Masa ni first
time pulak badan dia panas. Risau jugak aku budak kecik nih. Takleh leka kena
basahkan selalu badan dia. Budak-budak kecik ni kalau badan dia panas jangan
sambil lewa, aku prepare terus thermometer kat rumah. Kalau badan baby panas
jangan selimut dia bungkus pakai tebal-tebal segala ye. Im sure all mommies tau
tapi nak jugak bagi advice hehhehe.. pakai je baju lubang-lubang tu,ala tak kan
xde hehehe..
Ok masa ni nak
sambut Aidiladha jugak first time aku buatkan baju kurung untuk Aleesya.
Teringin sangat. Kebetulan pi jalan-jalan Kamdar terpandang kain cotton yang
cantik bagi aku. So time tu terpikir nak buat baju kurung untuk Aleesya.
Walaupun aku tak pandai, itu lain kira.
Mula-mula potong
tu aku ukur ikut bajy t-shirt dia.heheh. nak ukur badan dia mana la nak duduk
dediam budak kecik ni..hehehe ok danh siap2 potong siap bincang dengan papanya
sekali mana nak cantum dulu. Kelakar sungguh masa ni.
Banyak kali
jugak le salah cantum hahaha.. terimala hakikat bahawasanya aku tak pandai pun
nak menjahit ni. Takde seni, tapi aku minat. Kalau boleh nak sangat menjahit
tapi takde sape yang sudi ngajor..kseian kan..
Ok jahit la aku
dengan penuh kesabaran. Ko tau bila jahitnya ni. Malam raya ko tahu..hihihi
semangat tau mama. Dan akhirnya siap dah nk dekat pagi.hiks. past uterus basuh
n spin baju tahap max sebab esok nak pakai…hhihii..
Tapi kelakar
pulak bila tengok bahagian leher tu terluas sket dan bahagian ketiak pulak
ketat. Adeh need tu excel lagi jahit-jahit bagai ni. Ok la,first time jahit
ikut ilmu sendiri dan ofkos cikgu yang terbaik iaitu utube..hehehe
No comments:
Post a Comment