Search This Blog

Sunday, August 19, 2012

Langsir Oh Langsir

Assalamualaikum wbt.

Salam 21 Ramadhan semua..Macam mana puasa anda semua. Diharap semuanya dikurniakan kesihatan yang sepanjang bulan puasa ni untuk mengerjakan ibadah puasa ni setahun sekali..
Well,dah dua tahun aku beraya di rumah sendiri. Tak tau sebenarnya nak buat apa bila raya. So aku melepak je tunggu makan umah mak aku.. Kan,hadoii..No no open house. Bukan takmo buat tapi tang masak untuk kuantiti banyak ni aku tak berapa pandai nak bajet. Kan ajak ramai-ramai datang raya tapi makanan nan ado. Ha, sape yang malu? Ai jugak tau.

 
Begitu jugak dengan rumah. Aku kemas macam aku kemas rumah macam biasa. Takde nak hias bagai lah, ngan langsir ke,sofa baru ke, tv baru ke. Ha tu dah jatuh membazir dah sebab aku kan baru je dok umah ni so xpayah nak gatai-gatai pi tunjuk nak tukar. Perabot umah aku ni baru setahun jagung tak padan nak tukar pon. Tapi yang satu ni aku rasa aku harus buat sesuatu.

 
Langsir. Yes langsir. Sebenarnya masa aku masuk rumah ni aku beli langsir yang dah siap, selapis je pastu tak cukup panjang. Sebabnya sliding rumah aku tu punyalah tinggi. So masa tu yang ado tak cukup untuk cover belah atas. So aku decide nak tempah la langsir untuk sliding tahun ni. Tapi aku ni pulak yang jenis yang last minit buat. Dah semua tailor langsir ni tak nak ambik dah jugak. Discuss ngan suami I dia cakap jahit je la sendiri. Mesin jahit ada buat apa. Ha ko, ini bukan main-main jahit biasa cik abang. Ini nak jahit langsir. Boleh kah aku. Suami aku kata boleh dan dia sanggup nak nolong eden ni hah. Ok then we out for cari material untuk jahit langsir di Nagoya sana. So bila dah beli semangat nye aku nak menjahit. Suami I yang ukur semua-semua then I yang potong kainnya.


Bab jahit ni alahai,yang kain tebal tu so far ok lah walaupun tak kedut  sana sini. Yang kain alas ala-ala organza extravaganza tu haiih menguji kesabaran mak nyah. Dah la kedut-kedut,bengkang bengkok ya hampun! Suami aku Tanya kenapa bengkok2 ni. Senang je aku cakap. Entah!

 
5 hari jugak nak siapkan langsir ni. Dah siap pasang dah semalam. Waaahh cantiknya. Pandai aku jahit. Opppss sila tahan mata dan telinga ye. So far bagi aku ok la, first time kan dan boleh dipasang dan boleh dianggap sebagai langsir kira ok la tu.
Puas hati bila tengok sebab hasil dari kerja tangan sendiri. Semangat betul nak raya..hehe

 

No comments:

Post a Comment