Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

Perlukah Makan Untuk Dua Orang Semasa Mengandung

Assalamualaikum wbt...

Alkisahnya..rentetan daripada kenaikan berat badan bln ini aku pun mengooglekan diri mencari info-info tambahan untuk mommy-to-be ni macam mana nak maintain berat badan agar tidak terlebih dan terkurang..Satu artikel yang menarik dari comelnya.com... Sharing is caring :)

Sila lah baca....

Kebanyakan orang menyangka pengambilan makanan harus untuk dua orang (ibu dan bayi) ketika mengandung. Sebaliknya, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Sudah memadai dengan menambah pengambilan susu, kekacang dan ikan di samping makanan biasa yang anda ambil.

Ketika mengandung, badan anda lebih efisien dan berkemampuan menyerap lebih nutrisi dari makanan. Menggandakan pemakanan anda tidak bermakna menggandakan peluang untuk mendapatkan bayi yang sihat, tetapi berkemungkinan besar akan meningkatkan berat badan anda. Akibatnya, risiko mengalami komplikasi semasa mengandung akan meningkat.

Jika anda mempunyai berat badan ideal pada trimester pertama, anda mungkin tidak memerlukan penambahan kalori. Trimester kedua memerlukan penambahan 300 kalori dan trimester ketiga pula penambahan sebanyak 450 kalori. Penambahan makanan tidak seharusnya mengikuti 300-450 kalori, tetapi bergantung kepada berat badan anda, sama ada anda terlebih berat atau kurang berat sepanjang anda mengandung. Dalam erti kata yang lain, anda boleh menambah lagi jumlah kalori jika berat badan anda tidak meningkat semasa mengandung atau mengurangkan pengambilan kalori jika berat badan anda bertambah secara berlebihan semasa mengandung (sayalah tu…).

Bagaimana mendapatkan nutrisi yang mencukupi tanpa makan secara berlebihan?

Berikut merupakan beberapa tips untuk memaksimakan pengambilan gizi berkhasiat semasa mengandung:

  • Penuhi keperluan nutrisi harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak yang berguna, vitamin dan mineral dengan menvariasikan makanan anda. Pastikan apa yang anda ambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan. Pelbagaikan juga makanan dalam kategori yang sama, sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
  • Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksima/perkalori seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minima pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti berbijirin tinggi.

Bagaimana makanan yang diambil dibahagikan antara keperluan ibu dan bayi?

Doktor perubatan masih lagi tidak memahami bagaimana nutrisi yang diperoleh dari pemakanan dibahagikan antara ibu dan bayi. Apa yang pasti, makanan yang diterima oleh bayi anda sememangnya datang dari makanan ibu dan nutrisi yang telah tersimpan dalam tisu dan tulang ibu.

Di masa dahulu, bayi yang sedang berkembang dianggap sebagai parasit yang mengambil segala keperluan nutrisi dari ibunya. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata kecuali dalam beberapa kes, contohnya, jika makanan yang diambil oleh ibu kurang kalsium, maka bayi akan menyerap kalsium yang distor dalam tulang dan gigi ibu secukupnya. Jadi, amat penting untuk ibu mengambil susu secara berterusan sepanjang tempoh mengandung.

Pakar perubatan percaya, pemakanan ibu yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang tidak mencukupi semasa mengandung akan mempengaruhi kesihatan anak anda sepanjang hidupnya.

Kesimpulannya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada amalan pemakanan anda sebelum dan semasa mengandung. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut anda adalah sangat penting. Walau bagaimana pun, sentiasa berwaspada untuk tidak mengambil makanan yang berlebihan kerana ianya akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Cuba ingatkan diri anda, anda sedang makan untuk seorang bayi dan bukannya seorang lagi dewasa di dalam kandungan anda. Pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti :)


p/s: betul kan apa yg aku cakap..pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti..hehehe

No comments:

Post a Comment