Search This Blog

Saturday, August 4, 2012

Aleesya 3 Months Old

Hye semua..masa dah berakhirnya cuti berpantang aku. Aku ambik leave 3 bulan. Haa ko,sangat best dok rumah ye. Bila fikir-fikir bestnya kalau aku jadi surirumah, buat kerja rumah setiap hari. Tapi aku ni dah ditakdirkan untuk menjadi wanita berkerjaya,mama yang bekerja,saborlah Aleesya,mama nak carik duit nanti nak beli baju Aleesya cantik-cantik kan. Lagipun sape la nak bayar kereta aku tiap-tiap bulan tuh..hehehe…Tak terpikir pulak. Dan hutang-hutang lain? Haiih aku banyak hutang sangat ke? Takdela,PTPTN tu hehhe..dah pinjam kena la bayar balik kan.. dah keje dah pun.. Lain la dulu, aku tak buat pembayaran pun sebab aku tak keje dan lepas dapat first kerja pun still xbayar lagi sebab masih tak affordable. Kerja kat kampong mana la level gaji sama cam Bandar ye dak.

 

 Ok, lepas itu apabila rezeki bertambah baik dapat kerja lain so apa kata aku dan korang-korang semua jalankan tanggungjawab kita pulak, nanti adik-adik or even anak-anak kita seksok pun nak pakai jugak kan. Alang-alang aku dah bercerita panjang pasal PTPTN ni aku sambung la sket lagi.. Yela,orang kata kos pentadbiran pun dah berapa,aku pun rasa macam tu jugak tau,bl la nak abes kan. Tapi nak buat macam mana dah kita nak ambil PTPTN so pandai-pandai la bayar pulak kan.. prinsip aku senang je..hutang tetap kena bayar,so bayar itu dah wajibulghunnah..Sekian mekaseh. (itu pandangan peribadi aku je,sape terase jgn marah ye, peace!! uolls)

 

Dah berbalik kepada cerita asal,ohh nak masuk kerja balik,kena bangun pagi,kena iron baju kurung..MALAS okeh..hehehe Selama 3 bulan lamanya ku jadik bibik di rumah dan sekarang kembali bertugas pulak. Ok masa first day aku kerja,menangis tak ingat la Aleesya. Siap papanya bawak dating pejabat. Hukhuk kesian dia,tak pernah berenggang dengan mama. Dalam seminggu jugak la asek datang pejabat je,pukul 10 papanya datang hantar. Bukan masuk opis aku pun,aku pi turun kat keta laki aku jek. Dia bukan apa,nak menyusu.. itula, masa mama leklok simpan stok EBM tak nak,ha sekarang siapa yang susah? Ketiga-tiganya susah keluarga kecil kita..Hehehe,bila diingatkan kelakar jugakla,pukul 10 datang menyusu,lepas tu lunch hour aku balik rumah pulak. Adeh letih jugak la macam tu. Tapi Alhamdulillah hanya seminggu saja. Dan penerimaan dia terhadap susu formula pun dah ok.

 

Cuma apa yang aku tak boleh lupa dan sedih di sini, masa ni jugaklah kulitnya yang bersih dan lembut itu menghadapi masalah. Aku ingatkan kesan gigitan nyamuk je. Tapi sangkaan meleset sebab makin lama makin banyak. Apa yang aku kesalkan ialah aku tak pergi berjumpa doctor sejak dari awal. It haunted me now. I feel guilty terhadap Aleesya. Kerana ikutkan cakap orang yang kata “lama-lama nanti hilang la’.. Benda tu berlaku sekejap saja,berjangkit melalui tangan kecilnya. Barangkali dia gatal dan garu then berjangkit melalui kukunya..Ohhh tak boleh aku bayangkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Aku sangat-sangat menyesal. Sangat. Tapi bak kata ayat klise menyesal kemudian tidak berguna lagi. So sekarang ni Aleesya setiap bulan akan berjumpa pakar kulit di hospital. Doctor kata rare. Akan hilang (ini membuatkan aku sedikit lega) tetapi ambil masa. Sebab farmasi ada je ubat untuk hilangkan parut tapi ianya tak digalakkan untuk baby. Hanya untuk orang dewasa je.

 

So aku tawakal sahaja. Sekarang ni aku hanya mengelak dari ianya naik kembali. Sekarang ia tinggalkan parut hitam ditubuhnya. Lebih 70% tubuhnya . sangat sedih.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah swt supaya diberikan kesihatan yang baik kepada Aleesya. Dia tak meragam pun. Tu sebab aku tak alert. Aku marah dengan diri sendiri.
Penyakit ni aku nak sebut pun aku xtau. Mula-mula ianya macam kena gigit nyamuk dan dalam masa seminit kesan warna merah tu bertukar menjadi hitam dan warna coklat muda light gitu. Then ianya kekal. Mula-mula doctor cakap kulit dia yang bermasalah,tapi bila doctor pegang dan rasa kulit dia,doctor cakap kulit dia lembut. Maybe allergic terhadap satu-satu benda. Oh ya, masa dulu-dulu aku ingatkan kesan daripada penggunaan sabun mandi Aleesya,so aku prevent macam tula,xguna sabun,then orang cakap ada jugak sama dengan baby yang allergic susu formula. So aku bertukar susu,semua takde kesan. Dalam masa aku prevent benda tu dari naik masa tu jugak yang aku tak sedar dia boleh berjangkit melalui kuku baby.

 

Dan lepas dan ambil beberapa ubat, aleesya semakin baik,xnaik dah,Cuma tinggalkan kesan sahaja. Dan itu mengambil masa. So aku just nak share di sini kalau-kalau ada yang senasib dengan aku,cepat-cepat pergi jumpa pakar terus. Doctor biasa tak mungkin tahu. Itu ikut pengalaman aku.   


Haihh asyik jump situ sini cerita aku. Ok nak cerita pasal Aleesya, masa ni bambam sangat. Pipinya menjadi kegilaan ramai..hehehe bila jumpa Aleesya mesti ada yang nak cubit.. Adoi jangan la cubit pipi dia. Geram je nak cakap macam tu kan..
Suka buat bubble..hehehe..Baik je..Duk diam je situ kalau mama nak buat kerja..bila Nampak haihh menangis pulak dah xsampai hati dah..

No comments:

Post a Comment