Search This Blog

Sunday, December 27, 2015

20/2015~Progress Teratak Kecil Kami Part 1

Assalamualaikum wbt..

So the time is come akak nak story pasal progress teratak kecil kami.

Kontraktor call akak minggu lepas kata nak pergi clear tanah..Of course la terkejut ahkak kan..Yela, actually akak sebenarnya dah malas nak fikir dah, bila rumah kami tu nak start dibina kan..

Bila dah kontraktor cakap nak clear tanah hari Khamis 10/12/2015, so sedang molek esoknya hari Jumaat tu boleh la buat solat hajat kat tapak tu.. Bukan apa kan, kita kalau boleh nak semua dipermudahkan dari hal bina rumah,siap rumah dan bila kita nak duduk rumah tu pun kalau boleh tak nak ada masalah..Susah pulak nak explain..Boleh hidup aman damai kat rumah baru nanti Insha Allah mudah mudahan..

Keadaan tapak sebelum bulldozer datang clear tanah ahkak..Ada pokok pisang, ubi kayu dan pokok renek-renek je.. Rasanya setengah hari dah boleh siap clear tanah dah ni..

View dari sebelah kiri..Verangan la akak, bila la nak siap rumah akak ni..Macam-macam ada dalam batu jemala akak ni..bahahhaa..

So, makanya hari Khamis pada pukul 9am, kontraktor kontek akak kata dah ada kat tapak rumah and dah start buat dah..So dalam pukul 10am akak dan hubby serta ayah akak datang tengok..Kena pegi tengok jugak ye.. Alhamdulillah, cuaca pun ok,yela akak risau jugak..Kalau kat Kelantan sekarang ni bulan Disember ni memang musim tengkujuh la..Tapi on that day cuaca sangat cantik..

View dari belakang.. Nampak tak kayu tu.. Ha situla sempadan tanah akak.. Kami tunggu kat bawah pokok ni sebab redup and teduh sikit..

Kan, cuaca sangat baik hari ni..Alhamdulillah almost siap dah kerja-kerja clear tanah ni.. Kos sewa bulldozer tu RM380 per day.. Mahal tak?? Akak serahkan pada kontraktor yang uruskan,sebab masa ni akak pun tak tau pape..Tapi kalau nak pikir balik, dalam pukul 12 rasanya tanah dah 100% clear.. Tak sampai sehari pun rasanya.. Baik sewa ikut jam lagi jimat.. Tapi apa boleh buat, benda dah lepas.. So akak tak nak pikir dah, lagi pikir lagi sakit kan..

Gambar ni diambil pada keesokan hari tu, hari Jumaat di mana akak datang lagi sekali sebab buat sembahyang hajat kat tapak rumah.. Semoga proses pembinaan rumah berjalan lancar dan bila siap akak boleh menghuni teratak kecil akak ni dengan aman..Aamiin..

 Pada 14.12.2015, kontraktor inform dah start buat kerja atas tapak rumah akak..Dia dah start gali lubang untuk tiang-tiang rumah..Terujanya rasa..
Rumah kongsi..Rumah yang tukang dan pekerja-pekerja tinggal semasa pembinaan rumah akak nanti. Kontraktor cakap, tukang orang Malaysia, manakala pekerja-pekerja dia memang hired pekerja dari Indonesia. So dioarang akan tinggal kat rumah kongsi tu la.. Senang, awal pagi dah boleh start buat kerja, rehat dan berhenti bila waktunya..

Bila nampak paket kayu yang dipasang tu rasa macam keciknya rumah...hahha tamak kan.. Tapi itu frame dia, kalau belum siap memang nampak kecik la..hahahha tapi sememangnya kecik je pun... Ukur baju badan sendiri la kan, setakat mana yang mampu, ni pun dah berapa ribu dah nak membayornya nanti..Apa boleh buat, nak tak nak kena buat jugak rumah,kumpul aset sendiri muda-muda ni.. If not duit habis kat benda lain jugak, takdenya nak menyimpan sampai ribu riban...bahhahahaa

Ok,next entry progress seterusnya..Till then..

No comments:

Post a Comment