Search This Blog

Thursday, September 23, 2010

MY BIG DAY

SALAM... walaupun agak terlambat untuk aku post entri tp aku postkan jugak untuk tatapan & kenangan di masa depan...

Hmm..kepada kawan-kawan yang tak dapat kad aku, aku mintak maaf banyak2...disebabkan kad lewat siap, aku ke putrajaya seminggu, di pasir mas 2 minggu sampai xsempat nak bagi kad..Nasib baik ada facebook,just jemput kawan2 kat situ..Tu pun ramai jugak yang tak tertag..Adeh...Sorri sangat kawan2 ku..

Terkilan jugak sebab ramai yang cakap sampai hati xjemput dia.. Bukan aku taknak jemput tp bnyak berlaku kekangan.. dan satu hal pulak,bl dh anta kad tp at last xdpt datang pulak..adoi...mcm2 la..hehehe..sbb majlis aku pada raya ke 3 so maybe yang ada plan sendiri.. Aku faham...

So, hari bersejarah aku ialah pada 12 September 2010 di mana pada hari itu aku akan diijabkabulkan dengan My Dear Hubby Ahmad Zakimi dan pada hari itu jugak aku akan bergelar seorang isteri..:)

Finally...setelah 4 tahun kami menyulam kasih..uWaaa ayat kalah mama juwie nih..Alhamdulillah, ada kesudahan jugak hubungan kami..Syukur kepada Mu Ya Allah...























Welcome Back!!!

Hye u olls... Aku sangat gembira kerana at last aku berpeluang untuk balik berkhidmat di negeri kelahiranku..hehehe...
PAda 23 Ogos 2010 bermula episod baru dalam kamus kerjaku..Aku melaporkan diri di JKN Kelantan.. OC aku di Kelantan bawak aku n sorang lagi kawan aku yang dapat tukar jumpa dengan TPKN di wisma..Lepas tu diperkenalkan dengan semua staff JKN di wisma..Wahh lenguh pipi aku sebab senyum je kerjanya..hahahah..Ramainya..Patutla aku xleh nak duduk kat wisma..Pack beb..Seb baik la kan..KAmi geng UAD KKM ditempatkan di JKN bahagian pergigian...Ok la..semuanya berjalan lancar.. Dan keesokan harinya aku akan stat buat pengauditan di Hospital PAsir MAs..2 miggu berada di sana..dan exit conference pada 7 September 2010 bersama dengan KAD KKM...Seram sejuk rasanya..Dah la first time ni...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan buat report time la pulak...Tu la rutin as an auditor...
Thats all...smile..




Wednesday, September 22, 2010

Great Great Great NEWS!!!!!

Salam semua..dah lama xupdate blog aku..tu la ayat yg senantiasa ku tulis di permulaan entri dan seperti biasanya..heeheh..
Actually ada banyak benda yg aku nak story kat sini..tapi story ni semua dah jadi sejarah.. Oleh kerana dah jadi sejarah tapi kena cerita jugak la sebagai kenangan terindah aku...:)
Untuk pengetahuan semua, finally aku dah dapat tukar.. Dapat balik kelantan..Alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah s.w.t keranaNya aku dapat bertukar ke hometown ku..Tiada apa yang lebih menggembirakanku saat itu..Bak kata UNIC, hanya Tuhan saja yang tahu.. Aku dapat bertukar ke Unit Audit Dalam KKM..Walaupun tak dapat ke JAN Kelantan, aku tetap bersyukur.. Umumnya rasa sedih apabila nak meninggalkan JAN Terengganu, walaupun sekejap saja aku di sana tapi banyak kenangan pahit dan manis.. Dan yang paling penting aku tak payah susah2 nak naik bas...Bangun pukul 4 pagi..adeh...
Aku lapor diri di Audit Dalam KKM, Putrajaya pada 16 Ogos 2010..Ramai jugak la junior2 yang baru nak lapor diri.. Adik2 lg semuanya...Rasa macam sangat tua apabila berada dikalangan mereka..hahahaha..Sangat beruntung mereka kerana pada waktu ini mereka suda dapat kerja yang boleh menjamin masa depan..Tak macam aku dulu..kan..mmmm...Best sangat jumpa dengan adik2 ni..sangat sporting dan ceria..DAlam seminggu kenal macam dh kenal lama..Lepas tu masing2 ditempatkan di tempat masing2 dan aku bertolak pulang ke Kelantan.
Bermula la episod kerja di Kelantan..Dan aku dah tahu lepas balik Kelantan, aku akan outstation ke Hospital Pasir Mas untuk pengauditan..Perghh..dah start keje terus dah..Dua minggu aku di sana, jadi terbatas la aktiviti yang aku plan bl blk kelantan..Plan apa? Scroll bawah oke..hehehe
Aku akan menamatkan zaman single ku pada 3 Syawal 1431H.. Jadi amat beruntunglah aku apabila dapat tukar ke Kelantan buat masa ini.. MAsa pegi lapor diri di Putrajaya aku dah siap2 apply cuti kaawin dan raya..Ingat nak amik cuti lama la, tapi sekali bos cakap UAD Kelantan kena keluar Audit dan kn siap before raya??? Camana ngan cuti aku??? Sedihnya..Discuss pnya discuss, aku dapat cuti 2 hr before raya..huhuhu..dan lepas raya macam mana??? Xboleh cuti lama sebab kena buat report pulak..dapat la 3 hari..Total up, cuti kawin aku 5 hari je..huhuhu...Xpelah kan, nanti boleh cuti lepas ni pulak...SAje sedapkan ati sendiri..
Ok thats all..Sambung episode lain...Sebab aku dah letih nak menaip...:)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua..terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua..Wah bulan puasa sudah menjengah kita semua..

Sedar tak sedar esok dah 1 Ramadhan semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa...Jadi sama-samala kita perbanyakkan ibadat di bulan yang mulia ini dan penuh keberkatan ini..amin..

So esok aku akan berpuasa seperti orang lain tapi yang pastinya waktu berbuka untuk tahun ni agak sedih sebabnya aku dan semua penumpang bas chartered SP Bumi akan berbuka puasa atas bas..sedey kan..waktu korang gembira untuk berbuka pada 1 Ramadhan dengan keluarga,kami semua hanya berbuka beramai-ramai dengan kurma & air mineral..

Tapi nak buat macam mana ini pilihan kami..Pilihan yang kami pilih untuk bersama keluarga..Tetapi,waktu berbuka kami tak sempat berbuka di rumah masing-masing. Hanya berbuka di dalam perut bas..hehehe..

Tapi bagi aku berbuka puasa dalam bas hanyalah dua hari sahaja sebab aku takkan naik bas dah..Permohonan aku untuk bertukar sudah diluluskan dan aku dh dapat surat pertukaran yang selama ini ku nanti-nanti...jeng3..

Ok..itu intronya..aku akan smbung di entri yang lain sebab aku ingin siapkan kerja aku..Ok got to go u ollsss..


Thursday, August 5, 2010

Salam..waah sangat lama aku tidak menulis..nak menulis tapi aku tak tahu apa yang aku nak tuliskan..jadik aku pun tak tulis..hmmm boleh ke???

Hari ni xtau macam mana boleh terbukak hati nak menulis dalam blog aku yang hanya ada 3 orang follower termasuk aku..hik4..kelakar sungguh macam mana boleh aku pun boleh jadi follower..hehehe..ada ku kesah???

Yang boleh buat aku tergerak hati nak kasi entry ni ialah sebab aku terbukak satu link yang di share oleh sorang membe aku kt fb..CINTA TERAKHIR nyanyian aiman..aiman tak kesah kan???hehhee..

Pada aku la,lagu ni best...xtau kenapa..sedih je dengar..so nilah yang membuatkan aku nak update enry dalan blog ini...tu je...jadi layan saje lirik lagu cinta terakhir dr aiman..oke..

CINTA TERAKHIR

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Chorus:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Back to Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Back to Chorus



Monday, May 24, 2010

Dear blog..

Aku sangat sakit hati + bengang... Kenapa asyik nak salahkan orang je..Bila kita tanya, jawab ok..tapi dalam hati masih lagi simpan dendam dan berniat hendak membalas..

Aku sangat geram.. Bukan silap aku pun, Bukan kehendak aku pun, dan aku pun tak nak benda ni berlaku.. Kan aku dah explain,depan buleh terima tapi sebenarnya tak pun..Tak ke sakit hati korang.. Bila aku tanya pendapat mula la balas balik.. Aku tahu mesti korang tak faham pun dengan apa yang merepek ni..Aku pun tapi janji aku boleh lepaskan apa yang aku rasa tidak puas hati..

Kenapa tak boleh nak bersikap matang?? Kalau macam ni sampai bila masalah tak selesai.. Patut pun semenjak dua menjak ni semacam je cakap dengan aku.. Rupa-rupanya ada lagi perasaan marah tu.. Kalau aku yang simpan perasaan marah tu bukan main lagi ngata aku ni susah nak terima kesalahan orang.. Tapi kalau dia...huh.. Semua benda nak ambik hati... Cuba la belajar LET IT GO.. Biarkan,maybe ada sebabnya benda ni berlaku.. Ini tak,sebolehnya-bolehnya sampai lubang cacing pun nak ingt... Ishhh geramnya...

AKu kecewa sangat.. Aku punyala excited nak diskas dengan dia tapi alih-alih aku kena marah kerana sebab yang remeh.. Dan sebabnya aku dah explain panjang lebar kenapa ia berlaku dan kenapa ianya jadi macam tu..ohhhhh.. Kadang-kadang kesabaran aku ada hadnya.. Aku pun ada perasaan.. Bila jadi macam ni rasa malas nak ambik tahu pasal segala benda..

Thursday, May 20, 2010

Mencari Cinta?

Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=lovelysuria
Insyallah, dapat membantu.
Bye!