan hug and kiss..:)

Semenjak dah besar ni kalau nak kemana sibuk je nak bawak mainan sekali..Adui,banyak pulak tu..Kalau dia nampak benda tu masa nak keluar semuanya nak bawak..Jenuh nak memunggah masuk kereta..Berlambak mainan dalam kereta..


Lepas tu sekarang suka pulak tengok movie, UPS,Finding Nemo, Cars, Rio, Hotel Transylvinia dan macam-macam lagi la..Aku tak strict sangat la kat dia kalau nak tengok bagi je la tengok..Especially time makan dan time aku nak masak.. Of course la kan..Time makan for sure kena cari benda yang boleh buat dia ralit..Dalam 10 minit pun takpe dah...Kalau tak, tak berkualiti la time makan dia..Makan sikit, main banyak, aktif toksah cakap..Sekarang suka merajuk,bila merajuk suka meyorok belakang pintu..kelakar pun ada..Lepas tu nak tunggu mama dan papa pujuk..

Hiks..semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah, dengar kata dan hormat orang tua..:)




No comments:

Post a Comment