Assalamualaikum wbt semua..
Dah lama tak update blog. Tapi kan sekarang tak ramai dah
blogger yang aku follow update blog. Terasa suram dah dunia blogger ni. Maybe
peredaran masa kan dan ramai beralih ke medsos lain yang lebih in sekarang.
Aku yang suam-suam kuku pun malas tapi bila sesekali baca
story lama best jugak. Mengimbau kenangan semua tu. So nak tak nak mari lah
yang suam-suam kuku ni lah update hahaha.
Well start dengan bulan Jun, cuti sekolah datang lagi. So
cut it short, aku dah suami plan nak short trip ke Penang.
Kami bertolak pada hari Jumaat 03 Jun 2022 lebih kurang
pukul 8 pagi. Breakfast dengan minum milo je dulu. Aku ada buat bekal sandwich,
mihun goreng, nuggets dan sosej untuk kids. Of course ada roti jugak. Suami je
makan dulu, aku dan anak-anak tak lalu lagi pepagi nak breakfast, tambah-tambah
nak rushing makan so takpelah nanti kita berhenti kat RNR ke apa atau makan je
kat atas kereta, apa ada hal kan. Kita buat dia hahaha. Tiber.
So dari rumah area Bachok arrive kat Petronas Jeli pukul 9.
Perut dah berkeroncong mintak diisi. Untuk elak apa-apa jadi sepanjang vacation
ni so baiklah berhenti makan dulu. Kan datang angin kus kus tak seronok
pulak nak cuti-cuti kan. Kat sini makan bekal mihun goreng dan sandwich, kids
makan nuggets n sosej.
Lepas kenyang semua kita pun mula perjalanan balik. Dah lama
tak naik jalan bukit-bukit ni. Pening jugak la kepala aku ni. Jalan raya pun
boleh tahan jugak la berlubang sana sini haihhh.
Sepanjang perjalanan kat atas bukit Jeli-Gerik ni aku duk
berdoa dalam hati mintak dijauhkan berjumpa dengan gajah. Bukan apa, ramai duk
update jumpa dengan gajah kat jalan Jeli – Gerik masa pulang beraya bulan
lepas. Habitat dia kat situ nak buat macam mana kan. Cuma kita kalau boleh tak nak
lah jumpa dengan dia. Takut. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar tak
bersua dengan gajah atau pun binatang liar lain. Syukur Alhamdulillah.
Lebih kurang pukul 2.30 petang sampai kat Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang. Eh dah kenapa tiba-tiba pulak sampai Kampung Agong ni kan hahaha. Kampung Agong ni memang dalam list dah nak kena sampai bila ke Penang. So kami plan untuk singgah terus sini sebelum masuk Georgetown.
Aku dah pasti mesti ramai yang dah tahu pasal Kampung Agong ni kan atau nama sebenar Homestay Kampung Agong, Penaga. Kawasan seluas 10 hektar penuh dengan props untuk bergambar ala-ala di Bali katanya. Sangat cantik dan mendamaikan. Duduk berjam-jam pun tak terasa except lenguh kaki dah nak berjalan.
Ok serba sedikit info : Homestay Kampung Agong, Penaga
Kampung Agong terletak di tanah besar, di Penaga dan kira-kira 50 minit untuk sampai ke Georgetown. Pemilik menamakan Kampung Agong sempena nama panggilan datuknya iaitu 'Agong'. Kampung Agong dibuka untuk orang ramai pada Ogos 2019, di kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai kira-kira 500 pokok kelapa yang dikelilingi sawah padi.
Waktu operasi ll 9.00
pagi – 6.00 petang ll Dibuka setiap hari
Bayaran Masuk ll Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5
Bayaran Parking ll RM3 ll
Makanan dari luar tak boleh di bawa masuk. Tapi jangan risau kat dalam Kampung Agong pun ada cafe jugak. Ada tempat jual ais krim dan air mineral. So kalau tak nak lapar baik makan sesiap untuk tak mengganggu mood korang nak posing nanti hahaha.
Kat sini dont worry, tak panas sebab penuh dengan pokok-pokok kelapa, angin sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman dalam suasana kampung. Pondok-pondok pun ada banyak kalau rasa dah tak larat nak berjalan. Yang paling aku suka tong sampah banyak hahaha. Ok jomlah tengok gambar.
Ok, jalan-jalan sekejap nak sampai kat entrance. Banyak lokasi jugak tak sempat nak bergambar. Masing-masing dah penat. Takpelah dapat tengok dan rasa suasana tu pun dah happy. Dekat 2 jam lebih jugak spend masa kat sini.
Next kita teruskan perjalanan ke Georgetown pula ye. Anak-anak dah tak sabar nak check in hotel.
So Kampung Agong, checked!
Till then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment