Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

The Making Of Rendang

Entah kenapa hari ni tiba-tiba pulak nak makan rendang... Bukan raya pun..hehehe.. Pembawakan budak kot..hik2... Apa lagi aku pi la menuntut dengan mak aku.. Mintak resepi dan cara buat.. Bukan aku tak tau, tapi dah tak ingat nak buat macam mana.. Dulu penah jugak aku buat.. Hari ni rasa nak makan dan buat sendiri.. Pi pasar cari bahan-bahan nak buat rendang..

Mula-mula konpius jugak..agak-agak menjadi ke tak rendang aku.. Hopefuly menjadi la rendang aku tu..

Pagi tadi makan biskut je.. Jadi letih la nak masak.. Sampai potong daging pun sambil duduk.. Takpela orang pregnant ni memang kena banyak berehat pun sebenarnya.. Berdiri lama-lama rasa lenguh je kaki n betis ni..

Masa nak buat tu sempat lagi wat confirmation ngan mak aku kot2 tersilap.. So bila dah confident terus je aku memasak rendang.. Jadi ke?? Itu je yang aku pikir... Setelah masuk semua bahan-bahan dan yang penting sekali bab gula dan garam secukup rasa.. Adoi..yang tu yang paling aku lemah sikit... Cukup rasa ke tak.. Ke nak bubuh maggi cukup rasa...? hahahha...

Bila dah masuk gula dan garam then rasa...hmmmm alhamdulillah cukup rasa..Tapi macam tak jadi lagi je rendang.. Rasa rendang tu tak rasa lagi.. Hmmm sabar2.. tunggu lepas masuk kerisik then rasa lagi... Alhamdulillah dah jadi rendang.. Everytime aku masak memang ada assistant, so assistant aku tu la yang jadi tukang confirm rendang tu dah jadi rasa rendang..

Pukul 3 baru siap masak dan makan.. Aku makan banyak.. Yela mengidam nak makan rendang tu..Siap bertambah nasi lagi.. hehehe..Yummy..

Wednesday, January 12, 2011

Berdua Lebih Baik~

Hye oll's.. Sepanjang minggu ni aku happy sebab kalau ada rezeki next week aku akan hidup berdua (husband and me)..hehehe.. Kami akan berpindah ke rumah sewa.. Permulaan bagi hidup kami berdua.. Banyak benda yang nak dibuat,yang nak difikir,yang nak dirancang.. All things need to be considered nanti.. Hope everything will be ok..

Pada mulanya memang susah sangat nak cari rumah sewa kat area kota bharu sebab kebanyakan rumah-rumah kosong,owner2 ni pakat wat guest house.. Macam pisang goreng rumah sewa kat sini.. Tapi berkat pertolongan dariNya yang mendengar doa aku siang dan malam,at last dapat jugak rumah pastu berdekatan pulak dengan rumah parents aku..

Nanti kalau ada rezeki nak jugak beli rumah sendiri.. Tapi bila ye..Tahun depan? 2 tahun depan? Hmm bila agaknya ye.. Nak sangat rasa deko rumah sendiri.. Tapi takpela sekarang ni deko la rumah orang dulu.. Nak deko lebih-lebih xleh lagi sekarang sebab pergerakan aku terbatas sekarang,tak boleh wat kerja berat.. Tapi semalam aku siap basuh toilet lagi angkat baldi air...Ish2..dah berapa kali hubby aku pesan nanti dia buat tapi aku ni jenis yang suka buat kerja..hahaha memang la puji diri sendiri..Tapi kesihatan dan diri aku dan baby pun kena jaga kan.. Tak pasal-pasal 2-3 hari ni sakit belakang yang amat teruk...adeh nasib baik ada tukang urut tak bertauliah..hehehe

Oleh kerana exited sangat aku sampai tak sempat nak snap picta rumah aku..Tapi lebih kurang macam ni la rumah aku tu..hehehe Boleh la ekk..



p/s:rumah kat atas tu rumah br siap,masih lagi cantik..hehehe..

Wednesday, January 5, 2011

Diari Hamil~

At last aku beli jugak buku ni bila dapat perkenan dari hubby...hehehe.. Dah berapa kali duk pergi book store tu pas pegang letak balik... Nasib adik yang kat kaunter tu tak perasan...hahha... Tapi semalam aku berjaya habiskan duit aku untuk beli diari cute neyh.. Good investment tau sebab buku ni banyak gunanya.. Thanks Telaga Biru sebab cipta diary ni untuk bakal-bakal mommy macam aku...

Aku capai terus diari tu dan terus pergi kat cashier.. Lebih lucu lagi aku siap inform adik cashier tu supaya xyah seal plastik dia.. Reasonnya aku nak baca terus kat dalam kereta.. Tengah drive pun nak baca jugak.... Exited punya la aku ni.. Tetiba je sampai kat kereta, aku tengok kereta kena blok.. Aduhh kalau kejap xpe la..ada dekat 15 minit.. Nasib baik mood aku baik je kalau tak dah berbuih mulut aku sumpah mamat yang selfish tu.. Tinggal kereta sesuka hati mak bapak dia... Eh entri ni pasai diari hamil tu bukan sal mamat selfish tu yer.. Ok back to my story, jalan pulak jem,biasala balik keje..so sempat la aku menggodek buku tu seround dua sambil tersengih-sengih... Macam dapat bunga dari secret admire je..Hahaha..

Sampai je kat umah aku terus baca.. Tak sempat habis satu muka surat terus belek belakang.. Hahaha.. pastu tutup balik.. Alamak sayangnya nak baca.. Apa ke hal la ko ni...heheehe... Nanti la baca, nak tunjuk kat hubby dulu malam ni.. Memandangkan diari ni bagus bagi aku,aku terus MMS diari ni kat kawan aku yang seangkatan denganku... Aku tau kawan aku mesti suka diari yang cute2 macam ni..Sharing is caring!!

Bila baca diari ni hati jadi tenang.. Mood ok je.. Thanks pada penerbitnya..telaga biru sekali lagi..

So kat bawah ni aku ambik picta sikit sal diary aku yang cute neyh..





Friday, December 31, 2010

Welcome 2011~

Selamat datang 2011..Apa azam tahun ni... Aku pun tak tau.. Tapi yang pastinya 2011 akan memberikan satu penantian yang istimewa buat aku dan hubby...dan juga keluargaku.. Menanti my dear baby for sure..

2010 akan menutup tirainya beberapa jam lagi.. Takde perkara istimewa sebenarnya bagi nak sambut new year ni.. Cuma berganti tahun.. Live rasanya masih jugak seperti biasa.. Azam tercapai tak? Beberapa azam ku untuk tahun 2010 sudah tercapai.. Alhamdulillah...

2011? Orang bercakap pasal azam... Aku malas nak tetapkan.. Aku memang macam tu sejak dulu hahahaha.. Asalkan semuanya berjalan lancar dan diberkati olehNya.. Bukan masuk exam pun kan.. Ok la, nak baca novel pulak.. Nanti aku nak share novel yang aku baca.. Sangat suka.. Very the otai... Ok thats all.. Happy New Year 2011..




Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 Milik Malaysia!!!

Akhirnya..setelah 16 tahun menunggu untuk menjulang Piala AFF Suzuki, tahun 2010 adalah masanya...Tahniah buat Harimau Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Skuad Kebangsaan..
Khairul Fahmi Che Mat, kalau ada anugerah yang boleh diberikan kepadanya, aku dah bagi pemain paling bernilai..Setuju tak?? Setuju kan..Tetiba je aku rasa semua aweks2 kat Malaysia ni duk mimpikan fahmi semalam..Hhaahaha..Apepun Apek n norshahrul membuat orang-orang Kelantan berasa amat bangga...Syabas..Teruskan kecemerlangan itu..
Dan orang penting yang membawa Skuad Kebangsaan menjulang piala ialah tak lain tak bukan coach K Rajagobal..Syabas coach!!! Penutup 2010 dengan saat-saat yang sungguh indah..
PM umum esok cuti.. Apa-apa jelah.. Walaupun rakyat-rakyat di 3 buah negeri tidak dapat merasa cuti peristiwa kemenangan besar Malaysia sebab kami dah memang cuti esok.. Kami tetap bangga..

Wednesday, December 29, 2010

~Sebuah Penentuan~

Malam ni adalah penentuannya.. Aku harap kejayaan milik Harimau Malaya.. Walaupun aku bukan peminat fanatik bola sepak sebenarnya tetapi semangat Malaysia Boleh tetap berkobar-kobar..Hahhaha kelakar betol..Apa pun buat Skuad Kebangsaan, serang habis habisan.. Balas balik apa yang kita kalah masa peringkat kumpulan.. Tebus maruah Malaysia..

Kalau Malaysia dapat julang Piala AFF buat pertama kalinya malam ini.. Maybe esok isytihar cuti...wahhhaha.. Bukan main lagi ye.. Kawan-kawan mari kita sama laungkan Malaysia BOLEH!! Pehal aku tiba-tiba je bersemangat ni.. Tapi yang pastinya 90 minit merupakan satu jangka masa yang amat panjang bagi aku dan earphone seperti biasa akan menjadi peneman setia setiap kali perlawanan berlangsung..hahaha.. Kemain tadi semangat berkobar-kobar..
Ok..ALL THE BEST untuk semua...chaos..

Monday, December 27, 2010

My Little Baby In My Tummy

Salam...
Wahh dah ada widget ni..Suka nya..
My Little Baby In My Tummy.. I am a mommy to be..Alhamdulillah rezeki..Syukur ke hadrat Ilahi.. Syukur tidak terhingga.. Semoga aku kuat untuk mengharungi tempoh2 itu .. To my little baby.. There's no words to describe my feelings,but i am to happy to have you now..